Tidak kira Tesco ke,Giant ke, Econsave ker bila lepas kita membuat pembayaran semak resit yang diberi. Mungkin terdapat kesilapan harga di kaunter berbeza dengan harga di label barang. Ya lah yang kerja kaunter tu bukannya taip satu-satu harga barang tetapi hanya scan pada kod yang tertera pada label.
Kes ini biasanya berlaku apabila pekerja yang di bahagian barang tidak update apabila harga promosi dan tamat dan ianya berbeza dengan data pada sistem database mereka.
Wife saya pernah terkena dan bertanya kepada mereka kerana harga di kaunter lebih mahal dari harga pada barang di Giant. Akibatnya mamat yang ditugaskan jaga harga barang tu kena keluar duit kocek dia sendiri. Kesian juga tapi salah sendiri kerana cuai. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak kisah tengok harga pada resit atau perasan apabila dah sampai rumah dan sanggup halalkan jer…mesti ramai kan.
So jangan lupa semak resit anda apabila shopping. Tunaikan hak anda sebagai pembeli. Jangan sampai terkena seperti ini:

Sumber :- Isu Hangat
Share on Facebook





