Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat neraka??

No Comments »

Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan .“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. ”

End of my story.

Sumber :- Email sahabat omaQ.org

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Tazkirah

Video : Kenduri Kawin Wan Shanim & Tok Wan

No Comments »

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Smkaa, My Video

Sup Kaki Ayam @ Oran :)

No Comments »


~Sup Kaki Ayam @ Oran~

Date : 22 Oktober 2009
Time : 10.00 a.m
Place : Cafeteria Sk Oran Perlis
Info : Pagi nie ada menu best plak.. apa lagi.. sup kai ayam la.. nyum nyum… omaQ makan dengan geng cikgu laki laki. siap mangkuk besaq ooo .. kira saiz XL punya mangkuk :) lama tak pekena sup kaki ayam.. kalau dulu dulu.. benda nie bukan jadi harga pon.. tapi mai zaman la nie.. kaki ayam pon orang jual and makan…


~ Semasa makan ~


~ Selepas makan :) he he he ~

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Makan makan, My Oran

New Xternal Hardisk Buffalo 1 TB

1 Comment »

Date : 17 Oktober 2009
Time : 4.00 p.m
Place : Pc Depot
Harga : RM 350 ( Kalau sebelum nie sampai RM 600 lebih.. tu yang pikir pi mai pi mai..dah keperluan terpaksa beli)
Info : Masa omaQ pi Penang ari tu.. omaQ beli xternal hardisk baru..beli kat pc dopot penang.. sbb banyak data dalam komputer omaQ yang dah penuh.. jadi omaQ terpaksa rembat hardisk baru yang 1Tb ( 1000 gb) kira puas ati la.. sumbat semua data dalam tu….sbb ari ari ambik gambaq and video.. so mmg penuh la data and gambar serta video tu

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Gadjet

Fawwaz & Orkidnya :)

No Comments »

Date : Minggu Lepas
Time : Petang after asar
Place : Rumah Mentua @ Kuala Perlis
Info : Petang ari tu… selepas fawwaz kena cucuk waktu pagi… mai time petang kami sefamily saja santai kat depan umah mentua omaQ.. tgk tgk pokok orkid yang comel lote yang ditanam oleh mak mentua omaQ .. sempat la gak snap gambaq fawwaz yang muka antara ada mood dengan tak daq mood.. almaklumla.. baru kene cucuk time tu .. he he he

null

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Fawwaz

Aksident @ Tepi Highway Kuala Perlis

No Comments »

P/s:- omaQ jumpa aksident nie dalam sebulan yang lepas.. hari nie baru omaQ dapat masukkan dalam blog.. sbb dah lama sangat.. belek belek dalam hardisk baru nampak picture nie :) apa apa pon.. Berhati hati di jalan raya !!

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Accident

Happy Syirik!

No Comments »

Happy Syirik!
(Selamat Menyekutukan Allah)???

Baru-baru ini, saya menonton suatu rancangan di TV3 pada pagi hari Selasa lepas (25-12-2007). Kelihatan mereka begitu ghairah, meriah dan gembira sekali bersama-sama memeriahkan/meraikan hari/perayaan krismas… Saling bertukar-tukar ucapan (wish/greeting) sesama mereka… Yang mengejutkan saya adalah, mereka (host/krew rancangan) tersebut adalah beragama Islam.

Sungguh sedih dan terkejut kerana masyarakat Islam kita hari ini masih ramai yang tidak/belum memahami atau mungkin gagal memahami hakikat tauhid dan aqidah yang sewajarnya difahami oleh semua muslim/muslimat. Sebahagian mereka (umat Islam hari ini) kelihatan seakan-akan amat bermudah-mudah dalam persoalan aqidah malah sanggup bersama-sama merayakan hari (perayaan) Krismas dengan riang gembiranya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun…

Sebelum itu, tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan Krismas atau sempena apa 25 Disember setiap tahun di-raikan oleh orang-orang Kristian? Jadi, apakata kita lihat dulu secara ringkas. Berikut saya bawakan beberapa penjelasan mengenai-nya:

Maksud Christmas disisi penganut agama Kristian:

Christmas is an annual holiday that celebrates the birth of Jesus. It refers both to the day celebrating the birth, as well as to the season which that day inaugurates, which concludes with the Feast of the Epiphany. The date of the celebration is traditional, and is not considered to be his actual date of birth. Christmas festivities often combine the commemoration of Jesus’ birth with various cultural customs, many of which have been influenced by earlier winter festivals. Although a Christian holiday, it is also observed as a cultural holiday by many non-Christians. (Rujuk Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas)

Siapa Jesus di-sisi penganut agama Kristian:

1 – Jesus sebagai jelmaan tuhan-

Christians predominantly believe that Jesus is God incarnate, who came to provide salvation and reconciliation with God. Nontrinitarian Christians profess various other interpretations regarding his divinity. Other Christian beliefs include Jesus’ Virgin Birth, performance of miracles, fulfillment of biblical prophecy, ascension into Heaven, and future Second Coming. (Rujuk Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus)

2 – Jesus sebagai anak tuhan-

Dari sudut yang lain juga, sebahagian besar penganut Kristian meng-imani (mengakui) bahawa Jesus adalah anak tuhan. (Sebagaimana dalam bible: He and the Father are one (Bible John 10:30) – http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus & http://en.wikipedia.org/wiki/God_the_Son)

Jesus di-sisi Agama Islam:

In Islam, Jesus (Arabic: عيسى, commonly transliterated as ‘Isa) is considered one of God’s most beloved and important prophets, a bringer of divine scripture, a worker of miracles, and the Messiah. However, Muslims do not share the Christian belief in the crucifixion or divinity of Jesus. Muslims believe that Jesus’ crucifixion was a divine illusion and that he ascended bodily to heaven. Most Muslims also believe that he will return to the earth in the company of the Mahdi once the earth has become full of sin and injustice at the time of the arrival of Islam’s Antichrist-like Dajjal. (Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus)

Pernyataan al-Qur’an:

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.” Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, (Surah Mariam, 19: 88-89)

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. (al-Ikhlas, 112: 3)

“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?.” Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau.” (al-Ma’idah, 5: 116)

Maka dengan ini… sebagai perumpamaannya-

Terbayangkah di fikiran kita, apakah wajar dan patut seseorang yang waras fikiran serta nalurinya untuk mengucapkan tahniah dan ucap selamat (wish/greet) kepada penjenayah pembunuh, pencuri (yang mencuri atau mahu melakukan kecurian), perogol dan seumpamanya. Lebih-lebih lagi, yang menjadi mangsa kejahatan itu adalah diri kita sendiri! Jika kita mengatakan tidak, maka soal Mengucapkan tahniah (wish/greeting) kepada perayaan kaum kuffar (yang mengandungi penyekutuan ke atas Allah) lebih utama lagi untuk ditidakkan dan dijauhkan, kerana jelas ianya membawa maksud redha dan setuju terhadap kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Masuk akalkah, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah (muslim yang murni aqidahnya) mengucapkah tahniah atas dasar sempena kekafiran (dan kesyirikan) seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka atau yang sedang merayakan perayaan mereka yang penuh kesyirikan menurut neraca Islam? Ini berbeza dengan soal muamalah biasa. Soal muamalah seperti berjual beli atau seumpamanya, maka itu tiada masalah. Tetapi, ini adalah menyangkut paut persoalan kepercayaan/iktiqad/keimanan/aqidah.

Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami. (al-Kafirun 109: 2-6)

Persoalan ini dapatlah disamakan/diandaikan sebagaimana berikut yang mana kita mengucapkan selamat kepada si perogol, pencuri, dan pembunuh dengan ucapan:

“Semoga kamu selamat membunuh, mencuri, atau merogol.”

Atau

“Tahniah kerana anda telah merogol anak saya.”

Atau

“Selamat berbahagia dengan pekerjaan anda sekarang.”

Atau juga,

“Tahniah kerana anda telah selamat melaksanakan pekerjaan anda (mencuri, merogol, atau membunuh)”

Secara logiknya, mana mungkin kita akan mengucapkan ke atas mereka yang sedang melakukan kemungkaran atau maksiat dengan ucapan tahniah atau selamat? Mana mungkin kita akan rasa gembira bila melihat manusia itu melakukan kemungkaran. Jadinya, dalam persoalan syirik apatah lagi, kerana persoalan syirik adalah suatu persoalan yang lebih besar lagi kemungkarannya berbanding maksiat seperti perbuatan rogol, zina, mencuri, dan membunuh. Kerana ianya berhubung kait dengan aqidah (ke-Islaman).

“Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

Kepada maysrakat Muslim seluruhnya, marilah sama-sama kita mencari tahu dengan ilmu yang benar, semoga segala apa yang kita lakukan adalah sentiasa jelas dan selamat di sisi syariat.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’, 17: 36)

Apa yang saya utarakan ini, bukan difokus sekitar isu perayaan krismas sahaja, malahan telitilah sama kepada persoalan-persoalan perayaan yang lain seperti Deepavali, deeparaya, tahun baru cina, thaipusam, dan seumpamanya, malahan persoalan lain yang seumpamannya.

Sebaliknya, ajaklah mereka kepada yang “terbaik” menurut takrifan Islam… Dekatilah mereka dengan sebaiknya yang menurut Islam, bukan menurut akal.

“Apabila kamu diberi penghormatan/ucapan dengan sesuatu penghormatan/ucapan, maka balaslah penghormatan/ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan/ucapan itu. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (Surah an-Nisa’ 4: 86)

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat, sebagai contoh:

“Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih kerana memberi hadiah”.

Dan harus difahami bahawa, ucapan/penghormatan yang baik itu bukanlah suatu ucapan yang merestui/meraikan kesyirikan mereka. Tetapi, mestilah ucapan yang baik yang diambil kira menurut neraca Islam.

Untuk lebih lanjut, boleh lihat link ini (perbincangan lebih terperinci berkenaan “Hukum Merayakan Perayaan Orang-orang Kafir”) – http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/12/047-bolehkah-merayakan-perayaan-orang.html

Wallahu a’lam…

Sumber :- http://an-nawawi.blogspot.com/

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 22nd 2009 in My Tazkirah