Hari Ini Reunion X- MPI @ The Mines

No Comments »

Date : 13 Disember 2009 ( Ahad )
Time : 2.00 p.m
Place : The Mines Sri kembangan Selangor
Info : Reunion X- MPI Semua batch
Aktiviti : Simple Perjumpaan , Makan , Bowling , Window Shopping dan Lain lain
Call : 012 2959037 ( omaQ )

P/s :- Perhatian kepada sesiapa yang hendak hadir reunion ari nie.. nanti bila sampai kat The Mines.. call omaQ.. nanti omaQ akan bagi tau nak jumpa kat mana.. cadangan awal.. masa jam 2.00 ptg.. sapa datang awal.. jumpa kat foodcourt atas The Mines.. nanti kita discuss kat sana apa nak buat ok :)

Share on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Info, My Mpi

Pak Usop + Pak Fawwaz @ Bangi Kopitiam

No Comments »


~ Pak Usop bercumbuan dengan Pak Fawwaz ~

Date : 12 Disember 2009
Time : 10.00 p.m
Place : Bangi Kopitiam Selangor
Info : Semalam selepas pi umah kak omaQ iaitu umah Kak Bah @ Bandar Puteri Klang.. sempat omaQ singgah jumpa Pak Usop anak kepada Jahid yang mai dari Muar Johor..depa mai makan kenduri esok kat Cheras… so malam nie sempat la jumpa borak borak.. lama tik jumpa.. :)

En Jahid & Madan Erin baru sampai @ Bangi Kopitiam

Happy together

Salam kenalan dari Pak Usop kepada Pak Fawwaz


Fawwaz + Ummu Fawwaz @ Bangi Kopitiam

Share on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Friends, My Xtremehut

Jalan Jalan @ Kuala Lumpur

No Comments »


Sogo here we come !!!

Date : 12 DIsember 2009
Time : 3.00 p.m
Place : Sekitar bandaraya Kuala Lumpur.. Lorong TAR… Pasar Malam Tar.. Pertama Kompleks dan lain lain
Info : Petang tadi omaQ dengan family jalan jalan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur… saja pusing pusing... sempat lepak di Sogo.. Pertama Kompleks … Jalan Tar… Pasar Malam and bla bla.. mmg lenguh la kaki berjalan :)

Sekitar Jalan TAR Kuala Lumpur

Share on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Travel

Tambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam – ABIM

No Comments »


Tambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

“Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam,” kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.

“Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam.”

Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.

“Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.

Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia,” katanya.

“Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.”

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula menyifatkan “tidak elok” dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam.

“Tidak elok dikaitkan bersama. Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam,” kata presidennya Zaid Kamaruddin.

“Penganut bukan Islam boleh memohon untuk rumah ibadat mereka secara berasingan.”

Ditanya kewajaran kerajaan menambah peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama.

Manakala Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula berkata mengikut tafsiran Islam sebagai agama rasmi persekutuan, ia bermaksud kerajaan berhak mengeluarkan dana kepada orang Islam khususnya untuk pusat ibadat umat Islam.

“Jadi tidak timbul masalah ketaksamaan mengeluarkan dana kepada rumah ibadat Islam atau bukan,” kata presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Mengulas kewajaran menambah peruntukan kepada bukan Islam, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan masyarakat bukan Islam dan jumlah pertambahan penduduk bukan Islam di sesuatu kawasan.

“Populasi bertambah ramai, maka keperluan dana untuk rumah ibadat pun bertambah. Ia bergantung kepada keperluan. Tiada keperluan, tidak wajarlah ditambah.

“Begitu juga masjid atau surau, dana bergantung kepada keperluan pada satu kariah,” kata Muhammad Faisal.

Sumber :- Malaysiakini.com

Share on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Artikel

Sup Tulang & Nasi Goreng Udang @ Cameron Highlands

No Comments »


Sup Tulang Cameron Highlands yang mantop !!!

Date : 11 Disember 2009
Time : 2.00 p.m
Place : Astaka Brinchang Cameron Highlands
Info : Semasa omaQ pi jalan jalan @ Cameron Highlands khamis and Jumaat ari tu.. sempat omaQ pekena sup Tulang .. layan oooo sup tulang dia.. banyak isi plak tu… sedap pon sedap... My Wife pekena Nasi goreng Udang.. yang tu pon layan gak..kira not bad la..

Nasi Goreng Udang yang super B


Fawwaz & Ummu Fawwaz

Share on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Makan makan, My Travel

Iblis ditanya Nabi

No Comments »

Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan.

Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu? Iblis menjawab. `Aku adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?

`Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?

Lima belas iaitu;

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari umatku?

Sepuluh iaitu;

1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.

Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para Sahabat dan
Tokoh-Tokoh Islam. (Jasmin Enterprise).

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 13th 2009 in My Tazkirah