Video : Tunas Kadet Remaja Sekolah

No Comments »

P/s :- Semasa omaQ hadir kursus guru pembimbing TKRs TUnas Kadet Remaja Sekolah @ Pengkalan Hulu 2007 yang lalu

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Oran, My Video

Tentera dilupakan dalam bajet 2010 ???

No Comments »

Tentera dilupakan dalam bajet 2010

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai bajet 2010 yang langsung tidak diperuntukkan untuk sektor pertahanan.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, inilah kali pertama pembentangan bajet yang langsung tidak menyentuh mengenai peruntukan untuk anggota tentera yang telah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ujarnya, selepas Barisan Nasional memenangi kerusi Bagan Pinang yang majoriti pengundinya terdiri daripada anggota tentera, BN terus melupakan jasa mereka sedangkan pelbagai janji ditaburkan kepada anggota tentera sebelum pilihanraya kecil berkenaan.

“Saya agak terkejut kerana pembantangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,”katanya kepada pemberita sewaktu mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi parlimen siang tadi.

Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Namun apa yang dikesalkan, bajet yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama itu langsung tidak memberi penghargaan kepada golongan tentera.

“Sepanjang ingatan saya, ini kali pertama pembentangan belanjawan yang tidak menyebut dan mengucapkan penghargaan kepada anggota tentera,”ujarnya kesal.

Sementara itu, ahli parlimen Bachock, Nasharudin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS melahirkan kebimbangan mengenai cadangan kerajaan untuk membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.

Apa yang dibimbangkan ujarnya, kebebasan yang diberikan kepada IPTA untuk menjana pendapatan sendiri itu akan menjejaskan fungsi IPTA untuk membangunkan modal insan.

“Universiti diberikan semacam satu kebebasan untuk menjana pendapatan, tetapi tidak disentuh dalam pembentangan itu mengenai peluang-peluang yang harus diberikan kepada universiti untuk benar-benar membangunkan modal insan.”

“Saya bimbang universiti akan menjadi institusi yang hanya menjana kewangan lebih daripada institusi untuk membangunkan modal insan,” katanya.

Najib dalam pembentangannya berkata, dalam usaha kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya sainng dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia, kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan.

Dengan autonomi yang bertambah ujarnya, IPTA misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

“Bagi mencapai objektif ini, kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatnnya sendiri, “katanya._

Sumber :- Harakahdaily.net

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Malaysia, My Politik

Fawwaz Shopping @ Padang Besar Perlis

2 Comments »


~ Fawwaz and family ~

Date : 24 Oktober 2009
Time : 3.30 Petang
Place : Arkid Padang Besar Perlis
Info : Petang tadi omaQ pi Padang Besar.. saja nak pi beli barang beg susu Fawwaz sama.. kene plak time tu.. Yusuhaimi call omaQ.. iaitu sahabat lama omaQ @ MPi dulu nak mai rombongan bawa geng cikgu and staff sekolah dia jalan jalan kat perlis.. so omaQ jumpa dia @ Padang Besar.. kene plak celah celah tu.. kawan lama omaQ masa tution Kimia fizik dulu pon mai gak.. Linda Colas… masa form 4 dulu.. lama aih… sahabat se MIRC sama ..


~ Yusohaimi dari TAPAH Perak, sahabat omaQ semasa di MPI suatu ketika dahulu mai jalan jalan @ Padang Besar jugak ~


~ Umie dok belek beg susu untuk Fawwaz~


~ Jumpa plak Untie Linda dari Kola Perlis .. sahabat omaQ @ Tution form 4.. and sahabat Ummie Fawwaz masa sek rendah :) ~


~ Abah jom aaa balik.. Fawwaz panaih nie..~


~ Video Ummi Fawwaz tengah shopping @ Padang Besar Perlis~

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Fawwaz, My Friends, My Mpi

CEO of Kaspersky Lab Eugene Kaspersky @ Malaysia

No Comments »

We never expected that the co-founder and CEO of Kaspersky Lab (http://www.kaspersky-sea.com), Eugene Kaspersky would have such a huge amount of fans in Malaysia. Throngs of fans waited eagerly at Plaza Low Yat for him – who was here as part of his latest regional tour – with banners, posters, t-shirt and of course, retail boxes of the company’s products such as Kaspersky Anti-Virus 2010 and Kaspersky Internet Security 2010.

After seeing such huge number of fans, we finally understand why he created the K-Klub for the fans of Kaspersky products. As said by the man himself during the club’s recent official Malaysian launch:

“My vision is to combine all the Kaspersky Lab’s Fan Club in the world into one big fan club. This will enable fans to communicate with each other not only within the country but all around the world. We learn a lot from our fans about their requirements. Anytime and anywhere, we hear and we are near our customers. We strive for the best products for our customers.” – Eugene Kaspersky, Co-Founder and CEO of Kaspersky Lab

At the K-Klub Launch Event, Eugene’s fans were not the only group that got showered by some Kaspersky Labs love. To show their commitment in protecting Plaza Low Yat from cyber threats, the security company donated Kaspersky Total Space Security to Plaza Low Yat management office. The IT mall’s retailers were also not excluded from receiving some security goodness from the Moscow-based company, in the form of Total Space Security and Kaspersky Internet Security. All these products are worth more than RM 300,000 in total, quite a huge sum of money there.

Guess there was a lot of smiling faces on that day, fans, retailers and Plaza Low Yat management people themselves. Eugene himself is a very energetic guy and his energy was pretty contagious. Jump in to see more of the fanfare that went down during the event.

Sumber :- Lowyat.net

P/s :- Tuan Empunya Kaspersky yang kita dok guna antivirus tu mai malaysia… sakan aih… . Jangan dia dok bok mai semua virus yang ada kat amerika dah la…

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Internet, My Malaysia

Kenduri @ Kampung Masjid Perlis

No Comments »

Date : 24 Oktober 2009
Time : Waktu makan tengah hari :)
Place : Rumah Saudara omaQ @ Kampung Masjid
Info : Ari nie ada kenduri kawin kat dalam kg belakang umah omaQ… Kg Masjid nama dia.. so omaQ pon pi la makan kenduri bersama dengan family omaQ.. kira ari nie firstday bawak Fawwaz sama sama makan kenduri… kene plak time omaQ pi lepas zohor tu.. ujan renyai renyai.. so terpaksa la bawa payung … Anak dara tu orang Kg Masjid.. kawin dengan orang Bukit Gantang Perak… kenduri sebelah lelaki 1 NOvember 2009 nie.. dengar kata rombongan perempuan akan pi naik 1 biji bas… kira jenuh la umah pengantin laki layan nanti :) Selamat Pengantin Baru no.. :)


~ Pasangan pengantin baru sampai ~


~ Tuan umah segak bergaya ~


~ Berseri seri aih pasangan pengantin :) ~


~ Orang kuat kenduri ~

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Family

Kem Ibadah Tahun 6 @ Sk Oran

No Comments »


~ Osama Bin Laden tengah pantau budak budak Kem Ibadat :) ~

Date : 23 Oktober 2009
Time : 8.00 a.m – 12.00 p.m
Place : Surau Al Ikhwan Sek Keb Oran Perlis
Info : Semalam sek omaQ ada buat aktiviti pengisian kepada pelajar Tahun 6.. iaitu Kem Ibadah untuk mengisi ilmu tentang fardu ain… mereka telah abis UPSR.. jadi pihak sekolah dengan kerjasama panatia Pend Islam adakan program untuk para pelajar untuk persiapan untuk kesekolah Menengah.. adakan bengkel Jawi… SIfat SOlat… Amali Solat.. Ceramah Agama dan sebagainya…Alhamdulillah program berjalan dengan lancar


~ Pelajar tengah tekun mendengar kuliah oleh Al Fadil Sheikh Al Kodiang YM Ust Ku Abd Rahim ~


~ Pelajar tengah sibuk salin nota untuk tatapan dimasa hadapan :) ~

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Oran

Karnival Desa @ Padang Pauh Perlis

No Comments »

Date : 24 Oktober 2009
Time : Pagi sampai Malam
Place : Rumah CIkgu Azmi Pengerusi JKKK Kampung Padang Pauh Selatan
Info : Ada Event Karnival desa @ Kampung omaQ.. so banyak acara yang diadakan.. antaranya rentas desa.. pemeran dari agensi kesihatan… keselamatan jalan raya dan sebagaianya.. sukaneka … gotong royong masjid Sirajuddin.. tayangan wayang pacak dan sebagainya

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Perlis

Saiful & Family

No Comments »


~ Borneo Sabah~


~ Pasangan bahagia~


~ Baby Pon ~


~ Air Hangat @ Sabah ~

P/s :- Pon nie sahabat omaQ semasa belajar @ MPI ( Maktab Perguruan Islam Bangi) dulu.. skrang dia mengajaq di sabah….

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Friends, My Mpi

Nota Assigment Seni Dalam Pendidikan OUM

19 Comments »

Seni Dalam Pendidikan

MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
. satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
. melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.
.lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
.meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..
.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

R Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

LUKISAN

Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata

CATAN
.proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus
. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke
atas permukaan
. Satu ciptaan gambar yang berwarna
. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.
. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain
. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

Kolaj
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara satu sama lain
.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ
. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
. imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
. hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

Baca Lagi …

P/s :- Kepada pelajar kelas omaQ Oum… kalau nak buat assigment SDP .. boleh la baca nota yang omaQ jumpa dalam internet tu.. selamat ber assigment :)

Share on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Oum

Ayat Al Quran Pada Bayi 9 Bulan

1 Comment »

P/s :- Ya ka gambar diatas nie.. macam tatoo aja.. ermm.. tak ada bukti.. bersangka baik aja la.. kalau betui sejak lahir mmg dah ada.. mungkin Allah ingin menunjukkan kebesaranNya dengan salah satu cara demikian.. tapi kalau famili ini letak tatoo.. nauzubillah himinzaliq.. mempermainkan ayat ayat Allah… Alah huaklam..

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 24th 2009 in My Internet