SAH ke Hukum Sebat Atas Kartika ?

No Comments »

The sentence of whipping meted out recently to a muslim woman for consuming alcohol is a violation of the constitutional guarantees under the Federal Consti.


By: Nabisha Bt. Ibrahim

Pegawai penyelidik

Mahkamah Tinggi shah Alam

Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku salah atas kesalahan meminum minuman yang memabukkan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000.00 dan enam kali sebatan rotan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20 Julai 2009. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Pahang iaitu di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Hukuman yang dijatuhkan ini telah mencetuskan polemik apabila terdapat banyak pihak termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempertikaikan hukuman tersebut sehingga meminta kerajaan campur tangan untuk mengkaji semula hukuman yang telah dijatuhkan itu. Isu ini menjadi perdebatan pelbagai pihak berikutan ini merupakan kes pertama wanita Islam dijatuhkan hukuman sebat bagi kesalahan syariah dan bersedia untuk menjalani hukuman itu tanpa membuat sebarang rayuan. Walaubagaimanapun sebelum hukuman sebat itu dilaksanakan adalah perlu untuk melihat sama ada hukuman yang dijatuhkan itu melanggar jaminan hak-hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan (PP). Jika hukuman itu didapati berlawanan dengan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan maka hukuman itu akan menjadi tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

1) Sama ada hukuman sebat melanggar Perkara 5(1) PP

Perkara 5(1) PP memperuntukkan “Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut Undang-Undang.” Oleh itu pertama sekali adalah perlu untuk menentukan sama ada Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan 1987) adalah suatu undang-undang yang sah untuk dikuatkuasakan. Peruntukan 74(2) PP memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang dalam perkara-perkara yang disebutkan di dalam Senarai Negeri iaitu Senarai Kedua dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan ini termasuklah perkara-perkara yang melibatkan kes-kes jenayah yang berkaitan dengan perintah agama bagi orang-orang yang beragama Islam. Di dalam Jadual ini telah dinyatakan secara khusus bahawa “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.” Di sini adalah jelas bahawa kuasa untuk mengkanunkan undang-undang bagi kesalahan melanggar perintah agama yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang Persekutuan seperti meminum minuman yang memabukkan, kesalahan khalwat, berzina dan lain-lain kesalahan yang melanggar perintah agama adalah termasuk dalam bidang kuasa negeri.

Walaupun Badan Perundangan Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengkanunkan undang-undang ini, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.00 atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau gabungan hukuman-hukuman tersebut seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984). Oleh itu memandangkan s. 136 ini telah digubal berdasarkan peruntukan Undang-Undang yang sah dan hukuman yang dijatuhkan tidak bercanggah dengan Akta Mahkamah Syariah, maka hukuman yang dijatuhkan ini tidak melanggar Perkara 5 PP.

2. Adakah hukuman sebat terhadap wanita dalam kes jenayah syariah melanggar perkara 8(1) dan 8(2) PP.

Persoalan yang timbul di dalam kes Kartika Sari ini adalah adakah seorang wanita boleh dijatuhkan hukuman sebat di dalam kes jenayah syariah memandangkan s. 289 (a) Kanun Tatacara Jenayah melarang hukuman sebat dikenakan terhadap golongan wanita. Hukuman sebat terhadap wanita dalam kes jenayah syariah ini dilihat sebagai berlawanan dengan perkara 8 (1) PP yang menjamin hak perlindungan yang sama rata di di sisi undang-undang dan perkara 8(2) PP yang melarang sebarang diskrimanasi atas alasan agama dan jantina. Berkenaan dengan hak perlindungan sama rata ini adakah wanita islam yang dijatuhkan hukuman sebat tidak mendapat perlindungan yang sama seperti pesalah wanita di dalam kes jenayah sivil. Oleh itu pesalah wanita dalam kes jenayah syariah boleh membantah hukuman tersebut atas alasan mereka tidak mendapat perlindungan yang sama rata dan berlaku diskriminasi kepada mereka atas alasan perbezaan agama.

Mengenai hak kesamarataan, Suffian LP di dalam kes Datuk Harun Idris (1997) 2 MLJ 55 menyatakan “Equality before the law guaranteed by Article 8 does not mean that all laws must be in general in character and universal in application.” Prinsip yang boleh diambil daripada kes ini adalah bahawa hak kesamarataan yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang mutlak dan sesuatu undang-undang boleh digubal setakat yang dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan khusus bagi satu-satu golongan. Seksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa wanita tidak boleh disebat tetapi Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang No. 8 (2002) yang terpakai bagi kes-kes jenayah syariah tidak mempunyai peruntukkan sedemikian. Seksyen 125 (1) Enakmen tersebut secara umum menyatakan “Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.” Perkataan “tertuduh” digunakan secara umum tanpa memberi sebarang pengecualian kepada jantina ataupun umur sesorang pesalah. Seksyen 125(3)(i) secara khusus menyatakan cara sebatan dilaksanakan terhadap perempuan. Oleh itu sebatan adalah salah satu hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang syariah negara kita untuk pesalah syariah.

Tatacara pelaksanaan sebatan bagi kes jenayah syariah adalah dinyatakan dengan terperinci di dalam s. 125(2) Enakmen tersebut dan ia jelas berbeza dengan sebatan yang dijalankan dalam kes jenayah sivil. Cara sebatan yang diperuntukkan bagi kes jenayah syariah adalah orang yang melaksanakan hukuman itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah dan ketebalan rotan yang digunakan tidak boleh melebihi 1.25 sentimeter. Semasa hukuman sebat dijalankan pesalah perlu memakai pakaian menutup aurat dan sebatan boleh dikenakan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit. Hukuman sebat ke atas pesalah lelaki dijalankan dalam keadaan pesalah berdiri manakala jika pesalah itu perempuan ia dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk. Ini amat berbeza dengan sebatan di dalam kes jenayah sivil di mana saiz rotan yang digunakan adalah tidak melebihi setengah inci dan pukulan sebat dijalankan di bahagian punggung dalam keadaan pesalah berdiri disandarkan kepada tripod tanpa memakai pakaian dan hanya menutup alat sulit. Perbezaan sebatan di dalam kes jenayah syariah dan kes jenayah sivil adalah begitu ketara dan masing-masing terpakai dalam dua bidang kuasa yang berbeza.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang memperuntukkan cara sebatan bagi kes jenayah adalah dikanunkan di bawah Senarai Kedua iaitu Senarai Negeri Jadual Kesembilan dan hanya terpakai ke atas orang Islam bagi kes-kes yang melibatkan jenayah syariah. Manakala Kanun Tatacara Jenayah adalah Undang-Undang Persekutuan yang menggariskan pelaksanaan hukuman sebat di dalam undang-undang sivil. Memandangkan kedua-dua undang-undang ini adalah daripada dua bidang kuasa yang berbeza dan hukuman sebat yang dijalankan juga berbeza, maka larangan hukuman sebat yang terkandung dalam seksyen 289(a) KTJ tidak terpakai bagi kes jenayah syariah. Wanita Islam yang melakukan jenayah syariah adalah tertakluk kepada undang-undang syariah dan memandangkan di dalam undang-undang syariah wanita boleh dikenakan hukuman sebat, maka ia bukanlah satu hukuman yang berbentuk diskriminasi kerana ia adalah undang-undang khusus yang terpakai kepada semua orang Islam. Oleh itu adalah jelas bahawa hukuman sebat terhadap wanita bagi kesalahan jenayah syariah sama sekali tidak berlawanan dengan peruntukan 8(1) dan 8(2) PP

Bacaan lagi…

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Info

Gempar 35 sejadah berdiri di surau

2 Comments »

Gempar 35 sejadah berdiri di surau


~ Gambar Hiasan ~

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

“Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri,” katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

“Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah,” katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

“Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama,” katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

“Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang,” katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Info, My Internet

Video : Caving @ Wang Burma Perlis

No Comments »

P/s :- Semasa omaQ buat Caving @ Wang Burma Perlis suatu ketika dahulu… kira time ni baru lepas keluar gua…

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Life, My Video

Dblat Sek Keb Oran Perlis

No Comments »

null

P/s :- Contoh Dblat yang omaQ isi untuk SK Oran bagi data 2009

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Info, My Oran

Gurney Plaza @ Penang

No Comments »


~ Fawwaz dengan mainan barunya :) ~

Date : 18 Oktober 2009
Time : 11.00 a.m
Place : Penang
Info : Ahad lepas omaQ pi Penang.. saja bawa pak mentua and mak mentua pi umah anak depa… sambil-sambil tu sempat omaQ jalan jalan sekitar Penang… jalan dengan Fawwaz dan Ummu Fawwaz.…pi merahong sekitar Gurney Plaza… cari apa yang patut.. sebelum tu omaQ singgah kat Pc Dopot.. beli xternal Hardisk 1 tb ( 1000 gb) … layan :) selepas pi gurney omaQ singgah umah nizul.. pekena mee goreng.. Nizul? sahabat omaQ sechekgu semasa omaQ mengajaq di penang suatu ketika dulu :)


~ Gurney Plaza @ Penang ~


~ Ummi buat apa tu Fawwaz?~


~ Fawwaz dan Puku ~


~ Switch @ Apple Shop ~


~ Air HItam Bukit Bendera ~


~ Alamat umah Nizul @ Air Hitam Penang ~


~ Jalan rumah Nizul Fadzli @ Penang ~

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Fawwaz, My Travel

Perhimpunan Khas Pengarah JPN Perlis

No Comments »

Date : 19 Oktober 2009
Time : 8.00 – 10.00 a.m
Place : Dataran Oran Perdana
Info : Pagi Semalam sekolah omaQ ada majlis perhimpunan Khas bersama dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis .. dia mai untuk bagi hadiah kepada si Kembar yang akan mewakili negara untuk pertandingan natiaonal space challange peringkat antarabangsa @ Turki hujung tahun ini… hadiah yang mereka dapat masa menang di Kuala Lumpur ari tu disampaikan oleh tuan pengarah kepada pasangan kembar tersebut

Share on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Oran, My Perlis

Picture Of Child Bedroom

No Comments »

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 20th 2009 in My Internet