KOMPLEN : Staff Putra LRT tidak Profesional

3 Comments »

Baru-baru ini penumpang Putra LRT tersenyum melihat LRT baru dengan 4 koc. Hah janji rapid KL dengan 4 koc sudah pun di tunaikan.

Namun senyuman pengguna Putra LRT semakin hari semakin hilang.. ini kerna LRT yang mempunyai 4 koc itu masih lagi tidak beroperasi untuk kegunaan penumpang.

Rasanya sudah hampir sebulan ujian terhadap 4 koc Putra LRT itu jalankan tetapi sehingga kini masih lagi belum beroperasi.

Bukan tidak sabar ataupun tidak memahami tetapi kami pengguna LRT sudah cukup bersabar dan terlalu memahami.

Kesabaran kami menempuh kesesakan dan kepadatan penumpang sudah melepasi tahapnya.

Bukan setahun dua kami berada didalam keadaan situasi yang tak selesa tetapi sudah melebihi 8 tahun.

Setiap hari kami tak sanggup untuk tempuhi lagi. Namun apakan daya kami penumpang Putra LRT yang tiada pilihan. Nak tak nak terpaksa juga menjadi penumpangnya.

Diharap pihak pengurusan LRT jangan lah berlengah lagi. Buatlah kerja dengan penuh efisen dan tanggungjawab.

Jangan menghampakan penggunanya. Operasi lah secepat perkhidmatan 4 koc itu. Kesabaran kami sudah melepasi segala-galanya.

Apatah lagi Kuala Lumpur sekarang ini dipenuhi dan menjadi tumpuan pelancong dunia. Malu kita tonjolkan suasana sebegini.

Tidak guna jika perkerja nya begitu ramai tetapi perkhidmatan LRT nya masih di takuk lama.

Ingin saya sentuh juga sikap pekerja-pekerja LRT yang tidak begitu profesional dalam menjalankan tugas.

Disetiap stesen yang begitu sesak ditempatkan agak ramai juga pekerjanya namun pekerjanya lebih banyak bersembang dari membuat kerja. Mereka-mereka ini tidak menghiraukan pandangan penumpang. Cara mereka seolah-olah menganggap LRT ini milik mereka. Sudah lah penumpang kepenatan berkerja dan ditambah pula kesesakan di stesen dan di dalam koc dan bertambah sakit hati melihat gelagat pekerja2 LRT ini yang bersembang dengan kuat dan gelak tawa gembira dan seolah-olah mereka ini bagaikan penumpang. Tengah kerja buat lah situasi sedang bekerja.

Profesional lah sikit.

Sumber :- Email warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on October 16th 2009 in My Info, My Internet

Kisah Ibu, Anak Dan Menantu

No Comments »

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar) dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.……..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan …… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malang telah menimpa mereka……

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan……..Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

…………………….

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 16th 2009 in My Info, My Tazkirah