Cerita Dari Wad ICU – Mashitah

No Comments »

Email dari sahabat omaQ yang baru keluar wad ICU

Assalamualaikum omaq..

First tq 2 Allah sbb msh panjangkan umur akak..dpt akak bc omaq punye blog..
Second sbb omaq sudi entry berita akak dlm blog omaq…
mcm mn leh pengsan??? ntah ye..agaknye sbb akak jd insan yg Allah syg kot..pengsan kat umah kakak kat bgn datoh prk ms ry ke 3..tetiba je b’degung smcm,pastu terus tumbang..dlm ms tu sedar la lg sbb muntah2..kuar blik dragon fruit yg akak mkn..pastu terus x sedar..sdr2 dah kat hspital kelang..sayup2 je dgr kakak ipar dok merayu2 hntr hkl..tapi kelang kata hkl penuh n x de pakar…pastu ilang balik suara tu..sdr2 kat hspital sg buloh..

ms kat sg buloh tu x brapa nak ingat n sedar..yg akak sedar suami akak kt penyakit sbnr akak..AVM( arteri…v…m…x tau apa mkna ) salur darah sumbat@ pecah..masa tu dok tgg dr saiful..sepupu kwn akak ms sek menengah..die cuti raya sampai 5 hb..so nak opprt kene tgg 5 hb.sepanjang tu ddk la akak dlm wad m’hitung hari..org melwat pun payah..mak guard die garang…klu dah ada 2 org kat katil kt n ade lg kat luar yg dtg mlwt die suruh yg ade tu kuar dulu sbb nak bg pluang kat org kat luar tu..misi nye pun blh tahan baik tp ade sorang tu yg bengkeng…sampai akak ckp kat suami nak pindah spital..suami tnye napa nak pndah…akak ckp kat cni x best..6 hari akak kat sg buluh hari ke 7 blm wktu melawat akak tgk abg yg sulung msuk…rupenye nak pindahkan akak spital…

sbb kita yg nak pindah. so depa x bg ambulance..x-ray pun depa suruh byr..d sbbkan kakak ipar akak yg sulung tu nurse kat hkl…n die ckp akak kakitgn kerajaan..so free…yg lwknye akak x de bj nak tkr..kakak kt ala…kat hkl pun bj ijau gak…apa nak kesah..tp risau klu guard thn la..so…bj akak sarung bj sejuk kain akak ttp ngan selendang panjang…so x nmpk la bj spitaltu…naik citra je g hukm..suami ikut dr blkang naik wira

smpai hukm tanpa banyak ckp kakak sorong naik wad..abg kat bwh daftar..yg lwknye kat bwh kata blm dftar mcm mn leh msuk wad?? abg kata..”u tanya dr azizi…die kata klu dah sampai naik terus wad..i x tau “tu la pekdahnye ramai contact nie…dr azizi ni rupenye kwn kakak yg sulung…pakar neuro…

smpai kat katil..x lm pastu dr azizi dtg..die tnjuk kat akak fielm x-ray tu..kakak kt jgn tp die kata x pe…akak perlu tahu apa yg jd dlm otak akak..die kata AVM t’jd pd p’puan slps b’salin atau yg b’umur 30 tahun n ke atas..drh x ikut laluan die…die cr jln shortcut..ikut jln org lain..org tu mrh sbb tu jlnnye pecah.. die kata jgn risau sbb esok kt oppart…esok tu mksudnye hari selasa 29 sept 09…wah…x rugi akak mintak pndh spital..cpt hukm nak buat..

29 sept 09 ( selasa )- dah puasa nak kene opprt..tetiba dtg sorang dr bg tau x jd..so akak mkn lah balik…esok br opprt…bilik bdh penuh..sbb ade org kene bdh tp blm siap lg..mlm tu kakak akak( ustzh zubaidah ) yg tmnkan akak..klu kat sg buluh langsung x leh tgg…wad pun cmpur laki pompuan

30 sept 09( rabu ) dlm pkul 10 siap2 n tolak masuk dlm blik bdh..dlm blik bdh tu akak serahkan diri je ,dkt 2 kaki 2 tgn ade dr cucuk jarum…x jumpa urat..last2 jumpe gak kot sbb die suruh sedut gas…kasi pengsan..sdr2 dah dlm icu..mak akak kata lm gak…3.30 br kuar..mlm tu akak dok icu…sgt lah x slesa sbb kene pakai yg kat mulut tu…sedut oksigen lg..siap tanye lg bile leh naik wad??? keesokan harinye…

31 sept 09 / 1okt 09 (khamis )- tarikh pun dah x ingat..pndah wad yg lps bdh tu..x ingat apa singktnnye..x brapa slesa gak sbb x lene tido…katil pun xleh tnggikan sbb paras kepala x leh lebih 30 darjah..yg m’harukan…anak murid akak dtg ngan mummy die..dini al-qayum..skjp je die msuk tgk akak pastu kuar sembang ngan mak n kakak akak d luar.mummy die ckp dini asyik ajak nak tgk ustzh die je..die x lalu mkn,x lena tido slgi blum tgk akak…uhuk2….bgus anak muridku ini…

mlm tido x lena sbb ada pkcik satu wad gaduh ngan nurse..kat hukm ni bkn nak puji tp mmg kenyataan nursenye mmg t’baik pnh akak jumpe..lembut je semuanya..pakcik tu ajak gaduh pun sabo je lg…tido semlm kat bilik ni esoknye akak tnye bl leh balik wad biasa..nurse kata x leh lagi sbb pas bedah kene monitor dulu..akak punye rayu2 ngan doktor..asal doktor dtg akak rayu…dari dr nur..die kene tnye dr azizi dulu..dr azizi x bg..ptg ckit dr sun lak dtg..pun ku rayu lg..die kata nnt tnye dr azizi gak..akak siap ckp klu x pndh wad x mau mkn..pukul 8 mlm kang die bg tau..dah pukul 8 die pun dtg bg tau brita baik..boleh pindah wad mlm tu..yg lawaknye die suruh akak salam die n senyum dulu..agaknye muka akak msm je kot..

lm gak dok tgg leh pndh tu…dr pukul 8 pukul 11 br depa hantar akak..n mlm tu akak leh tido lena sbb katil dah blh tnggikan..kakak akak pun smpai sbb nak jaga akak mlm tu..so b’mula lah rutin harian di wad 5 e sugeri 4..b’mcm2 pengalaman lah yg akak rasa..yg paling x leh lupa g msukkan kamera melalu urat2 kat peha…

semnggu slps bdh hari rabu akak di bwk turun nak tgk ade lg p’drhan kat otak ke x slps d bdh..mak tuan..sakitnye tuhan je yg tahu..ngan rasa pijar kat mata..kepala rasa b’pusing2 alam ni..mmg die bius tp ttp terasa gak..klu d bg pilihan b’salin ngan lalui msuk kamera kat urat peha ni…akak pilih b’slin..klu mati pun at least mati syahid…klu mati masa msk kamera nie?????

hari sbtu mlm ahad anak sedara akak nikah…so x de sapa yg leh jg akak..nasib shapi ( mth/pa) dtg jenguk akak kat spital..pastu adik beradik akak pun rayu2 la kat die suruh jg akak mlm tu..so die tlg jg akak mlm tu smpai tgh hari ahad..tq shapi…kau la adikku dunia akhirat..ramai gak yg dtg jenguk…kwn2 mktb,kwn sek men,kwn2 sek,pibg,org jbtn,gb…tq semua..

so hari khamis..8 okt 09 akak leh kuar spital…tp lemah lg la…balik2 tgk umar mak tuan…besornye…nisa lak awal2 x mau …takut tgk ibu..tp ptg ckit dah ok la..dah berani…bukan apa..agaknye die teringat masa akak pengsan dulu kot..biarpun bedah kat kepala rambut still ada lagi …die x buang..tp klu kat sg buluh gamaknye botak dah akak..

bahaya panadol??? padahal tu la yg hospital bg kat akak..tapi td dah bc email omaq ttng bahya panadol tu…terus x berani nak mkn..msg terus kat suami belikan minuman isotonik..kang klu mkn manyak sngt panadol…lain kali g masuk spital cuci buah pinggang lak akak…nauzubillah…

so d kesempatan nie akak nak ucapkan tq banyak2 kat semua adik beradik,suami,kawan2 sbb sudi doakan kesihatan akak…solat hajat yang korang buat,air zam2 yg di beri sgt2 m’bantu semoga Allah terus sembuhkan akak..smlm akak g fisiotrapi…alhamdulillah dah blh jln ckit2…klu sblm nie b’tongkat kat umah,skrang x lg..

oklah omaq..salam utk fawaz n huda..sbnarnye akak tulis ckit2 email nie..dr pg td baru skrang nak habis..mata akak x leh pndang terus kat laptop sbb pala masih lagi rasa pusing2…wasalam

Share on Facebook
Posted on October 19th 2009 in My Friends, My Mpi

Video : Scoot Comp @ Kangar Perlis

No Comments »

P/s :- Scoot Comp @ Kangar Perlis bersama dengan Ali Karimi.. semasa omaQ buat rakaman and anjur dalam tahun 2006 yang lalu…

Share on Facebook
Posted on October 19th 2009 in My Hobby, My Video

Kronologi Isu Pengharaman Purdah – Penjelasan Sebenar !!

No Comments »

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.

**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 – 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss

Sumber :- Email sahabat omaQ.org

Share on Facebook
Posted on October 19th 2009 in Uncategorized

Sri Lanka Girl Kene Bunuh !!!

6 Comments »

The little girl Varsha missing on UPSR day was killed bruttaly (SG)


~ Apa dalam gundi tu ?~


~ Ya Allah.. ada budak rupanya ~


~ Alatan budak sekolah ~


~ Sungguh tidak berperi kemanusiaan~


~ Hilangnya nilai harga diri.. si pembunuh pasti akan menerima azab yang setimpal di akhirat kelak..~

Sumber : Email sahabat omaQ.org

Share on Facebook
Posted on October 19th 2009 in My Internet

Uji MINDA !!!

No Comments »

Arahan !!

Selesaikan Soalan Ini
uji iq anda.
tahap mana iq anda.
selesaikan soalan ini.
memerlukan pemahaman,penyusunan,penelitian..

Anda bijak?
Uji tahap iq anda..
Selesaikan soalan ini.
Tak susah pun.Budak sekolah rendah pun boleh jawab.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 19th 2009 in My Info, My Internet