19 JANUARI 2017 : RAWDATUL HUFFAZ BILANGAN 1/2017

19 JANUARI 2017 : RAWDATUL HUFFAZ BILANGAN 1/2017
Dengan titah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Insya Allah JAIPs dan MAIPs memulakan program RAWDATUL HUFFAZ bersama pelajar dan guru ma’ahad-ma’ahad tahfiz seluruh Perlis pada tahun 2017. 
Bersempena Program RAWDATUL HUFFAZ ini, Ustaz Abdullah Bukhari Bin Abdul Rahim Al-Hafiz (Pensyarah Pusat Bahasa UIA), dijadualkan untuk menyampaikan kuliah di Ma’ahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qiraat Negeri Perlis, Guar Jentik, Beseri, Perlis pada Khamis, 19 Januari 2017 pada jam 2.30 petang. 
Kuliah Rawdatul Huffaz yang akan disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bukhari Al-Hafiz akan membawa tajuk “SIAPALAH AKU TANPA AL-QUR’AN”.
Orang ramai turut dijemput hadir.

Share on Facebook

Leave a Comment