Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

~ Apakah ini? ini dinamakan MINDA KELAS PERTAMA ? Memang 1 Malaysia betui cam nie..lepas nie kalau Akhlak anak muda mudi jadi tak tentu pasai.. jangan salahkan Guru Mengajar.. salahkan siapa yang sepatutnya dipersalahkan … ~
Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.
Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk ‘menghayati’ bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.
Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.
“Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula,” kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.
Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.
“Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita,” katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.
Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah ‘Hot’, seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.
Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.
Sumber :- Harakahdaily.net
Pramugari AirAsia ditegur berpakaian seksi
Pakaian pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia yang disifatkannya sebagai terlalu seksi, menjadi sasaran kritikan seorang perwakilan Wanita yang menyifatkannya sebagai memalukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Ketua Wanita Umno Kelantan, Zaleha Hussin berkata, pakaian pramugari Air Asia sangat menjolok mata dan penumpang melihat betis, lutut dan peha secara berleluasa.
“Sudahlah nampak betis, lutut dan peha, kemudian duduk pula…” katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan, khususnya pihak pengurusan AirAsia, mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut.
Zaleha berkata, pakaian pramugari AirAsia perlu diganti dengan yang lebih sesuai dengan nilai-nilai kebangsaan.
Sementara itu, dalam ucapannya, Zaleha berkata, penerbitan buku-buku politik boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan ahli Umno.
‘Tapis buku politik’
Katanya, sehingga ini telah keluar buku Khairi menjadi Perdana Menteri dan juga keluar buku mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Buku-buku ramalan seperti ini sebenarnya boleh memecahbelahkan perpaduan Umno dan jika tidak dibendung boleh membahayakan parti,” katanya.
Sehubungan itu beliau meminta supaya kebebasan yang diberikan kepada penulis buku-buku politik ditapis supaya ia tidak memudaratkan parti.
Zaleha juga menggesa kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) supaya menghapuskan ajaran-ajaran khurafat yang masih diamalkan di kalangan umat Islam.
Beliau juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan mengurangkan pelampau agama yang mendakwa hanya golongan mereka sahaja yang betul.
“Orang lain kafir dan taughut seperti yang masih berlaku di kalangan penduduk Kelantan,” katanya.
Sumber :- Malaysiakini.com
Share on Facebook






















