
~ Petrol ooo petrol..Ron 95 ooo Ron 95 …~
Date : 31 Ogos 2009
Time : 8.30 p.m
Place : Petronas Seriab kangar Perlis
Info : Malam nie merupakan malam last untuk seluruh rakyat Malaysia menggunakan minyak Ron 97 yang sedia ada dengan harga RM 1.80 seliter… mulai esok harga minyak Ron 97 naik kepada RM 2.05.. manakala kepada pengguna yang hendak menggunakan minyak yang jimat harganya ialah Ron 95 dengan harga RM 1.80 seliter…jadi rakyat ada pilihan untuk menggunakan minyak yang mana bersesuaian dengan citarasa mereka …. apa apa pon.. omaQ dah bubuh minyak full malam sat sat…

~ Petrol Ron 95~
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Life








P/s :- Eeeee sedapnya… tak sabaq nak tunggu time berbuka puasa ni…
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Makan makan
Kepalsuan Fadhilat Solat Sunat Terawikh

Bila tibanya bulan Ramadhan, antara hadis yang popular adalah hadis
fadhilat solat terawikh.
Hadis yang menerangkan kelebihan solat sunat terawikh
dari malam pertama hingga ke malam 30.
Tapi tahukah kita kedudukan atau status hadis ini?
Hadis ini adalah hadis palsu/tiada asal
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali RA yang sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh:
Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.
Malam Kesembilan:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.
Kesimpunlannya
Kita tidak boleh berpegang dengan fadhilat solat sunat terawikh ini.
Ganjaran pahala adalah urusan Allah S.W.T
Sumber :- http://kemanaarahkita.blogspot.com/
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Sunnah

~ Jalur gemilang ~
Assalamualaikum..
Terlebih dahulu omaQ ingin mengucapkan salam kemerdekaan kali ke 52 kepada semua warga omaQ.org yang rajin ziarah teratak usang omaQ.org ini… walaupon kemerdekaan kali ini jatuh pada bulan ramadhan dan pada masa yang sama seluruh dunia telah di ancam dengan wabak Flu Swine H1N1 ini… sambutan ala kadar tetap diteruskan…ape ape pon.. mari sama sama kita mempertingkatkan keazaman dan usaha kita dalam memajukan diri untuk berjaya sama ada di dunia dan di akhirat..Akhir kata… Jadilah rakyat yang cintakan negara dan agama….
1 Malaysia untuk omaQ.org !!!!!!

~ Sambutan Hari Kemerdekaan ~
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Event

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak..
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Tazkirah






P/s :- Inilah fashion Flu sedunia….
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Internet

~ Permandangan sawah padi @ tasik Melati background Bukit Chuping ~
Date : 29 Ogos 2009
Time : 11.00 p.m
Place : Bendang sawah padi Cikgu Mat + Mak Gayah
Info :Awal pagi tu.. lepas omaQ seatle hantaq sampah kat tepi jalan…. Ayah ajak omaQ pi ziarah sawah padi yang diaorang kerjakan… pusing la omaQ jadi driver.. bendang kat area berhampiran tasik melati… Paya…pi ambik duit padi sama.. sbb la nie musim tuai padi.. jadi kebanyakkan petani petani dah dapat hasil padi mereka skrang… then skrang plak musim untuk tanaman semula… kebanyakkan sawah padi mak ayah dia orang upah.. bagi orang lain uruskan… cuma dia orang monitor pergerakan tanaman sawah padi tu aja…

~ Taxi Driver ~

~ Ayah Mat tutup tadahan air~
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Life

Cucu & Atok
“Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?” Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: “Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???” (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: “Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.”
Atuk: “Tak sama apanyerr???”
Cucu: “Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?”
Atuk: “?…?…?…?…?…?”
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Lawak

~Jall Ikea Product ~
Date : 29 Ogos 2009
Time : Afternoon
Place :Rumah Mak Gayah Padang Pauh
Info : Kelmarin dulu.. masa lapang lapang…. omaQ sempat pasang penyidai baju yang omaQ beli kat Ikea masa pi Kl ari tu.. masa pi tu.. omaQ beli dua… beli kat mentua satu.. beli kat Mak Gayah satu.….senang depa nak sangkut baju harian depa…. lepas bibik selesai iron baju.. senang aja dia gantung kat penyidai baju tu…Ayah Mat pon senang la pilih baju yang sudah diiron untuk dipakai….omaQ suka dengan ikea product ni.. sbb dia simple… and kukuh.. sbb pakar yang buat design ni mmg ahlinya.. so untuk long term guna mmg tahan …

~ Simple ~

~Manual Guide ~
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Life