Misi Hantar Budak Lagi..

No Comments »


~ Budak sakit perut ~

Date : 28 September 2009
Time : 11.00 p.m
Place : Sek Keb Oran ke Taman Mata Ayer 2 Perlis
Info : hari isnin ari tu.. omaQ merupakan guru bertugas pada minggu nie.. so sebarang sakit budak budak omaQ la yang inchager.. kena plak pagi tu.. ada murid tahun 3.. sakit perut.. siap nagis nagis lagi… omaQ pon suh la dia berehat di bilik sakit.. then.. tak lega lega gak.. dia nak balik umah.. last sekali omaQ pon hantaq la dia balik ke rumah dia.. kena plak omaQ ari tu tak bawa keta.. naik skuter aja.. skuter pon skuter la.. janji leh sampai umah.. he he.. sempat singah kedai dulu.. shopping cokelat sekeping 2… :) itu guru yang sejati :)


~ Singgah kedai belu cokelat dulu :) ~


~ Misi menghantar pulang pelajar yang sakit perut ke rumahnya dari sekolah~

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Oran

Video : Fawwaz dengan kipas barunya :)

No Comments »

P/s :- Fawwaz dengan kipas barunya.. penuh bergaya keriangan semasa shopping @ Gueney Plaza Pulau Penang ari tu

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Fawwaz, My Video

Repair Riben PDA PHone Htc Hytn II

No Comments »

Date : 2 Last Week
Time : waktu kedai buka :)
Place : Sentosa Alor Setar Kedah
Info : 2 MInggu lepas omaQ pi repair pda omaQ iaitu HTC Tytnn II yang rosak riben dia… dia tak leh detect sim card.. biasa la.. jenis yang leh flip nie.. mmg senang rosak.. bila dah guna 1 tahun lebih.. ada ada aja la kerosakannya.. omaQ survey call g HTC Service kat penang dia kena kene charge RM dari 200 – 600 kalau rosak board siap la RM 1000 lebih .. gila apa... beli dulu mmg mahai.. kalau sampai nak repiar pon ribu ribu.. better beli yang baru.. so omaQ buat servey lagi.. tanya kawan kawan yang ada htc gak.. ada kawan nama cikgu ruslin.. dia pon dulu rosak gak.. .. then repair kat penang .. kene charge dalam RM 300 lebih.. bila omaQ pi alor setar .. dia orang kata leh buat.. dalam RM 200 lebih.. so omaQ pon pi la repair kat sentosa.. bila siap.. kene la RM 250.. kira ok lagi la..dari kene beli baru.. alhamdulilah.. skrang boleh guna macam biasa :)


~ Riben PDA PHone Htc Hytn II yang ditukarkan ~


~ Simple ~


~ Button @ Ribben PDA PHone Htc Hytn II~


~ Ready to be use ~

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Gadjet

Picture Zara Iman A.k.a Mr Au Junior

No Comments »

null

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Friends, My RedFrame, My Xtremehut

Rumah Terbuka Aidilfitri Anak-Anak Perlis 2009

No Comments »

when: 17.10.2009 | 14.00 h – 18.00 h
Event title Rumah Terbuka Aidilfitri Anak-Anak Perlis 2009
Where: Rumah Mat Gebang – JLN GOMBAK
Category: Makan-Makan


~Rumah Terbuka Aidilfitri Anak-Anak Perlis 2009~
Location
Venue Rumah Mat Gebang
Homepage: http://www.wikimapia.org/#lat=3.2184697&lon=101.71
Street: NO 1, JLN GJ7, TMN GOMBAK JAYA, BT 5 1/2,
ZIP: 00000
City JLN GOMBAK
Country: MA

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Event, My Info

Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri

No Comments »

Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri


~ Dr Mohd Asri Zainul Abidin~

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.

Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan “Sunnah Perlis” yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

“‘Sunnah Perlis’ bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

“Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal,” katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.

‘Tidak sesuai’

Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan Muhammad di Arab Saudi pada 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat “situasi padang pasir” ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan kegananasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli majlis agama Islam Perlis baru-baru ini.

Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.

“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil.

“Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Tempatnya itu digantikan timbalan mufti Sarawak Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.

Sumber :- Malaysiakini.com

Share on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Internet, My Sunnah

Punca hilang ingatan dan petuanya

No Comments »

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

……dan yang paling penting dibawah ini……..

selamat beramal…..

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal ( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat ).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

(Surah Al-Ahzab:71)

Sumber : Email Sahabat omaQ.org

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 1st 2009 in My Info, My Tazkirah