Aduka Taruna Hina Isteri Nabi !!

No Comments »

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

Lampiran 1

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


Lampiran 2

Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


Sumber :- Dr Maza

Share on Facebook
Posted on February 7th 2010 in My Artikel

KEPUTUSAN PERBICARAAN SIAPA MB PERAK YG SAH

No Comments »

KEPUTUSAN PERBICARAAN SIAPA MB PERAK YG SAH

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Perbicaraan rayuan yang terakhir status MB Perak telah di adakan hampir 3 bulan lepas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 5 Nov 2009. Seramai 5 orang hakim telah mendengar bagi mengadili kes yang penting dan besar ini. Saya telah merayu agar kes ini didengar oleh 11 orang hakim dari mahkamah sama. Rayuan ditolak maka saya rayu untuk diadakan 9 orang pun juga ditolak oleh Tan Sri Alauddin.

Akhirnya saya pohon 7 orang dengan hujjah yg kukuh kerana kes ini terlalu besar, biarlah ramai hakim mendengarnya supaya keadilan itu terjelma. Lagipun dia boleh menjernihkan imej institusi mahkamah dan judisyiari yg telah tercalar dan tercemar . Pernah mahkamah sama memberi 7 orang hakim semata-mata bagi mengadili kes edar dadah sebelum ini dan bolih pula! Terdapat beberapa orang hakim yang pakar perlembagaan Perak dan Persekutuan spt Richard Malunjum, Tan Sri Gopal Sri Ram yang belum pernah mendengar kes Perak sepatut diberi peluang. Kes ini juga banyak merujuk kepada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, jadi elok kalau hakim dari Sarawak juga ikut turut serta.

Maka 5 orang hakim berhenti “rihat” 30 minit dibelakang kamar. Setelah bermula pebicaraan, ketua (Tan Sri Alauddin) menyatakan bahawa mereka sebulat suara hanya mambenarkan 5 orang hakim dan tidak lebih!. Maka saya beritahu Ketua Pembela saya Tn Hj Sulaiman untuk teruskan juga kerana kes ini terlalu lama dan saya yakin dengan hujjah Tn Hj Sulaiman.

Kelima -lima hakim tersebut ialah Tan Sri Alauddin, Tan Sri Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff. Setelah perbicaraan habis jam 6.40ptg, maka sebolihnya keputusan dibuat, namun apa yang dimaklumkan olih Tan Sri Alauddin ialah, “keputusan mahkamah ini hanya akan di umumkan pada suatu tarikh yang akan di beritahu kelak!”Sudah hampir 3 bulan, masih belum ditetapkan. Cuma baru semalam saya diberitahu bahawa keputusan akan diumumkan pada 9 Februari 2010.

InshaAllah saya akan pergi ke Putrajaya pada hari tersebut. Apapun keputusan saya terima dgn terbuka hati demi kebaikan negeri Perak. Tetapi pemulihan demokrasi sepenuhnya hanya akan dapat dicapai melalaui pemberian hak kepada rakyat negeri Perak untuk memilih semula dan untuk itu DUN Perak mesti dibubarkan. Ini yang saya lakukan pada 11 Mei 2009 apabila Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan saya sebagai MB sah negeri Perak pada jam 5 petang di Jalan Duta, maka pada jam 10.30 malam saya berada di Istana Kinta, Ipoh untuk memohon perkenan DYMM Sultan Perak agar di bubarkan DUN Perak, namun tidak berhasil. Pada pagi 12 Mei 2009 jam 8 pagi saya masuk kepejabat MB Perak. Saya sempat menghadiri majlis anugerah bintang kebesaran di Istana Kuala Kangsar dan bersantap dengan Tuanku Raja Muda. Kemudian kembali semula kepejabat MB dan bermesyuarat. Tepat jam 2.30 petang , saya di arah keluar dan kami akur kerana menghormati mahkamah .
Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat.Biarlah jawatan yg kita pangku itu sah dikacamata semua. Itu sebab saya bergegas ke Istana Kinta pada malam itu juga untuk pohon dibubarkan DUN Perak. Namun, keputusan Mahkamah Tinggi KL dari Hakim YA Dato Abd. Aziz telah di “Stay”(ketepikan) oleh mahkamah Rayuan melalui perintah hanya seorang hakim Dato Ramli Ali. saya terima keputusan mahkamah Rayuan maka saya keluar dari pejabat MB bersama rakan rakan EXCO. YB Dr Zambry di kembalikan semula ke pejabat MB oleh mahkamah Rayuan.

Saya tunggu keputusan hakim pada 9 Feb. 2010 ini dan berdoa agar kebenaran dan keadilan serta hak rakyat Perak dapat di kembalikan. Demokrasi pilihanraya bebas dapat di adakan semula supaya rakyat Perak dapat memilih wakil rakyat dan kerajaan yang kuat dan sah dapat di tubuhkan, InshaAllah.
Hidup Rakat, Bubar DUN Perak, Pulih Demokrasi!

Sumber :- kamparinn.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on February 7th 2010 in My Artikel, My Politik

Kereta Persona Munaim Aksident

No Comments »


Keta naim kene langgar dari belakang

Date : Tak silap omaQ.. sebulan lepas kereta naim nie aksident
Place : Around Alor Setar Kedah
Info : omaQ dapat gambar nie dari mms bluetooth naim sendiri.. dia yang send kat omaQ.. tapi time tu.. kejadian nie dah lama berlaku… alhamdulilllah.. dia tak daq apa apa…. cuma kereta la teruk sikit nak kene repair…


Honda yang langgar dari belakang Naim pon teruk gak..

Share on Facebook
Posted on February 7th 2010 in My Accident, My Haluan, My Matri

Kayuhan Terang Malam 2010

No Comments »

Tarikh : 01/may/2010 (16 jamadilawal 1431)
Hari : Sabtu
Jam : 08.15 Malam
Tempat Mula/Tamat : Kulim Hi-Tech Park
Jarak Kayuhan : 35 Km
Jumlah check point: 5
Trek : On road / Off road
Goodies
Bayaran : RM 50.00 Sahaja
Cabutan bertuah :Misteri

Sebarang maklumat lanjut sila email : kulimjamboree@gmail.com
Contact Person
Mizi :- 013-5842668
Razi :- 019-4495265
Zack :- 019-4482867

Sumber :- kulimjamboree.co.cc

Share on Facebook
Posted on February 7th 2010 in My Event, My Hobby, My Info

My Malaysia : 2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay

No Comments »

2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay

Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

“Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

Sumber :- bernama

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 7th 2010 in My Malaysia