Alhamdulilah Ustaz Dahlan Semakin pulih

No Comments »

Us Dahlan semakin pulih..


Ust Dahlan

Kondisi Abah hari ini…..

Pagi ini, raya kedua… kami di sisi abah. Akram dan Ayan tidur di HUKM. Pagi ini abah kelihatan semakin pulih walaupun masih nampak lesu. Tadi abah makan ice cream HPA… banyak juga. Lepas tu, abah sakit perut..rasa sebu… memulas. Doktor datang, dia cakap hasil scan..ok, ada batu dalam hempedu..akan dioperasi bila tubuh dah sihat. Paru-paru ada infection…sambung bagi antibiotik. Pastu..platlet dah naik 110. Cuma virus di usus tu yang masih dalam observation. Kemungkinan hari Isnin nak kena masuk spot dalam usus (tak berapa faham istilah doc.. rasanya masukkan kamera kecil ikut dubur kot). Baru dapat lihat apa yang berlaku dalam usus abah. Lepas abah diurut olehku dan cucu (Aufa, anak sulungku) abah terus nak kebilik air. Kutanya abah..warna najis abah…kata abah warna hitam. Dulupun warna najis arwah ummi – warna hitam juga. Doktor ajar abah senaman untuk kuatkan paru-paru abah. Ada 5 step. Suamiku beli nasi lemak. Abah nak cuba makan nasi lemak…dapat makan 2 suap, alhamdulillah . Abah nampak bersemangat semula. Wajah pun nampak ceria sikit. Tapi kaki masih lemah. Abah tak boleh tak diurut…kami terus-terusan urut abah, berganti-ganti. Sendi-sendi abah lenguh dan sakit.

Kami terhutang budi pada anak2 didik abah, doktor2 yang diketuai oleh Prof Dr Zamrin, pakar Kardio. Walaupun hari raya..tetap bersama menjaga abah. Kuterharu dengan pengorbanan mereka, mereka jaga abah macam ayah mereka sendiri.

Opps, sambil kumenulis…sebelah tangan urut abah. Abah dah lena. Kulihat abah mengigau dalam tidur. Tangan abah macam tengah menulis, tak pasti apa yang abah ngigau dalam tidur. Semalam, abah mengigau…cakap Arab.

Lama tak kucatatkan apa-apa di blog ini. Nak menulis di blog ni pun kena bersama hati. Bila meluahkann di sini, hati rasa lega dan puas..seolah-olah berkongsi dengan seseorang… mula-mula taip ganti diri ‘ana’. pastu delete sebab kalau tulis ana macam tak selesa sebab ruangan ini luahan hati seorang anak.. ‘ku’ lebih selesa.

Sakit Denggi abah…..

Hati tertanya-tanya, mengapa abah dapat denggi macam ummi..nyamuk tu ada di Semadung (kebun abah) atau di halaman rumah abah?. Nyamuk Aedes hanya gigit waktu subuh dan senja aje… Abah selalu gak bagi makan ikan keli lepas subuh. Kolam ikan keli tu di belakang rumah. Sebenarnya ikan keli tu arwah ummi yang beli..banyak. Waktu beli masih anak keli. Jadi, bila ummi dah tak de..abahlah yang selalu bagi makan. Abah sayang sangat pada ikan-ikan keli tu. Waktu petang abah banyak luang masa di tepi kolam. Sambil bagi makan ikan keli..abah letak kerusi tepi kolam…sambil termenung. Kuyakin..abah termenung mengingatkan arwah ummi.

Sumber :- ummihalimaton.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Info, My Matri

My Video : Makan Garam Belacan :)

No Comments »

P/s :- Semasa guru guru santai @ padang Sek Keb Jejawi Perlis ( kejohanan Olahraga Kawan Pelajaran Jejawi )

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Oran

Wildan a.k.a Walat Kawin !!

No Comments »




Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Al Maad, My Friends Wedding, My Paya

Perempuan Vs lelaki

No Comments »

Sekadar renungan

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Moral: Tak baik buruk sangka kat orang pompuan…

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Artikel

Nahar Wedding

1 Comment »



Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Friends Wedding, My Matri

Cucu Cucu Tok Wan Mat

No Comments »


Tok Wan Mat, Nawwar Rifhan, Fawwaz & Uzair Farhin


Uzair

Fawwaz & Tok Wan

P/s :- Semasa santai di rumah tok wan @ Padang Pauh Perlis

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Family, My Fawwaz

My Video : Mesin Padi

No Comments »

P/s :- Semasa omaQ snap video di Kg Masjid Kangar Perlis

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Perlis, My Video

Soalan Spot Final Exam OUM Mesti Baca !!

No Comments »

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Topik 7 – Penampian Maklumat, Email , Protkl Kom,
Topik 9 – Kreteria Pilih persisian, keperluan perisaian, penilaian sumatif, Penilaian formatif,
Topik 8- CAI & CAL, Latih Tubi. Simulasi., Tuturial
Topik 10- Piawaian ciri guru murid tmk

P/s :- omaQ baru aja terima sms dari sahabat omaQ.. dia kata maybe topik kat atas di bakal keluar.. kalau tak keluar pon.. beri la penekanan sikit.. mana la tau kot kot keluar.. kalau keluar untung.. kalau tak keluar. jadikan ia ilmu pengetahuan :)

Sumber :- Sms sahabat omaQ

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Oum

Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!

1 Comment »

Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!

Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan.


Dr MAZA: Antara tokoh yang dikaitkan dengan fahaman wahabi, namun beliau menafikannya.

Gelaran Wahabi sebenarnya disandarkan kepada seorang tokoh agama yang bernama Muhammad Ibn Abdul Wahab. Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. Kebanyakan tanggapan mendakwa fahaman ini mendukung idea dan perjuangan Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam membersihkan akidah umat Islam. Sewajarnya, jika gelaran wahabi ingin disandarkan kepada Sheikh ini, ia sepatutnya menggunakan gelaran ‘Muhammadiyyah’. Namun musuh-musuh Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sengaja menggunakan istilah Wahabi untuk mengaitkan diri Sheikh itu dengan fahaman Khawarij yang mendakwa orang Islam sebagai murtad jika melakukan dosa. Namun hal ini telah dinafikan olehnya dalam surat yang ditulis kepada penduduk Qassim, ‘saya tidak pandang mana-mana orang Islam sebagai kafir kerana dosa mereka, dan saya juga tidak mengeluarkannya dari agama Islam.’ (ruj: Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life & The Essence of His Call, Prof Sulaiman Ibn Abdurrahman Al-Huqaily, edisi terjemahan oleh Hamidun Abdullah untuk Institute As-Sunnah, Perlis) Sebenarnya, terdapat banyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada tokoh ini sehingga menjadikan gelaran Wahabi sebagai satu istilah yang ditakuti, namun kebanyakkan tuduhan itu telah pun dijawab dengan ilmiah. Walaupun berlaku banyak fitnah terhadap dirinya, namun sumbangan besarnya dalam bidang akidah tetap dihargai oleh ramai ulama’ dunia seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sayyid Muhammad Rashid Ridha, Sheikh Ali Tantawi dan lain-lain ulama’ besar dunia. Memetik kata-kata Al-Qardhawi ‘Prioritas dalam da’wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mempraktekkannya dalam rangka menghancurkan berbagai fenomena kemusyrikan.’ (ruj: Fiqh Aulawiyyat, Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Realiti yang berlaku di dunia Islam, kebanyakkan pemikiran tradisionalis menganggap fahaman Wahabi ini sebagai unsur yang menyimpang di dalam Islam. Dukacita juga sebahagian dari mereka meletakkan fahaman ini sebagai terkeluar daripada Ahlul Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Majoriti yang menjadi pemikir seperti ini hanyalah merupakan mangsa kepada keadaan yang telah membutakan mereka kepada kefahaman yang rigid. Mereka menganggap, apa sahaja yang bercanggah dengan nilai mazhab Syafie mengikut kefahaman mereka, nilai itu akan dianggap sebagai tertolak walaupun ia masih berlegar dalam ruang ASWJ. Oleh itu, sebarang usaha tajdid untuk memberikan satu sudut pandang yang berbeza terhadap Islam, maka kadangkala ia akan ditolak secara mentah dengan beralasan pandangan itu sebagai pegangan fahaman Wahabi. Al-Qardhawi mengulas mengenai isu takut kepada usaha tajdid, katanya ‘Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan (tajdid), tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.’ (ruj: Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Di Malaysia, golongan yang mendukung fahaman Wahabi ini lebih gemar jika ia digelarkan sebagai Salafi, Pro-tajdid atau pendukung Sunnah. Mereka ingin membawa satu kaca mata yang lebih besar terhadap fahaman ini dengan menekankan pemahaman Islam menurut manhaj para Salaf. Al-Salaf memiliki erti orang-orang yang mendahului dari bapak-bapakmu dan kaum kerabatmu yang mereka di atasmu dalam hal usia dan keutamaan….. Rasulullah, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka adalah salaful ummah (pendahulu ummat), dan siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka juga salaful ummah. Serta siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, maka mereka berada si atas manhaj as-Salaf ash-Sholih. (ruj: Studi Ringkas Tentang Manhaj Salaf, Sheikh Abdul Qadir Al-Arna’uth) Manhaj ini menurut mereka tidak membataskan pemikiran dengan lingkungan mazhab semata, tetapi keluasan pemikiran berpandungan Quran dan As-Sunnah yang soheh. Oleh sebab itu, masyarakat Islam tradisionalis menganggap mereka sebagai bermasalah apabila ada ibadah atau adat yang ditentang oleh pendukung fahaman ini kerana menurut mereka tidak menurut syariat Islam yang sebenar. Hal ini telah menyebabkan berlakulah pertempuran yang berlarutan sekian lama yang mungkin dikenali di Malaysia sebagai ‘kaum muda vs kaum tua’.

Namun begitu, fahaman Salafi di Malaysia masih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan menurut pengamatan Ustaz Zaharuddin. Kumpulan pertama ialah yang ekstrem lagi keras dan tegas, kedua pula yang Sederhana (moderate), manakala Ketiga iaitu yang lebih lembut dan toleran (Mild). (ruj: Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) Mungkin pendekatan kumpulan pertama iaitu yang bersifat sedikit keras dan ekstrem telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut masyarakat Islam di Malaysia yang mana rata-rata pemahamannya mengenai ilmu Islam hanyalah pada peringkat asas. Pendekatan bagi kumpulan dua dan tiga kelihatan agak berjaya apabila dapat mempengaruhi sebahagian besar golongan pelajar di universiti dan pekerja profesional. Perkembangan aliran Salaf ini mendapat tentangan agak hebat daripada golongan yang memegang kuasa agama apabila terdapat beberapa tokoh yang didakwa mendukung fahaman Wahabi dilarang memberikan ceramah dibeberapa buah negeri. Terdapat juga pelbagai forum yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang mana bertujuan menerangkan tentang bahaya pemikiran Wahabi yang semakin menular di dalam Malaysia.

Isu wahabi sebenarnya merupakan masalah persepsi umat Islam yang mana telah digambarkan dengan pelbagai fakta yang dangkal dan tidak benar mengenai fahaman ini. Umat islam di Malaysia perlu diberikan ruang kepada pemikiran yang lebih luas terhadap Islam. Jika suatu pemikiran itu dangkal dan tidak benar, secara automatis pemikiran itu akan berkubur dan tidak mendapat tempat. Masyarakat Islam semakin bijak dalam penilaian, berikan mereka ruang untuk menilai setiap hujah dan fakta mengenai agamanya. Perkara yang terpenting dalam hal ini, kita sewajarnya tidak sesekali mengeluarkan mereka daripada keluarga Islam ASWJ. ‘Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah. Mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka…..’ (ruj: Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti, Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 2006M, Mohd Aizam bin Mas’od, JAKIM)

*Perlu penulis ingatkan, penulisan ini tidak memberikan gambaran tentang manhaj atau pegangan penulis.

Oleh: Ajim

Sumber :- ajimtajdid.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Sunnah, My Tazkirah

My Video : Remote Control Car

No Comments »

P/s :- omaQ snap semasa tgk race @ Kangar Perlis

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 5th 2009 in My Video