Santa Clause @ Nasi Kandar Kangar !!!

2 Comments »


Sekali ada Santa Clause tgh makan nasi kandar daa…

Date : 28 Disember 2009
Time : 1.00 p.m
Place : Market Kangar Perlis
Camera : Sony Ericsson J105i Handphone shot
Info : semasa pi bayaq roadtax @ Kangar Perlis.. untuk keta wife omaQ… dan lagi pi makan kat Nasi Kandar kat Market Kangar tu.. lama tak pekena.. lapaq ooo.. yang menariknya.. sekali pi… terjumpa santa Clause la.. dia pon lapaq nasi ganja….. sempat la omaQ snap sekeping 2 pic dia… nak pakai canon Powershot g10 omaQ tu..kang nampak sangat …. so curi curi snap laa pic dia dari jauh.. siap pakai nametag lagi santa clause nie… seorang muslim.. tapi sayang menggunakan pakaian ibadat agama lain dalam pakaian harian…


Nasi Kandar Hameed Kangar

My wife tgh layan (nasi GANJA) a.k.a orang perlis panggil nasi kandar is nasi ganja :)

Hameed Nasi Kandar @ Market Kangar

Share on Facebook
Posted on December 29th 2009 in My Makan makan, My Perlis

My Video : ROBOTIC COOKS

No Comments »

Share on Facebook
Posted on December 28th 2009 in My Video

Jalan Arau Kodiang Tak siap siap !!!

2 Comments »


~ Nak tunggu orang aksident then mati beramai ramai baru nak siap kot? itulah kerajaan kita.. bertindak selepas kejadian.. bukan bertindak sebelum kejadian!!! ~

Date : last week
Place : Jalan Arau ke Kodiang Kedah
Camera : Canon Powershot G10
Info : omaQ lalu ikut jalan arau ke kodiang banyak kali.. sampai sekali tak siap siap.. sedangkan projek yang dilakukan oleh pihak kerajaan sama dengan jalan jitra ke kodiang…jalan sana siap.. siap lawa lagi…. tapi bila masuk sempadan perlis.. ikut jalan kodiang ke arau.., tak siap siap sampai skrang> apa ke HAL? kes tak daq duit ker.. or rasuah? takan tak siap siap dari dulu sampai skrang> kes politik ke? isk isk.. susah nak cakap.. bila benda yang diamanahkan tidak dijalankan amanah dengan sebaiknya..kalau nak makan duit pon.. bagi la siap dulu jalan tu.. itu hak rakyat.. nanti kalau tak siap and selesai.. menjawab la anda disana!!!!

~ Tunggu 3 tahun.. takan tak siap siap lagi?~


~ Jalan Kodiang ke JItra siap dan lawa lagi ~

Share on Facebook
Posted on December 28th 2009 in My Info, My Perlis

Pasar Malam Kuala Perlis

No Comments »

Date : 22 Disember 2009
Time : 6.00 p.m
Place : Pasar Malam Kuala Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : omaQ and family jalan jalan pasar malam Kuala Perlis.. saja pi merahong jalan jalan kat sana… skrang nie berhampiran pasar malam tu ada dia orang buat pembinaan pembentungan air.. jadi nampak sesak la sikit.. sbb terpaksa di ubah sikit laluan asal pasar malam tu… apa apa pon.. pasar malam Kuala Perlis mmg banyak pilihan.. Terbaiik!!!!

Share on Facebook
Posted on December 28th 2009 in My Life, My Perlis

Tolong, potong kaki saya! – Mangsa kereta terbakar

No Comments »

TANGKAK: “Tolong selamatkan saya, potong saja kaki saya, tolong keluarkan saya.” Begitu kata-kata terakhir seorang lelaki yang rentung bersama tiga anaknya selepas van mereka naiki terbalik sebelum terbakar dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Jalan Muar-Tangkak di Parit Bunga di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Ong Dun Siong, 46, dan dua anak lelakinya, Ong Zhen Hui, 10, dan Ong Zhen Qi, 6, rentung dalam van berkenaan manakala seorang lagi anak lelakinya, Ong Zhen Jie, 3, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Kemalangan turut menyebabkan isteri mangsa, Tan Kock Yew, 37, dan anak lelaki bongsu mereka, Ong Zhen Li yang baru berusia setahun serta seorang lagi rakan sekerja mangsa berusia 20-an dikenali Chan Chen Too, terselamat dengan hanya cedera ringan.

Saksi, Abdul Aziz Samad, 21, berkata dia bersama sepupu dalam perjalanan ke tapak expo di Dataran Tanjung Emas apabila terserempak kemalangan itu.

Menurutnya, dia antara saksi terawal di tempat kejadian dan cuba membantu beberapa ahli keluarga itu keluar dari kenderaan sebelum van terbabit terbakar dan meletup.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila pemandu van itu merayu supaya diselamatkan walaupun sanggup kakinya dipotong,” katanya.

Seorang kenalan mangsa, Tay Kock Yew, 46, berkata keluarga terbabit dalam perjalanan dari Muar ke Tangkak untuk menghantar seorang rakan selepas menghadiri majlis keagamaan di sebuah gereja di sini.

Katanya, mangsa yang juga pekerja di Gereja Calvary di Jalan Kim Kee turut menghadiri dan mempengerusikan satu majlis keagamaan sempena sambutan Krismas yang berlangsung dari jam 8 hingga 10 malam kejadian.

“Dia baru mempengerusikan majlis keagamaan di gereja, tidak sampai setengah jalan perjalanan untuk menghantar seorang rakan sekerjanya pulang ke Tangkak apabila kami dikejutkan dengan berita nahas ngeri itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan HPSF di sini, awal pagi semalam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Muar dan Ledang bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran dan operasi mengeluarkan tiga mangsa yang rentung.

Kedua-dua anak Siong ditemui rentung di tempat duduk belakang van berkenaan manakala Siong ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kemalangan meragut nyawa empat sekeluarga itu berlaku membabitkan empat kenderaan termasuk van Nissan Vanette dinaiki keluarga itu.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati sebuah Toyota Wish bernombor pendaftaran Singapura dari arah Muar ke Tangkak dipercayai cuba membelok ke simpang kanan laluan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dipercayai lambat membelok menyebabkan sebuah Toyota Innova yang datang arah Tangkak ke Muar terlanggar bahagian belakang sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki keluarga itu.

“Sebuah kereta Toyota Vios yang berada di belakang van berkenaan pula melanggar belakang kenderaan mangsa menyebabkannya terpelanting sebelum terbalik dan terbakar berikutan terdapat kebocoran pada tangki minyak,” katanya.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di HPSF sebelum keluarganya menuntut mayat mereka, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Katanya, seorang lelaki iaitu pemandu warga Singapura berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

“Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam sementara tindakan lanjut dikenakan terhadapnya,” katanya.

Sumber :- Hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on December 28th 2009 in My Malaysia

BBQ Pemuda Haluan 2009 @ Tasoh Lake Resort

No Comments »

Date : 26 Disember 2009
Time : 8.00 p.m
Place : Tasoh Lake Resort Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Malam sabtu yang lepas.. omaQ and Ajk pemuda Haluan perlis adakan Majlis BBQ @ Tasoh Lake Resort…suasana tpt tu lawa.. sungguh mengiurkan… dengan angin sepoi sepoi bahasa sepanjang masa… almaklumla.. berada ditepi ampang.. tempat tadahan air seluruh Perlis… permandangan yang lawa… lanskap pon menarik… jadi malam tu kami adakan majlis BBQ…. ramai gak yang hadir.. dekat 50 orang semuanya…disamping meraikan pasukan Futsal yang menang semasa Pertandingan Futsal Haluan ari tu…












Share on Facebook
Posted on December 28th 2009 in My Haluan

Bismi Wedding

No Comments »


Macam gaya MLM aja.. BEST!!!!

Date : 26 Disember 2009
Time : 5.00 p.m
Place : Umah Bismi @ Felda Ladang tebu Chuping Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Selepas omaQ pi umah kenduri kawan omaQ @ Anak bukit ( Umah Kayon ) Terus pi kenduri sahabat omaQ Kawin.. iaitu Bismi… kat CHuping Perlis… kira ari nie omaQ semoat pi 3 kenduri.. kalau ikut ada 5 kenduri semuanya.. kira bagi mak ayah omaQ pi sama la.. bahagi la katakan… masa kat tpt kenduri Bismi tu… jumpa sahabat sahabat lama omaQ semasa mengaji @ MAtri… and MPI.. masing masing banyak mai bawa family.. siap berduyun duyun askar depa.. he he.. family ceria la katakan .. tahniah omaQ ucapkan kepada pasangan Pengantin.. mudahan berbahagia ke akhir hayat hendaknya amin!!

~ Razak.. + Ali Karimi + Sufian ~

~ Paklang and heronya~

~ Serius nampak ~

~ Sahabat sahabat yang lain :) ~

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Matri

Kayon Wedding

No Comments »


~ Warga X-Smkaa yang hadir ~

Date : 26 Disember 2009
Time : 4.00
Place : Taman Aman Alor Setar Kedah
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Selepas omaQ pi kenduri Sg Limau Yan Kedah.. terus omaQ pi umah kenduri sahabat sek men omaQ SMKAA dulu iaitu umah Kayon… ALhamdulilah. sampai gak umah kenduri.. walaupon tak tau lokasi plan sebenarnya.. pakai call karam aja minta jadi guide way nak ke umah kayon… time sampai tu.. jumpa ramai geng X-SMkaa… jubli.. Adi… KOmek… Che da..hary… ramai la gak yang mai.. mmg meriah :)









Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Smkaa

10 Maut Tragedi Sani Bas Ekspres

1 Comment »

IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).

Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.

Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.

Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

“Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang di tingkat bawah bas. Penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, bas ekspres yang membawa seramai 48 penumpang itu bertolak dari Klang menuju ke Kangar pada pukul 9 malam tadi.

Malangnya, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dikatakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Keadaan bertambah buruk apabila bas itu kemudian melantun dan merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.

Menurut Wan Abdullah, siasatan awal mendapati, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan kepada penumpang-penumpang berkenaan.

Sehubungan itu katanya, pemandu bas ketika kemalangan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu tersebut dikatakan berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah bagi membolehkan penumpang ke tandas sebelum menyambung semula perjalanan seterusnya.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa, pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum berlaku kemalangan.

“Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwanya.

Dia yang duduk di bahagian depan tingkat atas bas ketika kemalangan tersebut berlaku berkata, keadaan penumpang ketika itu kelam-kabut dan dalam ketakutan.

Sumber :- Utusan.com.my

Share on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Info, My Malaysia

Kenduri Kawan Ummu Fawwaz @ Yan Kedah

No Comments »


Bersama Raja Sehari

Date : 26 Disember 2009
TIme : 2.00 p.m
Place : Sg Limau Yan Kedah
Camera : Canon Powershot G10
Info : Petang tadi omaQ and Huda pi kenduri sahabat juniornya kawan semasa di UTM dulu… kawan dia tu nama nurul gak.. dia skrang mengajar @ Sabah or Sarawak.. kalau tak silap omaQ la… yang bestnya tadi.. time kami pi.. ada persembahan Silat… lama aih tak tgk orang bersilat.. layan :)

~ Tol.. oo Tol… :) ~

Relaks semacam aja member kita nie… :)

~ Sign yang ada semasa perjalanan dari yan ke Perlis

~ Senyum … ~

~ Terjumpa Junior lain plak kat sana ~

~ Lawan cik lawan ..~

~ Suap elok elok noo :) ~

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 27th 2009 in My Friends, My Friends Wedding, My Ummu Fawwaz