Saya beri Najib 10 markah

Add comments


Salam alaik,

Tanpa mengambil kira background dari aspek lain dan menolak tepi semua isu yang belum terungkai, saya ingin memberi Najib Razak 10 markah.

Buat julung kalinya saya suka tindakannya.

Hari ini Najib telah bersetuju dengan Shaziman untuk meneruskan pilot project berkaitan dengan Work From Home untuk professional JKR. 39 orang petugas JKR termasuk wanita anak ramai, ibu tunggal dan yang tinggal jauh telah dipilih untuk bertugas secara professional dari rumah. Baik untuk mereka. Saya harap mutu kerja mereka meningkat bila di rumah.

Mengapa saya beri 10 markah:

1. Mereka yang terpilih adalah di kalangan yang telah dikenalpasti boleh bekerja dengan sedikit pemantauan. Maknanya pilihan adalah berdasarkan sikap petugas dan bukan berdasarkan SENIORITI atau KRONI.

2. Najib kata ia adalah pilot projek. Saya kata ia adalah suatu tindakan UNIK dan langkah INOVATIF di dalam Jabatan Kerajaan.

3. Najib kata ia adalah untuk kesejahteraan rumah-tangga. Jangkaan saya para suami dan isteri merekapun setuju. Kecuali untuk isteri yang tak suka suami yang kepala angin berada di rumah sepanjang hari.

4. Apabila ibu atau bapa berada di rumah, anak-anak terjaga dan terurus sedikit. Taklah merayap tak tentu arah dan mengurangkan risiko hidu gam atau menonton CD lucah.

5. Apabila ibu atau bapa berada di rumah, sillatur-rahim ini dibawa ke waktu tua. Risiko derhaka menurun melainkan ibubapa bersikap toksik.

6. Jika pilot projek ini berjaya, mungkin ia akan dilaksanakan di Jabatan lain pula. Lagi ramai ibubapa dan anak-anak dapat manfaat.

7. Penjimatan sehingga RM1,000 sebulan untuk setiap petugas kerana tidak perlu bayar tol, jimat petrol, tidak perlu naik LRT, komuter, taxi atau bas.

8. Kurang pergaulan bebas di pejabat untuk 39 pegawai ini. Saya tak perlu elaborate sebab nanti ramai yang mengarok dengan saya. Ramai dah tahu bahawa risiko maksiat menurun.

9. Pengurangan stress yang berpunca dari traffic jam, dari pengguna jalanraya gila dan berhimpit-himpit dalam pengangkutan awam. Kurang stress, panjang umur, insya’ Allah.

10. Bebas berpakaian yang selesa. Juga mengurangkan stress.

—————————————————————–

Ada 2 perkara yang agak membimbangkan:

1. Kemungkinan orang-orang yang mempunyai kepentingan di dalam projek JKR akan mula bertandang ke rumah petugas-petugas ini.

2. Kemungkinan pelan-pelan penting terlepas pada tangan orang yang tidak sepatutnya melalui internet secara tak sengaja atau di dalam kejadian kecurian.

Mungkin 2 perkara ini sudah difikirkan masak-masak oleh Shaziman and gang.

Walaubagaimanapun saya beri 10 markah dari kadar 1 hingga 10 untuk perkara ini saja.

Sumber :- Email sahabat omaQ.org

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 23rd 2009 in My Politik

Leave a Reply