Berita Dari Seberang !!

Add comments

Untuk entry pertama tahun 2010. Mmg agak sibuk di awal persekolahan… Masih lagi di sekolah lama.. SK KUALA SUAN LAMBA. 4 orang guru masuk. 3 lelaki, 1 pompuan. Cerialah sikit skolah aku yg sblm ni makin suram iklimnya.. hehe.. apapun, tugas seorang guru perlu aku teruskan walaupun berat rasanya untuk berjauhan dengan insan tercinta.. mmg mencabar.

Cuti yg lepas, aku dapat lah sikit2 job wedding. Photographer koman2 macam aku nih, tak banyak sangat dapat job. Huhuhu… apa pun, alhamdulillah, semua sesi yg aku p, dapat aku jalankan dengan jayanya. Tunggu nak siapkan album pulak lepas ni. Janji dengan client, Mac lah paling awal siap.
Tahun baru, harga pakej Wedding pun baru.. Harga permulaan dari RM1788*. Ada bintang plak. Hehehe… Untuk Akad nikah – Bermula dari RM888* .. pun ada bintang. Basic outdoor potraiture dari RM388*.. tetap ada bintang. ☺

Agak terhad lah masa untuk bersama keluarga cuti yg lepas. Apapun, ada juga masa yg terbaik untuk kami luangkan masa bersama. Tapi rancangan ke pantai timur tak kesampaian. Lepas nih plak lah ke sana. Yg sempat aku luangkan untuk keluarga dalam cuti ni adalah di Langkawi, Cameron Highland, KL, Penang. Situ saja lah.. apapun, percutian kali ni mmg amat bermakna dengan azra yg semakin bembesar. Semakin indah rasanya hidup berkeluarga. Sebelum ambik gambaQ wedding, ambik gambaQ keluarga dulu.. nak re-call balik lah apa yg terlupa.. nak perbaiki kualiti gambar yg sudah pun aku ambil sebelum ni.

Nak petik butang kamera tak susah. Tapi nak ciptakan moment utk dirakamkan dalap sebuah potret, amat lah susah.. macammana nak handle mak andam yg penuh pantang larang… macammana nak ambik pengantin pompuan.. ada jenih mak andam yg tak bagi langsung.. ntah hapa2 pantang larang lah… itulah cabaran untuk photographer. Tiap wedding pasti ada cabaran yg berbeza.. nak ceriakan majlis satu hal, nak dapatkan gambar yg cantik pun satu hal… kalau raja lawak, depa buat lawak 3-5 minit jah sorang, photographer kena buat lawak sepanjang majlis. Letih jugak.. apapun, kerja jadi tukang ambik gambaQ org kawen ni mmg best.. Ya Allah… Berikan ku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran yg mendatang.. Amin…

P/s :- Razzaq .. sahabat omaQ yang sedang mengajar di seberang … Sabahan !!

Sumber :- razaqq

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 19th 2010 in My Friends, My Matri, My Mpi

Leave a Reply