Mohon Bantuan Kewangan untuk Pembedahan Jantung Adik Muhammad Ammar Danish

Add comments

( Petikan dari email sahabat omaQ.org)

Salam.

Di sini saya ingin memohon sumbangan ikhlas dari anda semua bagi membantu adik Muhammad Ammar Danish (2 thn), anak kepada sahabat saya, Puan Azmaniza Mohamad Kamal, untuk menjalani pembedahan jantung di IJN pada 22hb Februari 2010.

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM15,000.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Puan Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank)
(tarikh akhir sumbangan – 19hb Februari 2010).
sila smskan nama, tarikh & jumlah sumbangan anda ke 012-2455215 (Pn. Azmaniza)…semoga ALLAH SWT membalas jasa baik anda semua.
-sherida-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit info tentang Ammar:

Muhammad Ammar Danish adalah seorang kanak-kanak down syndrome dan semenjak dilahirkan pada 3 Nov, 2007, adik Ammar telah disahkan menghidapi pelbagai jenis komplikasi dalaman antaranya masalah jantung dan paru-paru. Sebaik sahaja dilahirkan, Ammar dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan pernafasan sehingga hari ke-30.

Doktor menganggarkan peluang yang ada untuk Ammar hanyalah 50/50 kerana ketika itu hati Ammar sudah bengkak dan pengaliran darah Ammar tidak normal (sepatutnya A-B, tapi Ammar punya B-A). tambahan pula ketika itu badan Ammar sudah menolak segala jenis ubatan dan susu yg diberikan.

Dengan kuasa ALLAH SWT, Ammar ‘kuat’ dan masih bernafas sehingga ke hari ini walaupun kerap kali keluar masuk ke wad ICU di HKL.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi.

Mommy Ammar’s story:

Pada awalnya, doktor beritahu komplikasi jantung ammar (PDA) tidak seteruk mana tapi perlu diberi perhatian dan rawatan lanjutan.

tapi … hari isnin yg lpas 11/01/2010… ammar ada routine checkup kat HKL ngan unit kardio … aku pon ngan konfidennyer masuk sambil berborak2 ngan cardiologist2 kat situ (kebetulan mmg dorang dah kenal sgt ngan nama ammar danish) … sambil sembang, sambil jugaklah dr pakar nih buat echo (scan) jantung ammar … tetiba dr nih kata .. “aik!!” … dan2 tu aku x sedap ati … terus dia panggil bos dia dr H … knowing dr H nyer reputation, aku saspek ada sumthing yg x kena … (berdebar2 nih sambil tgk muka dua2 dr nih) … dup dap dup dap …

tetiba dr H bersuara … “mommy, i think i’m gonna refer ammar to IJN lah … we need to do sumthing about his PDA before it gives problem to him … now he is already 2 yrs old … and i strongly feel dat his PDA will not close by itself … it is for his own good” … gulpppp … terus aku terkedu kat situ … aku tau air muka aku dah berubah waktu tuh … tp aku tetap concentrate apa yg doc2 tu bgtau kat aku … lepas dapat reference letter ke IJN aku pon pon keluar dari situ …

punyalah aku control perasaan aku … sambil dukung ammar kluar dari echo room tuh, aku tahan air mata … tp bila nmpak je muka hubby aku yg tunggu kitaorg kat luar bilik tu … automatic air mata aku jatuh berjurai … aku x bley simpan lagi perasaan nih …!!! :’((

after a week lepas gi IJN, kitaorg dpt mempercepatkan appt ammar .. terima kasih pada kengkawan yg byk membantu dlm proses ni … dipendekkan citer … pg tadi aku gi IJN … jumpa specialist utk menentukan nasib ammar … dari mlm sblm tu lgi aku cuba berfikiran positif … xmo fikir yg bukan2 … cuma berharap sgt yg doc akan ckp PDA ammar tu xyah nk dibuat apa2 … biar tutup sendiri …. tp harapan, tinggal harapan ….

bila doc tu bgtau risiko2 yg bakal ammar hadapi kalau PDA tu dibiar tanpa buat apa2 …. dan setelah aku & hubby berpandangan sesama sendiri, kami setuju to proceed wth PDA occlusion … kat situ gak doc setkan date nk buat prosedur tuh … tarikh keramat utk ammar … 22/02/2010 …. ammar akan dimasukkan ke wad utk tutup PDA tuh …

then aku tanya doc … “what is da cost like doc??” … politely doc tu ckp “i know its a bit high, even if they ask me to come up wth such amount, i pon terkial2 … fyi, roughly the cost around RM 15,000…” masa tu aku rasa cam nk pitam … pening … mana aku nk cekau byk camtuh … ya Allahhhh!!!

lepas doc bg all da necessary documents kitaorg pon gi ke bahagian admission … utk register ammar … lepas aku bg document ammar pada mamat kat kaunter admission, dia terus bgtau aku .. “puan, utk PDA occlusion ni kita perlukan deposit sebanyak RM12,000 … ” … gulpppp!! hah!!! … bila dia tgk aku cam terkejut pastu baru dia tanya aku ada GL ke x … hampeh!!! …

mmg lepas aku bgn dari seat kat kaunter admission tu tadi aku rasa cam berjalan atas angin .. kaki x jejak tanah rasanyer … pasal kpala otak aku ligat berfikir mana aku nk carik duit byk tuh … ya ALLAH!!! permudahkanlah jalan kami …. mmg aku buntu!!!

honestly, mmg kami dah xde simpanan …. sumenyer habis utk ammar … expenses utk ammar seorang bulanan dah RM1,400 (tube, susu, pampers, nursery, tape, gauze) … tu yg basic … blom lagi sampingan yg lain mcm vitamin2 dan medical fees …

sampai entry ni abis ku taip, aku masih lagi serabut … ingtkan bila aku dah luahkan adalah kurangnyer rasa serabut kpala aku nih rupanyer x … dan aku juga masih lagi memikirkan apa yg aku nk buat seterusnyer lepas nih … camne caranyer aku nk carik duit sebanyak rm15,000 utk belanja ammar kat IJN ni nanti … ya Allah!!! :( (

Di usia 5 bln – masih berada di dalam icu semenjak usia 4 bln.
Masa ni Ammar lost weight sangat2

7 months old, in HDU again due to recurrent pneumonia

Di usia 9 bln – di ICU selepas ‘fundoplication operation’

Related Posts with Thumbnails
Posted on February 9th 2010 in My Info, My Malaysia

One Response to “Mohon Bantuan Kewangan untuk Pembedahan Jantung Adik Muhammad Ammar Danish”

  1. gd samaritan Says:

    salam..how’s ammar doing right now..i hv a son named ammar danish who is 4 yrs old. Hp ammar is doing well..

Leave a Reply