2 beradik, rakan akui tidak bersalah bakar gereja

No Comments »

2 beradik, rakan akui tidak bersalah bakar gereja

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Dua beradik dan seorang rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar sebuah gereja di Wangsa Maju awal bulan ini.

Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya, Raja Mohamad Idzham, 22, serta Azuwan Shah Ahmad, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama beberapa lagi yang masih bebas melakukan khianat menggunakan api dengan membakar Gereja Metro Tabernacle AG.

Mereka yang semuanya bekerja sebagai penghantar surat didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 11.50 malam, 7 Januari lalu di No. 28, Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju di sini.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis, Yaacub Chik dan Lee Keng Fatt.

Terdahulu, ketika berjalan menuju ke kandang tertuduh, ketiga-tiga lelaki itu kelihatan lemah dan tidak terurus.

Mereka juga dilihat tercari-cari ahli keluarga masing-masing di galeri awam namun hampa apabila ruangan tersebut dipenuhi oleh media.

Namun susuk tubuh Raja Muhamad Faizal jelas kelihatan kesan melecur di bahagian muka hingga belakang tengkok dan kedua-dua tangannya manakala adiknya cedera dari pergelangan tangan kirinya hingga ke hujung jari bengkak serta terdapat kesan melecur.

Turut kelihatan, beg mengumpul air kencing berjuntai dari sebelah kanan pinggang Raja Muhamad Faizal yang memakai kemeja T dan seluar hospital berwarna hijau dengan beberapa kesan darah.

Ketika mengemukakan rayuan mengurangkan jumlah jaminan bagi dirinya dan adiknya, Raja Muhamad Faizal memberitahu mereka berasal daripada keluarga susah dan jumlah RM20,000 setiap seorang terlalu membebankan.

Azuwan pula memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan sehingga RM5,000 setiap seorang memandangkan mereka hanya bekerja sebagai penghantar surat.

”Itupun tak tahulah kalau kerja kami masih ada atau majikan dah buang (pecat),” tambah Raja Muhamad Faizal.

Kesemua tertuduh juga memohon satu tarikh sebutan yang panjang memandangkan masih belum bertemu keluarga masing-masing sejak direman.

Anselm bagaimanapun menegaskan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan menarik perhatian awam.

Beliau turut memaklumkan selepas ditanya oleh Komathy bahawa kes itu bergantung kepada keterangan langsung dan keterangan mengikut keadaan.

Hakim selepas mempertimbangkan rayuan dan hujah kedua-dua pihak menetapkan wang ikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, hanya RM10,000 yang perlu didepositkan terlebih dahulu manakala bakinya perlu dijelaskan sekiranya mereka gagal hadir perbicaraan di mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 Mac ini bagi memberi peluang kepada kesemua tertuduh melantik peguam.

Dalam kejadian pada 7 Januari lalu, aras bawah gereja berkenaan yang terletak di sebuah lot kedai musnah terbakar setelah dilempar bom api.

Share on Facebook
Posted on January 30th 2010 in My Malaysia

Rendam Jam @ Air Panas !!!

No Comments »


Jam omaQ yang direndam dalam air panas.. awat? pasai apa???


Air jampi !!! ha ha ha


Rupa pergelangan tangan omaQ yang gatai dan luka… :(

P/s:- Abis tangan omaQ gatai… tak sure la pasai.. dah 1 tahun pakai jam nie.. sebelum nie ok aja.. tapi sebulan 2 nie… rasa lain pula.. dok gatai tak abis abis.. omaQ ambik langkah rendam dalam air panas.. sebelum tu.. cuci dengan sabun dulu jam tu.. so far ari nie.. ok alhamdulilah.. masalah solve… omaQ takut kot kulit elergic aja.. tapi rasanya.. maybe kuman kuman lekat kat ring jam tu…so skrang masalah dah solve…

Share on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Life

My Video : Main Zero Point !!

No Comments »

P/s :- Semasa omaQ snap anak saudara omaQ main Zero Point !!!

Share on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Life, My Video

RIDE UP NORTH on Cycling Asia !!!

No Comments »

Cycling Asia akan membuat liputan RIDE UP NORTH;Perlis Mountain Bike Jamboree 2010. Beberapa jurugambar majalah ini akan berada di tempat-tempat strategik untuk mengambil gambar para peserta. Gambar akan diambil secara rambang dan pastinya gambar terbaik akan keluar dalam edisi terbaru Cycling Asia. Alangkah bertuahnya peserta yang gambarnya dimuatkan dalam majalah ini kerana majalah Cycling Asia juga diedarkan dinegara-negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan lain-lain. Oleh itu pastikan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan penuh gaya dan stail, tunjukkan keazaman dan kecekalan dengan kemeriahan. Capai kemuncak pencapaian peribadi dan nikmati persekitaran trail yang unik. Sesungguhnya Jamboree ini adalah dari Mountainbiker untuk Mountainbiker. Selamat Datang … Kami menunggu kehadiran tuan-tuan.


More Info :- http://perlismtb.com/blog/

Share on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Hobby, My Info

GOLD PLATED CAMERA BY LEICA RM 100,000,00

No Comments »

Leica cameras have always been known for its expensive price, but they are taking things a step further to celebrate China’s 60th anniversary of the Peoples’ Republic of China by introducing limited edition gold-plated cameras. Leica will be making 60 cameras with its lens coated with 24k gold and the body covered by Leica Red Box Calf leather. Each of the cameras will come with a special serial number starting from the year 1949 to 2009. Sold exclusively in China, these cameras costs more than RM100,000 each! Just imagine the weight of this camera, I doubt whoever who buys this will ever use it!

(Source: Born Rich)

Share on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Internet

Warga Oran kembali kerahmatullah…..

1 Comment »

p/s :-Kalau kawan kawan perasan.. nampak tak ada 3 ekor anak kucing dalam gambar ni? yang paling kanan tu.. dah pergi menemuinya… omaQ snap pic nie semasa ada mesyuarat dalam bilik mesyuarat Sk Oran… baru perasan ada anak kucing dengan mak kucing bawah meja tu… kira ilanglah seekor warga oran 2010….

Share on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Oran

Alhamdulilah..Dato Ust Dahlan Beransur Sihat

No Comments »


Picture Ust yang omaQ terima dari anaknya Ali karimi yang sedang bercuti dari mengajar di Sabah untuk menjaga Ayah kesayanganya Di Kl…

P/s :- omaQ baru aja terima gambar ni sat sat… Ali yang send.. alhamdulilah. nampak beransur sihat.. cuma ust tak bapa lalu makan lagi.. sama sama kita doakan agar Ust kembali sihat.. Amin…

Share on Facebook
Posted on January 28th 2010 in My Matri

Prosperity Burger™ @ McD Alor Setar

No Comments »


Prosperity Burger

Date : 26 Januari 2010
Time : 6.00 p.m
Place : McD ALor Setar Kedah
Info : Ari Selasa ari tu.. omaQ pi Alor Setar.. pi cari barang sikit.. then bila sampai alor setar.. Ummu Fawwaz plak lapaq nak makan Mc D.. so omaQ pon jadi la peneman.. kang tak teman .. kena tido luar plak malam tu hehe.. dah jadi peneman… apa lagi.., balun sama la sekuat hati dengan perut yang keroncong lapar nie.. :)


Prosperity Burger™ @ McD Alor Setar

Ummu Fawwaz yang keciwi nak makan Prosperity Burger / nak kata mengidam.. tak plak. he he .. sbb almaklumla. Fawwaz keluar kot Tingkap.. lambat lagi la nak boleh adik :)

Fawwaz dengan pak long Mc D

Share on Facebook
Posted on January 28th 2010 in My Makan makan

Tagging Harta ICT SK Oran

No Comments »


Tag No Pendaftaran Sk Oran 2010

Date : 28 Januari 2010
Time : Early Morning
Place : Makmal ICT SK Oran Perlis
Info : Pagi nie omaQ buat Tagging untuk semua paralatan ICT di makmal.. kira ada la banyak laptop and komputer yang masih tunggu turn.. buat sikit sikit. almaklumla.. kerja lain pon banyak.. dengan data Emis nak summit ujung bulan nie.. data sr 1 + sr 2 Rd 1 + rd 2.. entah la.. banyak sangat nama borang.. kawe pon tak paham hehehe


Laptop yang di TAG kan


Kew Pa – 2


Laptop yang tunggu turn untuk di TAG

Buat kerja @ Bilik Server Makmal ICT SK Oran PErlis

Majulah omaQ untuk SK ORAN !!!

Share on Facebook
Posted on January 28th 2010 in My Oran

Sk Oran 1- 1 Sk Kubang Gajah Perlis

No Comments »


Aduh sakitnya…..

Date : 27 Januari 2010
Time : 4.00 p.m
Place : Padang Sek Keb Kubang Gajah Perlis
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Petang tadi sek omaQ.. SK Oran ada friendly game dengan Sek Keb Kubang Gajah Arau.. alhamdulilah.. permainan berjalan lancar.. sek omaQ Seri dengan sek Kubang Gajah.. kira permainan mantap la gak.. cuma ada ada part part nak kene fix kan.. lepas nie kalau ada peluang nak buat friendly dengan sek lain sama… apa apa pon.. SK Oran terbaik!!! :)


Adat bermain bola sepak….. terjatuh atas padang.. sbb padang situ kene renovate letak pasir .. nanti bulan 5 ada kejohanan MSSM

Warming Up!!!

Ustaz Riduwan coach tgh brief dak dak tentang percaturan game

Hujan renyai renyai la plak..

Game start…

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 28th 2010 in My Oran