Archive for November 7th, 2009
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Masuk PAS ???
November 7th, 2009. Published under My Info, My Sunnah. No Comments.
Saya bukan ajak tetapi suruh Asri masuk PAS – Harun Taib

KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,”Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS.”
Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.
Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.
“Dia menjemput saya makan petang, minum petang di rumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri
“Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.
“seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.
Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah pada hari itu.
Image
(Gambar:Ustaz Harun bertemu Dr Asri di rumah Asri semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir)
Ia berlaku sewaktu siri kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihan raya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.
“Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ‘join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis yang bermaksud (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).
Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ‘tunggu’ dan berkata secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.
“Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.
“Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah… saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Asri menyertai PAS._
Sumber :- Harakahdaily.net
Chicken + Lamb Chop @ Pokok Ceri Kangar
November 7th, 2009. Published under My Makan makan. No Comments.

~ Chicken Chop Black Pepper ~
Date : 6 November 2009
Time : 8.00 p.m
Place : Pokok Ceri depan Taman Guru Jaya Kangar Perlis
Price : Chicken Chop RM 7.00 , Lamb Chop 13.00 ( Puas ati dengan harga and kesedapan yang tidak terhingga menjilat jari
~
Info : omaQ dan wife serta Fawwaz pi makan kat pokok Ceri Chicken Chop And lamb Chop.. dengaq kata sedap.. sekali pi makan .. mmg sedap.. pekena kuah black pepper dia.. layan ooo nyum nyumm kira kene gaya.. sapa yang terasa nak makan western food tu.. leh la mai situ.. kedai simple aja.. tapi rasa menyegit.. mengalahkan hotel ma..

~ Lamb Chop.. favourite omaQ ..
~

~ Ummu Fawwaz keryeh kelaparan
~

~ Susu tarik habuan fawwaz tidak dilupakan
~
My Video : Jambore Mountain Bike UUM 2008
November 7th, 2009. Published under My Hobby, My Video. No Comments.
P/s :- Semasa omaQ join Jambore Mountain Bike UUM 2008 .. mmg syiok abis..
Nasihat Luqman Pada Anaknya
November 7th, 2009. Published under My Tazkirah. No Comments.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Nasihat Luqman Kepada Anaknya
Luqman adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. Satu hikmahnya adalah untuk selalu bersyukur kepada Allah:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. [Luqman 12]
Luqman mendidik anaknya agar tidak mempersekutukan Allah. Nasehat Luqman kepada anaknya wajib ditiru oleh ummat Islam lainnya.
Jangan Mempersekutukan Allah
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar”. [Luqman 13]
Ummat Islam tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah atau musyrik. Syirik adalah dosa yang tidak diampuni oleh Allah.
Berbuat Baik Kepada Orang Tua
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.“ [Luqman 14]
Ibu kita mengandung kita selama 9 bulan. Beliau juga sampai berdarah-darah dengan resiko kehilangan nyawa ketika melahirkan kita. Belum lagi mereka harus sabar merasakan rengekan dan tangisan kita bahkan mungkin pukulan kita ketika masih kecil. Mereka memberi kita makan, minum, pakaian, pendidikan, dan sebagainya. Sudah sepantasnya kita berbakti pada mereka.
Tidak Mengikuti Orang Tua dalam Kemaksiatan dan Berbuat Baik kepada Mereka
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Luqman 15]
Berbuat Baik Meski Sedikit
Lukman berkata: “Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]
Mengerjakan Shalat, Menyuruh Kebaikan dan Melarang Kemungkaran, serta Bersabar
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]
Jangan Sombong
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]
Rendah Hati dan Tidak Berkata Kasar
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” [Luqman 19]
Itulah nasihat Luqman kepada anaknya yang diabadikan oleh Allah dalam Al Qur’an. Semoga kita semua bisa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak kita.
Sumber :- Email sahabat omaQ.org
Ride Up North 2010 !!
November 7th, 2009. Published under My Event, My Hobby. No Comments.

P/s :- Pls war warkan kepada sahabat sebiking kita yang lain.. MTB Never dies…..
Thanks Streamyx TMNET !!
November 7th, 2009. Published under My Info. 2 Comments.

from TM Customer Care Support -help@tm.net.my-
to miloki@gmail.com
date Fri, Nov 6, 2009 at 4:12 PM
subject Rebate approved
Dear Mr. Mohd Umar,
Thank you for contacting TM.
We refer to your e-mail on rebate issue, we received your acknowledgement and we are glad to hear that your rebate had been approved by the relevant department with the amount of RM55.00 on 5th November 2009.
Kindly take note that your rebate will be reflected in the next month bill statement. Should you need further assistance on this matter, kindly contact our Billing Department at 100 and select ‘Internet Service’.
We would like to thank you for your feedback and we look forward to serving you better.
Regards,
Anwaruddin Ibrahim
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.
www.tm.com.my
(ICOMS#9403390-651497)

P/s :- Thanks again to Streamyx Billing of TMNET….
Volkswagen Pinky @ Penang !!!
November 7th, 2009. Published under My Hobby. No Comments.

~ Pandangan Atas Hotel Flamingo ~
Date : 6 November 2009
Time : 5.00 p.m
Place : Near Flamingo Hotel, Tg Bunga Penang
Info : Semasa omaQ kursus data Emis @ Flamingi HOtel Penang.. sempat omaQ snap pic Volkswagen pinky yang parking kat umah taman sebelah hotel yang omaQ duduk… so bila flash back balik.. baru omaQ teringat yang volks tu.. kepunyaan amoi.. omaQ biasa jumpa dia .. time tu baru beli… omaQ mengajar kat Penang.. .. i miss my volkswagen …. bila la nak siap repair nie.. uwaa !!!

~ zooooooming ~

~ Sekali ada kawan beetle omaQ daa.. siap pinky lagi…. ~
Jais Halang Orang Kafir Ke Masjid !!!
November 7th, 2009. Published under My Artikel, My Info. No Comments.
Jais, jangan berfikiran sempit: Dr Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengkritik lagi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menasihatkannya agar tidak berfikiran sempit berhubung isu tindakan terhadap sebuah masjid yang mengundang exco kerajaan yang bukan Islam berucap di dalamnya.
Menggesa jabatan agama itu membebaskan dirinya daripada pemikiran sempit, bekas mufti Perlis itu berkata, hujah yang diguna pakai Jais yang menyamakan orang bukan Islam dengan wanita berhaid sebagai “pandangan segelintir sarjana Islam yang tidak mantap”.
“Kenapakan pihak Jais tidak memilih pandangan yang lebih mantap dan lebih luas? Orang kafir, orang bukan Islam pun masuk berjumpa dengan Nabi Muhammad dalam masjid.
“Masjid merupakan pejabat nabi pada zaman awal Islam. Perwakilan (kumpulan) yang Yahudi, Kristian, musyrikin, mereka masuk ke dalam masjid untuk berjumpa dengan nabi,” katanya, yang masih bertegang dengan Jais susulan penangkapannya hujung minggu lalu.
“Dengan itu, ulama Islam berpendapat, mereka boleh masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang baik.”
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika umat Islam masih menggunakan pendekatan sempit dan tidak memberikan ruang kepada bukan Islam mendekati agama ini, dakwah Islam akan tersekat.
“Masalahnya Jais ini, (apabila) diberikan pandangan berbeza, nanti dituduh pula Wahabi. Dalam konteks masyakarat pelbagai kaum, kita harus menghormati pandangan yang boleh memberikan kebaikan kepada negara dan masa depan Islam.
“Pandangan Jais seperti inilah yang sempit. Dan pandangan seperti ini menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini.
“Saya harap, bukalah minda sedikit. Jangan letakkan pandangan sempit ini menguasai mereka,” katanya.
Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi hari ini dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.
Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan exco kesihatan negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.
“Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.
“Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.
Mohamed Khusrin mengulas desakan wakil Pemuda Umno Kota Raja, Misnan Ahmad, supaya Jais menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.
Misnan mengetuai 20 anggota Pemuda Umno bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di Shah Alam semalam.
Sumber :- Malaysiakini.com



