
Cycling Asia akan membuat liputan RIDE UP NORTH;Perlis Mountain Bike Jamboree 2010. Beberapa jurugambar majalah ini akan berada di tempat-tempat strategik untuk mengambil gambar para peserta. Gambar akan diambil secara rambang dan pastinya gambar terbaik akan keluar dalam edisi terbaru Cycling Asia. Alangkah bertuahnya peserta yang gambarnya dimuatkan dalam majalah ini kerana majalah Cycling Asia juga diedarkan dinegara-negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan lain-lain. Oleh itu pastikan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan penuh gaya dan stail, tunjukkan keazaman dan kecekalan dengan kemeriahan. Capai kemuncak pencapaian peribadi dan nikmati persekitaran trail yang unik. Sesungguhnya Jamboree ini adalah dari Mountainbiker untuk Mountainbiker. Selamat Datang … Kami menunggu kehadiran tuan-tuan.


More Info :- http://perlismtb.com/blog/


