May 16, 2008

Al Fatihah!! Pakcik Noris Kembali Ke RahmatulAllah !!

by omaq @ 10:48 pm in My Family



Date : 16 Mei 2008 ( Jumaat )
Time : 9.00 P.m
Place : Kajang Selangor
Info : Pakcik omaQ iaitu Pakcik Noris telah kembali kerahmatullah sat sat pada pukui 9.00 malam selepas menonton televisyen warta berita bersama anak anak.. so omaQ n family akan bergegas dari Perlis ke Kajang malam nie untuk ziarah Jenazah .. sama sama kita sedekahkan AL Fatihah kepada Arwah .. semoga beliau bersama-sama dengan orang beriman.. amin!!!

P/s :- untuk Pengetahuan semua.. pakcik omaQ ini merupakan Ayah kepada Nur Zahira sepupu omaQ yang akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama sama omaQ dan pasangan omaq nanti... mmg ini suatu ujian besar bagi keluarga omaq...

May 16, 2008

Rehearsal | Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah !!

by omaq @ 1:20 am in My Oran

~Lirik lagu Guru Malaysia yang bakal omaQ nyanyi dengan cikgu cikgi esok pagi~


~Lagu kuda hitam oleh guru-guru sk Oran~

Date : 15 Mei 2008 ( Khamis )
Place : Bilik Muzik Sek Keb Oran Perlis
Info : Semua guru-guru berlatih nyanyian untuk persembahan esok pagi sempena sambutan hari guru 2008 !!

~Penyanyi dan penyanyu yang turut hadir bersama latihan ( Cikgu + Cikgi )~



~Temuramah dari guru Sk Oran ~

May 15, 2008

Son + Mother = Sunsilk Model :)

by omaq @ 11:41 pm in My Internet


P/s :- Kasih sayang anak kepada ibunya Terharunya...

May 15, 2008

SIAPA DAN DIMANAKAN KEDUDUKAN ANDA….??????

by omaq @ 12:56 pm in My Tazkirah

SIAPA DAN DIMANAKAN KEDUDUKAN ANDA….??????



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu

segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

May 14, 2008

Aktiviti Guru Sk Oran| Bilik Guru !!

by omaq @ 11:09 am in My Oran


~Cikgu Din tgh seatle buku pelaporan murid~

Hari nie suasana pagi yang penuh sibuk di bilik guru !! ada yang dok seatle buku pelaporan murid sbb baru lepas exam ari tu... nak kene key in markah... buat rumusan analisa n so on.. ada yang dok cutting kertas.. ada yang dok balut hadiah untuk hari guru 16 Mei 2008 Jumaat nie.. sekolah omaQ buat pertukaran hadiah antara Guru-guru...



~Ustaz Ghafur tgh balut hadiah sempena Hari Guru 16 Mei 2008~


View All Images
May 14, 2008

My Youtube Suspend !!

by omaq @ 10:48 am in My Life




Due to a recent violation of the YouTube Community Guidelines, the use of interactive YouTube features has been disabled for your account until May 14, 2008.



P/s :- omaQ punya account kat youtube kene suspend dah 1/2 bulan.. hari nie baru boleh nak upload video n so on... sbb di suspend kan.. atas mengupload video voilent.. budak perempuan bergaduh depan times square Key Ell.....

May 13, 2008

Haluan SportDay 2008 !!

by omaq @ 10:57 pm in My Matri


~Mr RIjal da Heroes~

Date : 1 Mei 2008 ( Khamis )
Place : Futsal di SPORT PLANET, MERGONG, ALOR SETAR. Sukan-sukan lain seperti badminton, bola jaring dan bola tampar di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Info : Sukan Haluan seutaghra!!!




URL :- haluan.org.my

May 13, 2008

Video Of Today | Ummie !!

by omaq @ 10:17 pm in My Video



P/s :- Sayangilah ibu kita seperimana mereka menyayangi kita!!!!

May 13, 2008

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung!!

by omaq @ 9:46 pm in My Article

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung




KUALA LUMPUR, 12 Mei - Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana 'terpaksa' mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.

Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.

Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama 'berjuang' untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.

"Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira.

"Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan," katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.

Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut.
"Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM," katanya.

Sementara itu bekas penyampai berita RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi.

Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali.

Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.

Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.

Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini.

"Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini.

Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni..
"Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan
RTM selama 62 tahun tetapi... Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung.


"Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, 'colour' tudung mesti .....Hancur hancur ..."

RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya.


P/s :- Isk isk.. begini rupanya... nak jadi turkey dah la malaysia nie.. jangan jadi pure sekular dah la... Kamal Alkutuk!!

May 12, 2008

Pengarah Urusan Kilang Beras Jelapang Selatan (M) Sdn Bhd !!

by omaq @ 11:59 pm in My Xtremehut

Harga belian padi naik 70 peratus

Oleh Norfatimah Ahmad


~Lagak Dato' Mujahidd che hamid semasa ride kat Batu Pahat Perlis~


KUALA LUMPUR: Harga belian padi kini mencecah sehingga RM1,100 satu tan, kira-kira 70 peratus lebih tinggi berbanding harga asas RM650 satu tan yang ditetapkan kerajaan sejak November 2006.


Malah, harga itu dijangka meningkat lebih tinggi lagi berikutan kenaikan mendadak harga beras di pasaran sekarang.


Pengusaha Kilang Beras Hayat Maju (M) Sdn Bhd, Chan Cheng Ho, berkata kilangnya di Sungai Besar, Selangor menawarkan harga padi antara RM1,050 hingga RM1,110 satu tan sejak tiga minggu lalu.


�Harga itu mengikut jenis dan mutu padi yang dihasilkan petani dan setakat ini kadar itu dapat memberi kami keuntungan walaupun modalnya meningkat sehingga RM300 satu tan,� katanya ketika dihubungi Berita Harian.


Chan berkata, sejak akhir bulan lalu kilangnya membeli sehingga 3,000 tan padi daripada petani sekitar Tanjung Karang dan dijangka bertambah apabila padi di Sekinchan serta Tasek Panjang matang dalam masa terdekat.


Beliau yakin lebih banyak kilang boleh membeli padi pada harga tinggi ketika ini kerana harga beras meningkat secara mendadak.


Pengarah Urusan Kilang Beras Jelapang Selatan (M) Sdn Bhd, Muhammad Mujahidd Che Hamid pula berkata, pihaknya menawarkan harga belian padi sehingga RM860 satu tan sejak kira-kira seminggu lalu.


�Kami juga menokok RM40 lagi untuk bayaran mengangkut padi ke kilang, menjadikan keseluruhannya RM900 satu tan.


�Kami akan menaikkan lagi harga belian padi sehingga RM1,000 satu tan, jika situasi semasa terutama kos mengusahakan tanaman padi meningkat,� katanya yang membeli padi dari petani di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Beliau yang mempunyai kilang padi di Muar, Johor, berkata ketika ini beras Super Special Tempatan dijual pada harga RM2,500 satu tan, berbanding RM1,600 sebelum ini.


�Kadar harga beras itu tentunya mampu memberi pulangan kepada pengusaha kilang beras.


Lebih elok jika keuntungan yang kami nikmati itu dikongsi bersama petani kerana mereka yang membantu kami meneruskan operasi,� katanya.


Muhammad Mujahidd berkata, harga padi yang ditawarkan itu tentu melegakan petani kerana mereka turut mendapat subsidi padi RM248 satu tan yang tidak dinaikkan sejak lebih 10 tahun lalu.


Sebelum ini, Berita Harian melaporkan lebih 280,000 pesawah seluruh negara menuntut kerajaan menaikkan harga padi sehingga RM1,000 satu tan kerana kenaikan harga beras di pasaran dunia dan tempatan dikatakan tidak membawa keuntungan kepada mereka.


Cadangan itu dikemukakan wakil petani dan pengusaha kilang kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani baru-baru ini selepas meneliti pelbagai aspek membabitkan kepentingan petani.


Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan F4 Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah, Datuk Ismail Arshad, berkata saranan itu bagi mengimbangi peningkatan kos mengusahakan padi antara 50 hingga 100 peratus.


Sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.3 bilion bagi subsidi padi termasuk baja, subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi.

Sumber :-http://www.bharian.com.my

P/s : Pergh... congrate wahai sahabat ku mujahidd yang tersohor di Muar!!! ha ha ha... boleh tahan gak ang noo.. kalau ang nak bagi mantap laghi... pi la uluq singit dua kat wartawan yang mai ambik berita ang tu ...suh ambik gambaq ang sekali.. suh ambik pic ang tengah gengam padi ka.. pergh.. sahih gimit beb!!! apa apa pon idup KBJ5 !!






May 2008
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Username:
Password:



Lost Password? Lost Password