Video : Suatu ketika di masa Remaja :)

1 Comment »


~ Suatu ketika omaQ di masa remaja :) ~

Pelakun : omaQ
CameraMan : Mr Au REdFrame
Camera : S30 Canon Powershot ( Camera tu hilang dlm tahun 2007… dicuri di Masjid Putra Kangar semasa solat Isyak selepas dengar kuliah)
Saksi : Ali Karimi Dahlan
Place : City Plaza Alor Setar Kedah
Year : Around 2000 – 2003
Info : Saja membudak-budakkan diri disaat yang menghiburkan :)

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Video

omaQ Demam Lagi…

1 Comment »


~ Ubat oo ubat.. ~

Date : 18 Ogos 2009
Time : All Day Long
Place : Rumah Mentua Kuala Perlis
Info : Semalam omaQ MC.. tak pi sekolah.. sbb hari sebelum tu omaQ pi check kat klinik Penawar yang omaQ nie Demam.. bukan apa pi check. sbb 2 minggu lepas omaQ dah demam.. tapi lega cam tu aja.. mai minggu ke tiga nie demam balik.. rasa lain macam aja.. so bila jumpa dengan doctor dia cakap.. demam biasa aja… maybe dengan cuaca skrang sama.. kene plak kurang rehat plak sejak dua menjak nie… yang menariknya tima omaQ pi klinik tu.. orang ramainya.. penuh klinik tu dibuatnya.. omaQ kene no 70 daripada 90… kawan omaQ mai dri 6.30 petang.. pukul 8.00 baru boleh check.. omaQ mai kul 8.00 .. kul 9.30 baru leh check.. tu pon sbb doktor mai 2 orang.. kalau awai tu mai sorang aja… skrang nie kene berjaga jaga.. kalau demam aja cepat cepat la pi check.. takut ada tanda tanda H1N1 aja…bayangkan income dr dr yang ada klinik persendirian.. omaQ kene charge RM 32.00 kalau sampai satu hari 90 – 100 demam… dah dekat RM 3 000… kali dengan sebulan… mau bapa puluh ribu? rezeki rezeki bagi dr dr no…. apa apa pon.. minta dijauhi penyakit sebegitu rupa..


~Poliklinik Penawar @ Kuala Perlis ~


~ Ramainya yang demam ~


~ The Mask Man ~

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Life

TAZKIRAH: Ikhlaskah kita?

No Comments »

TAZKIRAH:  Ikhlaskah kita?

Oleh Imam Khalid

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas …”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas.”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhan-Nya

2. kerana keredhaan-Nya

3. kerana arahan-Nya

4. kerana mentaati-Nya

5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai ” kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah ” .

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah – lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal

2. pertengahan

3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket…”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap.tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Wallahu a’lam.

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Tazkirah

Intan Herlina & Baby Girl !!

3 Comments »

null

Date : 12 Ogos 2009
Time : 9.16 Malam
Place : Hospital Ampang
Baby : Baby Girl
Name : Tasnim.
Lahir : secara pembedahan..
Info : Intan Herlina ini merupakan bekas pelajar matri… omaQ dapat info dari Rijal … tahniah diucapkan kepada Intan Herlina .. mudahan jadi ibu yang mithali hendaknya amin!! :)

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Matri

Satey Goreng Gepung @ Radik FC

No Comments »


~ Abah + Fawwaz + Ummu Fawwaz = Family Ceria :) ~

Date : 17 Ogos 2009
Time : 6.00 p.m
Place : Radik Chicken House @ Jelempok Perlis
Info : Petang ari tu omaQ pi makan bersama keluarga sebelum malam tu demam he he he… sempat lagi makan makan… pi radik FC.. dah Ummu Fawwaz yang request nak makan kat situ.. sekali bila sampai kat RFC… ada menu baru plak satey goreng tepung.. nyum nyum… kira ada pembaharuan la.. setelah bebulan bulan tak pi…time Fawwaz tak keluar lagi ….apa apa pon.. not bad la menu baru tu.. :)

Satey RFC
~ One Set Satey RFC… Satey Goreng Tepung omaQ bungkus take away.. so tak nampak la dalam pic nie ~

\
~ Kentang RFC ~

Fawwaz
~ Fawwaz yang steady ~

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Makan makan

Aksident Skuter @ Bohor Pulai Kangar Perlis

No Comments »

IMG_4853

Date : Last Week
Time : 3.00 p.m
Place : Junction Bohor Pulai + Jejawi + Kangar ( Infront Institut Perguruan Perlis )
Info : Petang ari tu semasa omaQ ondaway nak ke taklimat Permata Pintar 2009 @ BTPN Perlis.. omaQ terjumpa dengan kemalangan yang melibatkan Skuter dengan kereta Kenari... sapa yang silap? omaQ nampak depan mata omaQ.. Keta Kenari tu yang belok ke kanan tanpa sedar or buat tak nampak skuter yang ada sisinya.. ( Maybe dia ingat skuter tu pon nak belok.. padahal skuter tu tak bagi signal pon.. so sepatutnya keta Kenari tu kene la bagi laluan kepada skuter tu.. atau dia mmg tak nampak.. apa apa pon.. alhamdulilah.. penunggang skuter tu terselamat dari kecederaan serius… ) mai la sama sama kita baca doa sebelum naik kenderaan.. bukan apa.. sbb Allah bagi tau.. barang siapa hambanya berdoa InsyaAllah Allah akan makbulkan doa hambanya itu.. DOa itu senjata MUKMIN!!

Share on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Accident

omaQ.org dalam proses upgrading!!!

2 Comments »

Perhatian!!

Kepada semua warga omaQ.org….omaQ ingin meminta maaf sekiranya anda tidak dapat mengeksess omaQ.org buat beberapa hari yang lalu.. ini kerana kerja kerja penambah baikan omaQ.org dalam jelmaan baru setelah mengalami evolusi dari user 1 000 per day kepada user 4 000 per day..Jadi omaQ terpaksa mengemas kembali system cpanel hsoting dan sebagainya … kerja kerja ini akan siap dalam masa terdekat.. rajin rajinkan diri untuk ziarah ke omaQ.org dari masa ke semasa.. tq…harap maklum…

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on August 19th 2009 in My Info