P/s :- Jumpa dengan untie linda plak semasa jalan jalan shopping @ Padang Besar Ari tu..
Share on Facebook
Date : 28-29 Oktober 2009
Time : 9.00 a.m ( Jetty Kuala Perlis )
Place : Hotel Seaview Langkawi
Info : omaQ ada kursus @ Langkawi esok.. kursus data Smm + Bmm untuk maklumat murid .. so ada taklimat kat sana.. 2 ari aja.. esok pi.. lusa balik.. letih gak la badan rasanya pi mai pi mai. apakan daya.. demi tugas… yang menurut perintah ….
sip baik enjoy dengan keje nie. kalau tak enjoy mmg letih lagi la.. berkhidmat dan beramal
dunia akhirat.. mudahan segala yang dikerjakan didunia ini mendapat tempat disisiNya kelak Amin !!!


~ Roti Taj Mahal~
Date : 26 Oktober 2009
Time : 6.30 p.m
Place : Rumah Mentua Kuala Perlis
Info : Semalam omaQ puasa sunat hari Isnin.. saja la posa.. lama tak posa sejak syawal dulu.. last posa.. masa posa 6 ari tu.. petang tu omaQ pi Kangar dengan wife omaQ.. saja teman dia beli barang nak buat jamuan guru and Staff sek teknik dia… then masa lalu depan kedai mamak Alim tepi Bank Islam kangar... teringin plak nak makan Roti Taj Mahal… rasa dia macam ala ala pizza gak la.. campur dengan rasa nan chease sama.. layan..
RM 10 aja… kira not bad la.. sapa lalu situ pi la try satu.. tapi kene makan ramai ramai la.. baru habis..

P/s :- omaQ snap semasa teman my loving wife.. Ummu Fawwaz shopping beg untuk letak barangan baby.. letak susu.. letak pampers.. and so on…
Share on FacebookTAK PAYAH SEMBAHYANG (hanya permainan bahasa..!!)

“Sembahyang itu wajib kepada orang yang beriman tetapi tidak kepada orang yang berilmu”, kata teman rapat ketika kami sarapan bersama di satu pagi. Aku membiarkannya terus bercakap. “Engkau tahu kenapa?’, tanyanya lagi.
“Yang aku tahu..,” aku bermula perlahan, cuba mengagak ke mana arah perbualan ini, …”tiada seorangpun boleh melebihi Nabi Muhammad, jika rasul juga diwajibkan solat, bagaimana berilmupun kita, solat itu tetap wajib”.
Rakanku senyum memandangku, “kepada orang yang ibadatnya atas dosa dan pahala, dia bersolat kerana ia wajib, kerana dia hidup atas ganjaran dan penalti….. ..tetapi kepada orang yang hidup dan matinya kerana Allah, dia bersolat bukan kerana hukum solat itu wajib tetapi kerana dia ingin mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Kepada dia, tujuannya hanya satu, kerana Allah. Wajib atau tidak wajib, dia tetap akan melakukannya walaupun tidak diberi ganjaran. Kerana itulah orang kata solat itu wajib kepada orang beriman tetapi tidak kepada orang yang tahu”.
“Isi yang tepat tapi dimulakan dengan permainan bahasa” kataku, “kalau tersilap faham, ….. boleh disalah-ertikan” . Rakanku mengangguk tanda setuju.
Terus terlintas di kepalaku semasa kecil, ustadzku pernah memberitahu, “tak payah sembahyang kalau dah tahu”. Rupanya ia bermaksud ‘tak susah sembahyang kalau dah tahu”. Payah itu “susah” dan bukan “perlu”.
Ah! permainan bahasa.
Sumber :- Email sahabat omaQ.org
Share on Facebook
~ Abis kain pelikat carik !!~
Date : 24 Oktober 2009
Time : 1.00 p.m
Place : Masjid Sirajuddin Padang Pauh Perlis
Info : Jumaat lepas omaQ pi solat kat masjid di kg omaQ.. sekali pi.. ada peristiwa menarik.. time nak rukuk masa solat sunat sebelum jumaat tu… sekali rukuk nampak bulu roma kaki omaQ c terkeluar celah celah kain pelikat.. heren gak.. mai mana.. sekali tgk… ops!!!! omaQ terpakai kain pelikat yang anak saudara omaQ Nawwar Rifhan gunting tahun lepas…. uwaaaaaa aku terkena… WAKENABEB!!!!! lepas solat sunat tu terus kalih kain pelikat beb.. sip baik orang lain tak perasan.. kalau daq.. malu cheq
hehehe…. mmg mangsa kain pelikat carik!!!

~ Abis la kain pelikat yang lawa kehijauan ~

~ WakenaBEB !!!~

~ Sek Men Keb Mata Ayer Perlis ~
Date : 25 Oktober 2009
Time : 3.00 p.m
Place : Jalan Mata Ayer – Ngulang Perlis
Info : Semasa omaQ ondaway balik sek omaQ… omaQ snap pic sekeping 2 kat sekolah yang sedang dibina.. lepas nie kira budak budak sekolah omaQ lepas UPSR akan pi ke Sek Keb Mata Ayer tu la.. tak tau bila na siap.. mau 2 tahun lagi kot….

~ Papan info Sek Men Keb Mata Ayer Perlis ~
P/s :- omaQ jumpa sahabat omaQ semasa @ MPI dulu.. dia mai bawa rombongan cikgu and staff sekolah dia dari Tapah Perak.. saja mai rombongan jalan jalan di Perlis… jumpa dia kat Arkid Padang Besar
Share on FacebookMotivasi Diri

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari… jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.



