Fawwaz + Zara Iman @ Bohor Inai

No Comments »


Fawwaz + Zara Iman

Date : 28 Disember 2009
Time : 6.30 p.m
Place : Rumah Mak Au @ Bohor Inai Perlis
Info : Petang ari tu omaQ saja jalan jalan bawa Fawwaz pi umah mak au.. saja jalan jalan makan angin.. pi ziarah Zara Iman yang lama tik kelih…makin membesar sebagai juara.. baru 4 bulan.. berat badan dah 6 kg… fawwaz dah 7 bulan tapi berat badan baru 7.4 kg aja…

Zara Iman

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Fawwaz, My Friends Baby, My RedFrame

Meeting Guru 2010 !!!

No Comments »

Date : 30 DIsember 2009
Time : 9.00 a.m
Place : Anjung Murabi Sek Keb Oran Perlis
Info : Pagi nie omaQ ada meeting di sekolah.. meeting buat pertama kalinya setelah 1 bulan lebih bercuti.. meeting persiapan nak buka sekolah untuk sesi 2010 nanti… so banyak benda akan dibincangkan pada pagi nie.. dengan tugasan baru dan sebagainya..

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Life, My Oran

Fawwaz Back To School 2010 !!!

No Comments »


Beg yang cute dibeli masa jalan jalan around Malaysia @ Cameron Highlands baru baru nie


Tak padan dengan kecik.. galak nak galas beg he he he.. nak pi sekolah la tu.. kononnya.. baru 7 bulan dah berangan nak ke sek si Fawwaz nie

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Fawwaz

WHAT WALL POWER SOCKETS SHOULD BE

No Comments »

Wouldn’t it be nice if you had a wall socket that can extend itself so you don’t have to spend that extra money or use up extra space to put an extension cord? Meysam Movahedi recently just introduced the Rambler Socket, a socket with extension cord rolled up behind the wall. All you need to do is pull out the cord and connect to whatever you want, and once you’re done, a slight tug will activate a spring mechanism that automatically winds it back into the wall; say goodbye to multiple wall sockets at every corner of your house because your vacuum cleaner cord just won’t reach out so far. While this is something very neat to have around your house, it would be better if it had some child-lock mechanism.

Earlier this month, I also came across an article that teaches you how to make your own in-wall USB sockets, all you need is a couple of USB chargers, a blank wall plate, and an existing wall duplex and you’re about 30 minutes away from having your own USB wall socket. It’ll be very convenient to have a few of these around the house; at least you don’t have to turn on your computer the next time you want to charge your gadgets. Visit http://www.instructables.com/id/Outlets-of-the-Future-aka-in-wall-USB-Charger/ to learn how to make your own


(Source: Newlaunches, Instructables)

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Info

Picture Wedding Azam Omar X-Smkaa

No Comments »


Selamat Pengantin Baru sahabatku

Rumah ayah azam

Rombongan Pengantin telah sampai

Lagak seorang pasangan raja sehari

Santapan diraja

Mulakan dengan bismilah

P/s:- Azam nie sahabat omaQ semasa sek SMKAA dulu… skrang dia bekerja sebagai Lawyer di firma Alor Setar kedah.. sapa sapa nak khidmat guamannya boleh la contect dia no… :) 0196178995 ( Azam Omar)

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Smkaa

c.i.n.t.a v.e.t.e.r.a.n

No Comments »

c.i.n.t.a v.e.t.e.r.a.n

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil…… sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu…..

Si isteri bersuara,

“Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

“Kemudian tu…. abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

“Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu…

Si isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”

Dengan marah suaminya menjawab,

“Nak gi amik gigi la ni!!!”

Korang sok dah pencen kena ingat2 yer……………….

Sumber :- Email sahabat omaQ.org

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Lawak

JAIS mengantoikan ISLAM !!!

No Comments »


P/s :- Dalam situasi macam nie.. omaQ nampak… bukan musuh islam dari kalangan Yahudi or nasrani yang memusuhi ISLAM sebenarnya.. tetapi sesama ISLAM sendiri yang memusuhi ISLAM…. kalau betui antara 2 pihak bertelagak ini mengikuti sama sama sumber dan dalil yang sama.. pasti tidak akan berlaku perselisihan sebegini rupa.. Pasti ada yang lebih dari Dalil dan sumber yang sahih yang menutupi segala-galanya… iaitu.. NAFSU… Harta… Pangkat dan sebagainya.. sanggup menjual Agama yang sahih dari segala-galanya.. yang benar dikatakan SALAH.. yang SALAH dikatakan BENAR !!! Inilah petanda Akhir Zaman.. ISlam datang secara dagang dan kembali pon secara dagang!!!

Share on Facebook
Posted on December 30th 2009 in My Sunnah, My Tazkirah

Teka teki : Gajah & Titi

3 Comments »

Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan : Akan disiar pada keluaran akan datang :) selamat menjawab !!!

Share on Facebook
Posted on December 29th 2009 in My teka teki

Lepak Rosnani Tomyam + survey Tapak BBQ

No Comments »


Renungan @ Tasoh Lake Resort

Date : 25 Disember 2009
Time : 5.30 p.m
Place : ROsnani Tomyam + tasoh Lake Resort
Camera : sony Eriksson J105i
Info : Semasa lepak minum minum dengan ali karimi and naim @ Rosnani tomyam.. terpikir nak pi tgk tpt yang nak buat BBQ untuk Jamuan Pemuda Haluan ari tu… so ada la snap sikit pic sepanjang pjalanan and survey kat Tasoh Lake Resort tu..

Ali Sibuk dengan black berrynya.. buah cerry coke la kononya :)

omaQ dengan tokeh kedai dobi !!

Pejalanan bermula

Pilot Savy meluncur laju

Tpt yang bakal diadakan BBQ

Share on Facebook
Posted on December 29th 2009 in My Haluan, My Matri

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

No Comments »


Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

1 – Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat ‘Ied?

2 – Bolehkah kita melaksanakan solat ‘Isya’ sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?

3 – Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?

4 – Bolehkah kita melakukan ibadat korban pada 1 Syawal?

5 – Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.

6 – Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur’an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?

7 – Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?

8 – Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma’at ke dalam waktu ‘Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?

9 – Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a’lam… Jawabnya, sudah tentu tidak boleh. Kenapa? Ini adalah kerana:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan: Sesiapa yang mereka-cipta perkara baru di dalam urusan kami yang tidak berasal dari-Nya, maka ianya tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/201, no. 2499)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات

فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((الشورى: 21)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، وهذا كمن تقرَّب إلى الله تعالى بسماع الملاهي ، أو بالرَّقص ، أو بكشف الرَّأس في غير الإحرام ، وما أشبه ذلك من المحدثات التي لم يشرع الله ورسولُه التقرُّب بها بالكلية .

وليس ما كان قربة في عبادة يكونُ قربةً في غيرها مطلقاً ، فقد رأى النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((أخرجه: البخاري 8/178)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما

Terjemahan: Amalan seseorang itu terbahagi kepada dua: ibadat dan mu’amalat. Ada pun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang terkeluar (tidak termasuk) dari saranan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat:

Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Surah asy-Syura, 42: 21)

Oleh itu sesiapa yang mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Baitullah (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan. Orang tersebut seakan-akan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala dengan mendengar hiburan, atau tarian, atau membuka penutup kepala di selain ihram, dan bid’ah-bid’ah lain yang tidak disyrai’atkan Allah dan Rasul-Nya sebagai bentuk taqarrub.

Taqarrub bagi salah satu bentuk ibadah tidak akan menjadi sebagai taqarrub bagi ibadah lainnya secara mutlak. Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu bentuk qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi atas alasan nadzarnya.(Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, 7/3)

Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Terjemahan: Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: “مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ”

Terjemahan: “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 2/32)

Di lembaran yang lain, al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan lagi di dalam Tafsiran Surah asy-Syura, ayat 21:

هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، من تحريم ما حرموا عليهم، من البحيرة والسائبة والوصيلة والحام، وتحليل الميتة والدم والقمار، إلى نحو ذلك من الضلالات والجهالة الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة

Terjemahan: Mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia, iaitu apa yang telah sedia diharamkan ke atas mereka dari bahiirah, saa’idah, washiilah, dan haam. Begitu juga dengan perbuatan mereka menghalalkan memakan bangkai dan darah serta perjudian, dan juga selainnya mencakupi segala kesesatan dan kebodohan yang batil yang mereka ada-adakan di masa Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.(al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 7/198)

Para ulama Ahlus Sunnah memiliki suatu kaedah dalam persoalan ini. Mereka menjelaskan bahawa hukum ibadat itu adalah haram melainkan dengan dalil.

Berikut dibawakan perkataan para ulama yang berkaitan berserta rujukannya:

الأصل في العبادة التوقف \ التوقيف

Terjemahan: Asal setiap ibadat itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/54. Imam Muhammad B. Abdul Baqi al-Zarqoni, Syarah al-Zarqoni ‘ala Muwaththa’, 1/434. Imam Muhammad B Ahmad ar-Ramli al-Anshori, Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Bahawasanya sesuatu urusan (amal) di dalam agama itu tidaklah diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadat itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan). (Rujuk: Imam Ibnu Muflih, Adabul Syar’iyah, 2/381)

لا سيما في أمور العبادة فإنها إنما تؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Tidalah diambil sesuatu pada urusan ibadat itu melainkan cukup dengan mengikuti (berhenti dari melakukan tanpa hujjah). (Rujuk: Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani, Nailul Authar, 2/20)

وَإِنْ كَانَ الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: Dan bahawasanya adalah asal bagi ibadat itu jika tiada anjuran melakukannya, maka ia tidak perlu dilakukan. (Shamsuddin Muhammad ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 3/109)

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: Asal hukum bagi setiap ibadat itu apabila tiada anjuran melakukannya, maka ianya tidak sah (terbatal). (Sulaiman B. Muhammad al-Bujairami, Hasyiyah al-Bujairami ‘ala al-Khathtib, 3/497)

أن الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal hukum bagi setiap ibadat adalah dilarang; maka tidak disyari’atkan daripadanya melainkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam mu’amalat dan urusan berkaitan dengannya seluruhnya adalah harus (tidak mengapa); maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. (‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di, Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam, 1/299)

أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Terjemahan: Imam Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan fuqaha’ ahli hadis berkata: Sesungguhnya asal hukum bagi setiap ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka dengan itu tidak disyari’atkan daripadanya melainkan apa yang disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyyah, 6/452)

أن الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal bagi setiap ibadat adalah tidak sah (batal) melainkan apa yang telah disyari’atkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahludz Dzimmah, 1/121)

Demikianlah beberapa penjelasan daripada para ulama Ahlus Sunnah berkaitan haramnya ibadah melainkan dengan dalil yang jelas.

Wallahu a’lam…

Sumber :- aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 29th 2009 in My Sunnah, My Tazkirah