Archive for November 4th, 2009
Caving Wang Burma
November 4th, 2009. Published under My Hobby, My Xtremehut. No Comments.

~ Jenuh merangkak dalam gua oooooo ~

~ Luar ENTRANCE Gua Wang Burma ~

~ Benda apa nie? lain macam aja… kalau nak tau. nie la stalatite gua ~

~ Ayie + Bobo ~

~ Resque 911 ~

~ Teratak comel yang kami sewa
~
P/s:- Semasa omaQ caving kat wang burma bersama-sama dengan kawan kawan.. semasa taun 2007 yang lepas.. i miss all of u.. terutamanya last bersama dengan Arwah sahabat omaQ Anas .mudahan rohnya bersama sama dengan orang beriman hendaknya AMIN…Al Fatihah !!
Menjadi Sukarelawan “Masjid Tour Guide”
November 4th, 2009. Published under My Event. No Comments.

Assalamualaykum!
Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Jamek KL, Masjid Putra Jaya, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negeri Kuantan, Masjid Negeri Melaka dan beberapa masjid lain kerap menerima kunjungan para pelancong luar negara yang kebanyakannya non-muslim yang bersedia untuk menerima taklimat mengenai masjid yang dilawati serta Islam. Peluang ini boleh dimenafaatkan dengan berdakwah kepada mereka supaya mereka mengenal Allah, Muhammad SAW, al-Qur’an dan lain-lain info Islam. Mari sertai kami di Islamic Outreach ABIM untuk mendaftar sebagai “Masjid Tour Guide” dan menyertai kursus pengenalan yang berikut: –


KURSUS PEMANDU PELANCONG (SUKARELAWAN PELANCONG) SIRI 1/2009
Tarikh/Hari: 16 – 17 November 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Masjid Negara KL
Yuran: Percuma
Untuk pendaftaran, sila hubungi Sis. Normah Sulaiman (019-250 6065) atau nsheaven@yahoo.com
Just Arrived @ Flamingo Hotel Penang
November 4th, 2009. Published under My Life. No Comments.

~Flamingo Hotel Penang ~
Date : 4 November 2009
Time : 4.30 p.m
Place : Hotel Flamingo Penang
Info : Tengahari tadi omaQ and guru guru se Perlis bertolak dari Kangar Perlis ke Penang.. mai buat apa Penang? ada kursus guru Data Emis.. so semua guru guru data se Perlis mai turun berkampung di sini.. tak kira sek Men and sek rendah.. malam nie start kursus sampai jumaat nie.. kira 3 hari la dok sini… apa apa omaQ akan bagi info terkini dari semasa ke semasa sepanjang omaQ ada kat sini..

~ Dok lepak dengan rizal roomate omaQ dari Sk Kg Serdang ~

~ Workstation omaQ ~

~ Ang tengok apa tu omaQ ~

~ooo skodeng mat saleh mandi nooo.. he he he ~
Hasil Assigment OUM Seni Dalam Pendidikan
November 4th, 2009. Published under My Oum. No Comments.

~ Teknik Catan ~

~ Teknik Percikan ~


~ Teknik Gosokan ~

~ Teknik Montaj~

~ Teknik Catan ~

~ Teknik Gurisan ~
P/s – Hasil separuh kerja yang berjaya dilakukan.. nanti nak kene sambung.. Thanks Ummu Fawwaz bagi kerjasama yang tak terhingga… Apa yang penting? Kerjasama!!!
Longkang Baru @ Padang Pauh
November 4th, 2009. Published under My Family, My Info. No Comments.

~ Undercontruction ~
Date : 3 November 2009
Time : Siang Hari
Place : Tepi Umah Mak omaQ @ Padang Pauh Perlis
Info : Kerajaan Malaysia mai pasang longkang baru antara kampung ke kampung…. tali air.. sawah padi.. jalan-jalan and so on.. jadi semalam masa balik umah omaQ.. nampak depa dok buat keje pasang longkang baru.. so lepas ini masalah saliran air tak ada lagi.. banjir kilat dapat dielakkan.. InsyaAllah..

~ Hampir siap ~

~ Rumah jiran omaQ ~
‘Adakan muzakarah bincang isu Asri’
November 4th, 2009. Published under My Artikel, My Sunnah. No Comments.

~ Dr Maza ~
Satu muzakarah di kalangan mufti dan ilmuan Islam perlu diadakan untuk membincangkan isu penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Syed Hussein Al Habshee berkata, muzakarah itu adalah untuk memelihara keharmonian amalan umat Islam negara ini.
“Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan mainstream umat Islam di Malaysia. Dalam hal ini pegangan yang bertentangan akan memporak-perandakan pemikiran dan amalan penduduk Islam negara ini.
“Pendekatan baru di dalam ajaran agama Islam yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya generasi muda yang baru ingin berjinak dengan Islam perlu ditolak,” katanya yang dilihat jelas merujuk kepada dakwaan pihak tertentu bahawa Mohd Asri menyebarkan fahaman Wahabi.
Mohd Asri menafikan beliau membawa fahaman tersebut.
Syed Hussein, bekas Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu itu melahirkan keyakinan bahawa Jais telahpun melakukan pemantauan terhadap kegiatan dan dakwah Mohd Asri di Selangor sebelum mengambil tindakan.
Syed Hussein mendakwa bahawa Mohd Asri pada 2007 ketika menjadi Mufti Perlis melarang sekumpulan ulamak negara Arab yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada memberi ceramah di negeri itu. BERNAMA
Video : Fawwaz Sembang Malam
November 4th, 2009. Published under My Fawwaz, My Video. No Comments.
P/s :- Fawwaz sembang malam malam
PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) 2009
November 4th, 2009. Published under My Info, My Oran, My Oum. No Comments.



~ Result omaQ ~

~ Result My Wife ~
P/s :- Kalau kawan kawan yang ada ambik piksa PTK baru baru nie.. leh la click kat link sumber kat bawah tu untuk check result anda.. just masukkan No Kad Pengenalan aja
selamat mencuba !!!
Sumber :- Result PTK 2009
Assigment @ D adna Laksa Kuala Perlis
November 4th, 2009. Published under My Oum. No Comments.

~ Saja mai bagi hingaq aja
~
Date : 3 November 2009
Time : Malam
Place : Restoren Laksa D adna Kuala Perlis
Info : Malam sat sat omaQ saja pi jalan jalan jengok group study geng pon …fizi and lie.. depa dok buat assgment kat laksa d adna .. kedai tu.. merupakan kedai Pak mentua Pon.. so kalau siang siang leh la makan FREE ? makan free? mana ada.. kene bayaq gak la.. malam malam aja leh makan ayiaq masa free he he he.. laksa situ sedap oooo layan.. kuah pekat… harga sama gak… berbanding dengan laksa Kak Su.. dia ada perbezaan antara harga kuah pekat dengan kuah cair…

~ Kusyuk buat assigment ka.. dok buat keje lain ? he he he ~

~ Bro Man pon tumpang sekaki buat semak macam omaQ gak.. kacau depa dok study he he ~



