Harga Gula Naik… SUBSIDI utk Syarikat Gula pon Naik!!!

Add comments

Hari ini saya angin sikit. Bukan sebab harga gula naik 20sen sepeket. Lagipun kami sekeluarga sangat kurang guna gula sejak dulu lagi.

Yang buat saya angin ialah subsidi yang diberikan kepada syarikat gula naik 2 kali ganda. Dari RM700juta kepada RM1.4billion (lebih kurang). Ini saya cukup geram.

Gula Putih (refined sugar) yang mereka jual kepada pasaran adalah punca utama OBESITI, gigi rosak, penyakit ginjal dan ramai pesakit yang terlantar kat hospital. Pasal apa nak tambah subsidi utk industri yang menyebabkan orang jadi sakit? Kan kalau orang jadi sakit, produktiviti jatuh. Yang dapat untung ialah BISNES FARMASI YANG MELONJAK-LONJAK NAIK. Yang rugi Umat Islam.

Alasan kenaikan subsidi yang diberikan ialah kos RAW SUGAR telah naik harga kepada US$0.27cent/kg ( RM0.90sen/kg ).

RAW SUGAR lah yang lebih baik jika nak maniskan sesuatu minuman dan makanan. Di dalamnya ada banyak mineral asli seperti calcium, potassium, magnesium dan etc. Pasal apa tak galakkan orang bertukar kepada RAW SUGAR. Memanglah rasanya lain sikit sebab lebih original dan lemak.

Saya fahamlah untuk penggunaan industri makanan, memang banyak pakai gula. Tapi… kita ada alternatif untuk penggunaan sendiri seperti Gula Nira Nipah ( Gula Melaka ) dan ada madu. Ada lagi pemanis alternatif di pasaran seperti Stevia. Nak tau jenis gula sila ke link ini.

Dalam mencari alternatif, jangan pula tertipu dengan Brown Sugar ( gula merah ) di pasaran. Jenis yang dijual ialah GULA PUTIH YANG DITAMBAH MOLASSES UNTUK MEWARNAKANNYA JADI WARNA PERANG. Ni lagi mahal dari gula putih. Akibatpun serupa, iaitu perosak kesihatan Umat Islam.

RAW SUGAR yang telah dibersihkan dari kotoran adalah Gula Merah yang original dan baik. Ini yang patut dihaluskan dan dijual di pasaran dengan harga murah pada pengguna. Sebaliknya mereka jadikannya PUTIH dengan penggunaan beberapa kimia seperti Sulphur Dioxide dan Carbon Dioxide. Barulah jual di pasaran. Dan oleh kerana ada pengguna nak Gula Merah untuk resepi kuih-muih dan kek, maka Syarikat Gula tambahkan pulak molasses dalam proses lain untuk mewarnakan Gula Putih menjadi perang semula dan jual lagi mahal. Kan pelik tu. Dah warna perang putihkan pulak … lepas tu warnakan perang balik dalam proses tambahan. Pembaziran Sumber Tenaga Letrik !!! dari duit subsidi.

Tak patut gandakan subsidi kepada Syarikat Gula. Tidak membantu rakyat langsung untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian. Wang itu lebih baik digunakan untuk SUBSIDI PERUBATAN PESAKIT DISEBABKAN GULA dan kempen besar-besaran kurangkan gula.

Masa saya buat exhibition kat Legend Hotel, saya bertembung dengan acara kempen kurang gula kat ruang legar dalam The Mall. Kecil aje acara tu dan tak meriah walaupun Menterinya datang. Macam dapat bajet kecik.

HARAPAN SAYA
BUATlah kempen besar-besaran kat semua SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, KOLEJ dan UNIVERSITI. Barulah nampak serius nak menyelamatkan generasi akan datang dari overdose gula.

Kita perlukan Umat Islam yang sihat untuk kebaikan ekonomi, kedaulatan dan keamanan negara ini.

Sumber :- Email warga omaQ.org

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 1st 2010 in My Info

Leave a Reply