Bismi Wedding

No Comments »


Macam gaya MLM aja.. BEST!!!!

Date : 26 Disember 2009
Time : 5.00 p.m
Place : Umah Bismi @ Felda Ladang tebu Chuping Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Selepas omaQ pi umah kenduri kawan omaQ @ Anak bukit ( Umah Kayon ) Terus pi kenduri sahabat omaQ Kawin.. iaitu Bismi… kat CHuping Perlis… kira ari nie omaQ semoat pi 3 kenduri.. kalau ikut ada 5 kenduri semuanya.. kira bagi mak ayah omaQ pi sama la.. bahagi la katakan… masa kat tpt kenduri Bismi tu… jumpa sahabat sahabat lama omaQ semasa mengaji @ MAtri… and MPI.. masing masing banyak mai bawa family.. siap berduyun duyun askar depa.. he he.. family ceria la katakan .. tahniah omaQ ucapkan kepada pasangan Pengantin.. mudahan berbahagia ke akhir hayat hendaknya amin!!

~ Razak.. + Ali Karimi + Sufian ~

~ Paklang and heronya~

~ Serius nampak ~

~ Sahabat sahabat yang lain :) ~

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Matri

Kayon Wedding

No Comments »


~ Warga X-Smkaa yang hadir ~

Date : 26 Disember 2009
Time : 4.00
Place : Taman Aman Alor Setar Kedah
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Selepas omaQ pi kenduri Sg Limau Yan Kedah.. terus omaQ pi umah kenduri sahabat sek men omaQ SMKAA dulu iaitu umah Kayon… ALhamdulilah. sampai gak umah kenduri.. walaupon tak tau lokasi plan sebenarnya.. pakai call karam aja minta jadi guide way nak ke umah kayon… time sampai tu.. jumpa ramai geng X-SMkaa… jubli.. Adi… KOmek… Che da..hary… ramai la gak yang mai.. mmg meriah :)









Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Smkaa

10 Maut Tragedi Sani Bas Ekspres

1 Comment »

IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).

Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.

Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.

Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

“Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang di tingkat bawah bas. Penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, bas ekspres yang membawa seramai 48 penumpang itu bertolak dari Klang menuju ke Kangar pada pukul 9 malam tadi.

Malangnya, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dikatakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Keadaan bertambah buruk apabila bas itu kemudian melantun dan merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.

Menurut Wan Abdullah, siasatan awal mendapati, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan kepada penumpang-penumpang berkenaan.

Sehubungan itu katanya, pemandu bas ketika kemalangan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu tersebut dikatakan berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah bagi membolehkan penumpang ke tandas sebelum menyambung semula perjalanan seterusnya.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa, pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum berlaku kemalangan.

“Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwanya.

Dia yang duduk di bahagian depan tingkat atas bas ketika kemalangan tersebut berlaku berkata, keadaan penumpang ketika itu kelam-kabut dan dalam ketakutan.

Sumber :- Utusan.com.my

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Info, My Malaysia

Kenduri Kawan Ummu Fawwaz @ Yan Kedah

No Comments »


Bersama Raja Sehari

Date : 26 Disember 2009
TIme : 2.00 p.m
Place : Sg Limau Yan Kedah
Camera : Canon Powershot G10
Info : Petang tadi omaQ and Huda pi kenduri sahabat juniornya kawan semasa di UTM dulu… kawan dia tu nama nurul gak.. dia skrang mengajar @ Sabah or Sarawak.. kalau tak silap omaQ la… yang bestnya tadi.. time kami pi.. ada persembahan Silat… lama aih tak tgk orang bersilat.. layan :)

~ Tol.. oo Tol… :) ~

Relaks semacam aja member kita nie… :)

~ Sign yang ada semasa perjalanan dari yan ke Perlis

~ Senyum … ~

~ Terjumpa Junior lain plak kat sana ~

~ Lawan cik lawan ..~

~ Suap elok elok noo :) ~

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Ummu Fawwaz

Petikan Akhbar Sinar Harian 23 Disember 2009 Perlis MTB anjur jamboree

No Comments »

Petikan Akhbar Sinar Harian 23 Disember 2009
Perlis MTB anjur jamboree

PADANG BESAR – Perlis Mountain Bike Club atau Perlis (MTB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Program Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 dari jam 7.30 pagi hingga 2 petang pada 14Mac 2010 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS),Ulu Pauh.

Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menjadi penaung kepada program ini yang antara tujuan penganjurannya adalah untuk menghimpunkan para peminat basikal bukit dari seluruh Negara.

“Program ini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan sukan di negeri ini memandangkan sukan itu semakin mendapat perhatian yang baik daripada golongan remaja.

“Dengan adanya program ini ia dapat mendekatkan lagi golongan dengan sukan jamboree yang bukan sahaja untuk menyihatkan badan malah membina persahabatan baru dalam kalangan peminat-peminat lain,” titah baginda dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.

Difahamkan, seramai 1,300 peserta dari seluruh Negara dan beberapa Negara jiran lainnya dijangkakan menyertai program yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Pihak penganjur amat mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan remaja yang berminat dan mereka boleh menyertainya dengan melayari laman web www.perlismtb.com

Sumber :- perlismtb.com

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Event, My Hobby, My Perlis

Picnic @ Titi Teras Perlis

No Comments »


Masa makan!!!

Date : 25 Disember 2009
Time : 12.00 p.m
Place : Rumah Makndak Titi Teras Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Ari Jumaat semalam.. omaQ and Family mak ayah and family pi makan nasi kat dangau depan umah makndak Titi Teras.. depa ajak makan nasi kat sana.. masing masing bawa lauk and nasi and bla bla.. gabung semua lauk and makan… sedap ooo.. dengan kerabunya… gulainya.. supnya and bla bla.. anak Maklang pon ada.. Kak Nab dari Pahang + Kak Ton dari Terengganu.. kira gathering keluarga la ari tu.. sampai time Jumaat.. Geng laki semua pi masjid :)

~ Dangau baru dok renovate ~

Buat apa tu kak long oi? :)

OOOOOoOOOoooO teman mentua buat kerabu nooooo


~ Bila masa plak ci kecik nie ada kat sini…. jadi penyibuk ker :)

Kak Syakirah & anak anak

Nawwar and Fawwaz geng sepupu sepapat

EeEeeeEEeeeeEE geramnya kat pipi fawwaz nie :)

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Family

MY Lawak : Guru tadika yg tidak percaya Tuhan

No Comments »

Guru tadika yg tidak percaya Tuhan

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia menanya soalan soalan yang akan mengelirukan murid murid nya….

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : takde cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampak tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak2 : takde cikgu.

Guru tadika sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia mengangkat tangan untuk menanya guru tadika itu..

Budak A : Cikgu boleh saya tanya sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : kawan2 nampak cikgu tak.
Kawan2 : nampak.
Budak A : cikgu ada kan?
Kawan2 : ada.
Budak A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kawan2 : tak nampak.
Budak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak de

Sumber :- pgpiperlis.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Lawak

Sejadah gambar buah mahjong

No Comments »

SHAHRIL menunjukkan sejadah yang terdapat tenunan buah dadu di Parit Besar, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejadah yang digunakan di sebuah surau berhampiran kawasan Parit Besar dekat sini baru-baru ini mempunyai tenunan berupa buah dadu yang digunakan dalam permainan mahjong.

Lelaki terbabit, Shahril Abdullah, 52, berkata, ketika hendak menunaikan solat, dia mengambil sehelai sejadah yang kelihatan agak baru.

“Namun, sebaik nampak sesuatu yang pelik, saya guna sejadah lain untuk solat.

“Sejadah itu kemudian saya bawa balik bagi mengelak orang lain menggunakannya,” katanya.

Tetapi, katanya, selepas beberapa hari, dia berasa terpanggil untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak akhbar kerana khuatir terdapat lagi sejadah sama di negara ini.

Jelasnya, sejadah yang mempunyai tenunan berbentuk buah dadu itu dipercayai diimport dari luar negara berdasarkan cebisan notis buatan Turki yang terdapat pada sejadah terbabit.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau penjualan sejadah di pasaran agar sejadah dengan hiasan seperti itu tidak dijual oleh mana-mana pihak.

Sumber :- Kosmo.com.my

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Info

Souq Bukhari Alor Setar

No Comments »

Date : 23 Disember 2009
Time : 3.00 p.m
Place : Souq Bukhari ALor Setar Kedah
Camera : Canon Powershot G10
Info : Ari Rabu lepas omaQ and family pi jalan jalan pusing cari car seater untuk Fawwaz.. pastu lajak la singgah kat Giant @ Souq Bukhari.. kat situ tak daq la plak car seater untuk Fawwaz… untuk pengetahuan Warga omaQ.org… Souq Bukhari tu milik Yayasan Bukhari… dia sewakan tpt tu kepada Giant and kedai kedai kecil sekeliling pasaraya tu.. mmg nampak islamic culture la kat situ.. so nice..

Souq Bukhari

Pasaraya Giant

Seni bina Islam

Putih Menawan

~ Mendamaikan ~

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Malaysia

Check Saman Online !!!

2 Comments »




P/s :- omaQ ada 2 saman ekoq.. saman melalui camera.. nak tanya.. kalau tak bayaq lagi saman nie.. roadtax keta still leh renew kan? sapa sapa leh jawab soalan insan yang malang ini :(

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Life