Tahniah Pasangan Am & Liayana

No Comments »


~ AM Junior :) ~

Pasangan : Am And Liyana
Baby :Male
Weight : 2.95 kg
Date : 30 September 2009
Time : 2312 p.m
Place : Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis
Name Baby : Izdihar ( Kemajuan )
Info : Am nie sahabat tution semasa sek men dulu.. then dia nie anak bekas S/U Perlis.. dia skrang keja kat Power Plan Sungai Baru Perlis.. dia plak member MOuntain bike zaman dahulu kala.. welcome to the club no.. selamat jadi ayah Mithali.. Tahniah omaQ.org ucapkan.. “:)

Posted on October 3rd 2009 in My Friends

Picture Raya ALi Karimi & Family

No Comments »

P/s :- Picture yang omaQ grab dari facebook ali karimi & Aishah a.k.a ummu Auni :)

Posted on October 3rd 2009 in My Friends, My Matri, My Mpi

Malaysiakini Serkap Jarang tentang WAHABI !!!

2 Comments »

Aku amat-amat jarang baca Malaysiakini…

Pagi tadi staff aku sms, “Institut Sunnah masuk Malaysiakini”…

Aku yakin bukan sesuatu yang bagus, sebab tak pernah aku buat apa-apa program aku jemput Malaysiakini…aku lebih suka Sinar Harian dan mainstream medias yang lain…

Then aku pun buka la laman web Malaysiakini…

Jumpa la berita ini dan ini…

Berita mengenai pertukaran Imam Masjid Al-A’la Behor Temak, Kangar…dikatakan imam tersebut tak mahu mengikuti ajaran Wahabi maka dia ditukarkan…

Yang menariknya, dalam muka yang sama, penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Abdul Malik Hussin dan disiarkan…tu yang aku heran Malaysiakini nih…

Aku tak mau panjangkan cerita tentang Wahabi, Sunnah Perlis atau Salafi kat sini…

Yang aku nak marah ialah pasal ni…

Pertama : Institut As-Sunnah Negeri Perlis bukanlah NGO (Badan Bukan Kerajaan)…Institut As-Sunnah Negeri Perlis ialah unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, gaji aku sebagai Pengarah dibayar oleh SUK Perlis, gaji staf aku juga dibayar oleh SUK Perlis…jadi Malaysiakini telah menampakkan kedangkalan diorang kat situ…

Kedua : Institut As-Sunnah Negeri Perlis dikaitkan dengan pengembangan Wahabi di Perlis??? Ko tahu tak apa yang ko tulis ni wahai Jimadie Shah Othman?? Apa yang ko tahu tentang bidang tugas Institut As-Sunnah Negeri Perlis?
Kalau ko nak tahu, kami berperanan menganjurkan program-program keagamaan dan ilmiah di negeri Perlis…dan kami so far bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain…Jabatan Pelajaran, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis, Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Perlis…dan banyak lagi…yang aku sebut tu adalah yang kerap…

Dan selain itu, kami juga berperanan sebagai Institut Integriti Negeri Perlis, di mana kami selalu bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia untuk sebarang program diorang di Perlis…

So tang mana yang kata kami mengembangkan Wahabi?

Aku bukan jenis puak-puak yang akan saman berjuta-juta…(kalau saman best jugak, kot2 aku boleh jadi kaya kan..haha)…tapi aku akan terpaksa mengeluarkan satu kenyataan media kepada mainstream medias hari ni untuk meng-clear-kan nama Institut As-Sunnah Negeri Perlis…kalau tak maka imej aku sebagai Pengarah kat situ akan terjejas…

Lain kali buat kerja wartawan tu biar betul-betul..jangan main quote sumber kosong macam tu saja…aku ni duduk tercongok kat sini ada, kenapa ko tak tanya…damn…dah jadi sibuk aku hari ni..apa nak dikata…

Sumber :- http://azharshafie.blogspot.com/

Posted on October 3rd 2009 in My IIK, My Sunnah

Video : Samoa Tsunami 2009

No Comments »

Posted on October 3rd 2009 in My Video

Rasul Melayu Insaf…..

No Comments »

Bertaubatlah pengikutku – Kahar


~ Rasul Melayu Kahar ~

SHAH ALAM – Setelah mengaku bersalah atas lima pertuduhan menghina agama Islam, pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59, (gambar) menyeru semua pengikutnya supaya segera bertaubat kepada Allah.

Bekas pekerja zoo itu juga memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam, polis dan Jabatan Penjara atas kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan provokasi, kekeliruan dan fitnah terhadap Islam.

Kenyataan bertulis yang ditandatangani Abdul Kahar itu dibacakan oleh peguam syarie kepada Abdul Kahar iaitu Zulkifli Che Yong di hadapan Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam sebelum hujah mitigasi hukuman tertuduh berlangsung di mahkamah berkenaan.

Zulkifli memberitahu, Abdul Kahar juga menyatakan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat sebelum ini adalah berterusan dan tidak akan ditarik semula.

“Pesalah juga mengambil kesempatan di dalam mahkamah yang mulia dengan rendah diri mengakui kesalahan yang dilakukan adalah besar dan telah insaf, sedar dan bertaubat kepada Allah, semoga taubat nasuha itu diterima oleh Allah.

“Semoga selepas ini, isu yang dicetuskan dan dibangkitkan dianggap batil, palsu dan tidak benar.

“Pesalah juga meminta sesiapa yang terikut dan terpedaya dengan perkara batil yang pesalah pernah bangkitkan hendaklah bertaubat, insaf dan melupakan secara mutlak,” jelasnya yang membacakan pengakuan pesalah.

Posted on October 3rd 2009 in My Info

Fawwaz @ Langkawi

No Comments »


~ Fawwaz and family @ Jetty Kuah Langkawi ~

Date : 2 Oktober 2009
Place : Kuala Perlis – Langkawi
Info : Petang semalam omaQ and family mai Langkawi.. saja mai ziarah sanak saudara adik beradik isteri omaQ.. sbb arwah mak mentua omaQ asal orang Langkawi… so kira sepanjang bulan Syawal nie saja la mai merayakan diri disini.. abang ipaq omaQ pon 2 orang dok Langkawi.. semalam tidoq umah Bang Ngah @ Taman Desa @ Langkawi….


~ Ondaway dari rumah ke Jetty Kuala Perlis~


~ Ummu Fawwaz keriangan ~


~ Terminal Ferry @ jetty Kuala Perlis ~


~ Tiket Ferry Dewasa RM 18.00 ferry Labuan 8 ~


~ Bertolak kui 4.00 p.m dan tiba sejam kemudian… dalam kui 5.15 p.m ~


~ Dalam feri Labuan 8~

Posted on October 3rd 2009 in My Family, My Fawwaz, My Life, My Travel

Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

1 Comment »

Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesehatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari.

Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

Posted on October 3rd 2009 in My Info

Tapai @ Kuala Perlis

No Comments »


~ Makan Tapai dengan nyioq .. layan ..~

Date : 2 Oktober 2009
Time : Morning
Place : Umah Mentua @ Kuala Perlis
Info : Awal pagi tu.. Mak mentua omaQ buatkan Tapai pulut itam … saja buat untuk makan makan… so masa balik sekolah lepas jumaat tu.. dapat la omaQ makan sebelum bertolak ke Langkawi… Nyum nyum… sedap ooooo… nak try? kalau belum try.. cuba cuba la try.. memang layan.. tapi jangan la makan banyak sangat.. kang over dos plak :)


~ Banyaknya tapai..~


~ Tapai tanpa nyioq ~


~ Kena satu.. pasti nak lagi..~

Posted on October 3rd 2009 in My Makan makan

Promosi Harga Proton di Arab Saudi Murah!!

3 Comments »

kemegahan rakyat Malaysia, kerana ia adalah kereta pertama nasional. Tapi mengapa harganya terlalu tinggi, dah macam kereta import. Sempena Ramadhan ni, proton buat promosi besar-besaran, jom kita tengok berapa harga proton di Arab Saudi…

Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi pada rakyat kita? Apa istimewanya orang Arab?

Dimana slogan yg. selalu dilaung-laungkan, 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu…

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Bermakna:-

Maknanya

Harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…

Apa pendapat anda?

Posted on October 3rd 2009 in My Info, My Internet

Menyanyi 1 Jam dapat RM70000

No Comments »

Semua orang akan terbeliak bila melihat penyanyi menyanyi dalam masa tempoh sejam sahaja, sudah mendapat RM70000. Fakta ini bukanlah satu gurauan, namun itulah realiti dalam negara ini. Bayangkan dengan mengeluarkan suara dalam masa demikian, anda boleh jadi jutawan dalam sekelip mata (mengalahkan gaji pengurus dalam masa setahun tue) Siapa lagi kalau bukan artis-artis yang mendapat nama di Negara ini seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Anuar Zain dan Jaclyn Victor. Jom lihat jadual harga nyanyian mereka jika u’all mahu menempah mereka buat show time kahwin u’all.

DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM70,000 untuk persembahan selama 1 jam

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam

ANUAR ZAIN
* RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam

JACLYN VICTOR
* RM18,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM30,000 untuk persembahan selama 1 jam

Related Posts with Thumbnails
Posted on October 3rd 2009 in My Info, My Internet