Pengajian Aqidah : Kitab Usul Tsalatsah

No Comments »

Date : 7 Februari 2010
Time : 11.30 a.m
Place : Masjid Putra Kangar Perlis
Penceramah : Ustaz Abu Islam Fathul Bari Mat Jaya
Info : hari Ahad nie ada pengajian Aqidah.. mmg bagus dan baik untuk kita ikuti… pahami Aqidah dahulu baru beramal… mengenal Allah dengan lebih dekat… baru kita tahu siapakah diri kita yang sebenarnya… ikuti kupasan dari kitab Usul Tsalatsah oleh ABu Islam


Masjid Syed Putra Kangar Perlis

Share on Facebook
Posted on February 5th 2010 in My Event, My Sunnah

My Lawak : Menantu Yang Luarbiasa

No Comments »

Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi…

Share on Facebook
Posted on February 5th 2010 in My Lawak

Nira ooo Nira …

No Comments »


Air Nira yang layan.. kalau di kelantan orang panggil TUAK !!

Date : Last Week
Time : 3.00 p.m
Place : Area Panggau nearest Marhum Kayang Perlis
Info : Minggu lepas masa balik dari umah mak omaQ @ Padang Pauh nak ke Umah Mentua Kuala Perlis.. sempat omaQ singgah kat geria tepi jalan.. pekena nira satu dengan air tebu .. layan ooo sedap.. almaklum la.. skrang musim panas…. so rembat la 2 bungkuih.. nira RM 3… and air tebu RM 1 sahaja….. nyam nyam… menikmati rezeki Allah yang penuh kenikmatan :)


Singgah gerai tepi jalan.. skrang musim panas.. so ondaway balik dari Padang pauh nak ke Kuala Perlis umah mentua..


Air tebu pon ada…. fresh lagi.. pure punya.. tak camput dengan ais or air lain :)

Share on Facebook
Posted on February 5th 2010 in My Life

Mohd. Saiful Bukhari Azlan DILIWAT, Anwar Ibrahim MELIWAT?

No Comments »

Mengaku diliwat kepada doktor

HOSPITAL PUSRAWI di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ialah hospital kedua dikunjungi Mohd. Saiful yang cuba membuat pemeriksaan badan tetapi kemudian dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di HKL.

KUALA LUMPUR – Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa dia hanya menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta membuat laporan polis dua hari selepas menjadi mangsa liwat Ketua Pembangkang itu.

Dakwa Mohd. Saiful, 25, sebaik pergi ke HKL dia terus memberitahu seorang doktor bahawa dirinya diliwat oleh Anwar menyebabkan doktor itu terkejut dan terus mengarahkan dia pergi ke Unit Kecemasan HKL untuk membuat pemeriksaan badan.

Saksi pertama itu berkata demikian semasa memberi keterangan sebelah petang dengan prosiding berjalan secara terbuka di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada sebelah pagi, Mohd. Saiful memberi keterangan secara tertutup setelah mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan atas alasan keterangan berhubung perlakuan liwat itu mempunyai unsur lucah.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Apabila prosiding diadakan semula secara terbuka, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden kemudian menyambung pemeriksaan balas terhadap Mohd. Saiful. Pemuda itu mengatakan dia membuat pemeriksaan di hospital pada 28 Jun 2008.

“Saya tidak terus pergi ke HKL sebaliknya pergi ke dua buah hospital lain terlebih dahulu iaitu Hospital Tawakal pada pukul 1 petang namun tidak dapat buat pemeriksaan kerana hari tersebut separuh hari,” jelas Mohd. Saiful.

Saksi itu memberitahu, dia yang ditemani bapa saudaranya, Tuah Mohd. Halim kemudian pergi ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan diperiksa oleh Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid yang dicamkan oleh saksi selepas itu.

“Saya beritahu kepada Dr. Osman, saya sakit perut dan sakit di dubur.

“Dr. Osman suruh saya tanggalkan seluar dan baring atas katil sebelum dia memasukkan satu alat ke dalam dubur saya sebelum saya kemudian beritahu saya telah diliwat,” katanya tenang.

Sebaik mendengar pengakuan itu, Dr. Osman terus menghentikan pemeriksaan dan menasihatinya pergi ke hospital lain kerana hospital tersebut tidak mempunyai kelengkapan untuk membuat pemeriksaan berhubung kejadian liwat.

Dr. Osman juga memberitahu bahawa laporan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah dan mencadangkan dia pergi ke hospital kerajaan.

Mohd. Saiful kemudian pergi ke HKL dan mendaftar diri di hospital itu pada pukul 3 petang pada hari sama sebelum diarahkan berjumpa dengan seorang doktor perempuan berketurunan India.

“Saya segan buat pemeriksaan dengan doktor perempuan lalu dicadangkan seorang doktor lelaki India bernama Dr. Daniel memeriksa saya,” ceritanya.

HOSPITAL TAWAKAL di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menjadi pusat perubatan pertama Mohd. Saiful membuat pemeriksaan badan pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Saiful: Sebaik jumpa Dr. Daniel saya yang penat berterus- terang kepada doktor itu tujuan saya datang kerana mahu buat pemeriksaan selepas diliwat oleh Anwar.

Yusof: Apa reaksi doktor?

Saiful: Dr. Daniel agak terkejut lalu menulis nota dan arahkan saya pergi ke wad Unit Kecemasan. Setengah jam berada di wad itu, seorang doktor lain buat pemeriksaan tekanan darah saya sebelum saya ditinggalkan.

Pada pukul 4.30 petang, Dr. Daniel datang semula dan minta saya buat laporan polis kerana tanpa laporan polis mereka tidak boleh buat pemeriksaan berhubung kes liwat.

Yusof: Bila buat laporan polis?

Saiful: Saya buat laporan polis di wad tersebut selepas dua anggota polis datang dari Pondok Polis HKL.

Yusof: Ada doktor buat pemeriksaan?

KERATAN Kosmo! semalam.

Saiful: Tidak. Saya tunggu sampai malam dan pada pukul 9 malam, doktor datang iaitu seorang doktor lelaki Cina, dua doktor lelaki Melayu, seorang doktor perempuan Melayu yang hamil, beberapa orang jururawat dan anggota polis.

Saya ceritakan apa yang berlaku dari awal bila kena liwat.

Yusof: Ada apa-apa sampel yang diambil daripada kamu?

Saiful: Banyak dengan menggunakan putik kapas. Satu sampel diambil di badan, leher termasuk dubur.

Semua putik kapas itu kemudian disimpan dalam kontena dan diletak pelekat serta ada ruang untuk saya tandatangan.

Perbicaraan bersambung hari ini dengan keterangan Mohd. Saiful masuk hari ketiga.

Sumber :- Kosmo.com.my

Share on Facebook
Posted on February 5th 2010 in My Malaysia

Rabu DIROGOL !!! Khamis MEMBAHAM!!!!

1 Comment »

Date : 3 & 4 Februari
Time : 4.00 p.m
Place : Padang Sek Seri Tunjung & Padang SK Bukit Keteri
Info : Hari Rabu Team Sk Oran.. dirogol dengan ratahnya oleh Sk Seri Tunjung.. 4-1 … tapi Team Oran Bangkit petang semalam… membaham Sk CHuping 5-0 , Dan Sk Bukit Keteri 1-0 .. kini team Sk Oran telah bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan yang sebenar Isnini ini dengan Sk JEJAWI…… hari selasa depan dengan SK CHuping kembali.. so harapan omaQ.. agar semua tunggak utama Pasuka SK Oran aktive dan bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar minggu depan..!!

Team sedia berentap

Berlatarbelakangkan bukit Keteri

Sesi regangan

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 5th 2010 in My Oran