Semi Final Sk Oran vs Sk Dato Kayaman 4-2

No Comments »


Match Penentuan ke FInal ..

Date : 11 Februari 2010
Time : 5.13 Petang
Place : Padang Sk Jejawi Perlis
Camera : Canon Powershot G10
Info : Alhamdulilah.. petang tadi Sk Oran berjaya masuk ke final Match setelah berjaya mengalahkan Sk Dato Kayaman 4-2 …jadi esok kami akan bertemu dengan Sk Jejawi bagi merebut tempat pertama bagi kejohanan Bola Sepak Pusat Kecemerlangan Pelajaran Jejawi 2010.. jadi esok kami akan berentap dengan pasukan pembuka tirai kejohanan.. ari tu.. masa mula mula kejohanan berlangsung.. sk Oran dah bertemu dengan Sk Oran.. dua dua seri 2-2… so esok penutup perlawanan pon kami bertemu kembali.. jadi mmg esok kene hati hati dengan team Sk Jejawi.. insyaAllah berkat kesabaran. usaha ketekunan sepanjang 2 bulan membuat latihan selama ini akan berhasil insya Allah.. Amin!!!


Para pelajar membuat warming up!!


Discussion akhir Pasukan Sk Dato Kayaman di tengah padang


Sk Oran dok bincang…. mesyuarat tingkap :)


Ustaz RIduwan memberi briefing masa rest separuh masa pertama


Barisan guru dan ibubapa yang hadir memberi sokongan


Kelab Penyokong Ibu Bapa PIBG Sk Oran 2010


Kaum Ibu dan bapa tidak ketinggal untuk melihat anak anak mereka beraksi


Sapa plak yang tumbang tgh padang tu?


Mulut sapa kah ini? apa yang terjadi? awat? jadi lagu mana?


oooo bibir akmal pecah setelah belanggar dengan pihak lawan


Muka Kepuasan setelah berjaya melangkah ke final match … so makan pon lalu :)

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Oran

Mari Mengaji & Top Up Pahala !!!!!!

No Comments »


Jom Mengaji :)

Date : 10 Februari 2010
Time : 9.15 p.m
Place : Masjid Padang Bohor Perlis
Info : Malam Semalam omaQ ada kelas mengaji Al Quran bersama sama dengan kawan kawan geng muda.. almaklumla.. sekarang nie kalau tak buat group mengaji nie.. abis pakat lupa.. kalau buat sekali sekala.. at lease ingat la gak hukum tajwid yang kita dok baca harian tu…. alhamdulilah.. ada la 5-6 kerat orang yang hadir… mudahan aktiviti berfaedah ini dapat dijadikan amalan harian.. sbb antara benda yang boleh dibawa ke akhirat.. aktiviti cam nie la.. nak top up pahala yang kurang tu…. :)


Abe Naim kusyuk mengaji


Mendengar Halwa telinga dari Ust Sufian memceritakan tafsiran ayat… alhamdulilah.. sekurangnya tau gak apa makna ayat dibaca


Shanaz turut join kelas tajwid :)


Qari bacaan kami iaitu SHafid Syukur :)

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Haluan, My Life

My Video : The 3 Bears Song :)

No Comments »

P/s :- Lagu tu sesuai dengan Family Fawwaz.. Papa bear fat.. Mama bear Slim.. Baby Bear cute ha ha ha

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Video

Sayur Mentarang

No Comments »


Pergh… sedapnya… :)


Kena sekor tak cukup.. pasti nak kene berekor ekor :)


Pekena dengan nasi kosong pon dah masyuk nie.. nyum nyum..

P/s :- Mentarang nie hanya ada di tepi laut yang ada lumpur sahaja.. contoh di kuala Perlis.. kuala kedah.. dan kuala selangor.. tpt lain omaQ rasa tak ada…

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Makan makan

Misteri 6565 is back

No Comments »

P/s :- No Plate 6565.. misteri tetap misteri.. he he.. sbb apa misteri> sbb no sama dengan keta omaQ RG 6565 .. Thanks Rijal atas gambar yang menarik ini :)

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Hobby, My Life

Format Window 7 2010

1 Comment »


Jom Bertukar dari Window Xp / Vista ke WIndow 7 !!

Date : 10 Februari 2010
Camera : Canon Power Shot G10
Place : Makmal Komputer Sk Oran Perlis
Info : Pagi Semalam omaQ format laptop omaQ.. sebelum nie pakai window xp… tapi nampak cam lembab aja.. ada masalah window kot.. so omaQ bertukar kepada Window 7 balik.. sebab sebelum nie mmg pernah guna.. dia ringan dari window vista…. kira not bad la performance dia… kalau kawan kawan kat luar sana nak cuba… try la… layout dia pon menarik.. banyak function.. easy to use… :)


Buat keja @ makmal Komputer Sk oran Perlis


Instaling Printer

Share on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Life

Forum Perdana: Kalimah Allah

No Comments »

Kuala Lumpur, 7 Feb 2010:- Forum Perdana: Kalimah Allah yang disertai oleh Dr Mohd Asri bersama-sama Ustaz Nasarudin Hasan dan Dato’ Dr Chua Jui Meng semalam membincangkan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di Malaysia yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Forum yang bermula pada jam 9.30 malam itu diadakan dalam rangka untuk mencari satu jalan penyelesaian dalam membentuk keharmonian di kalangan agama di Malaysia selain untuk memperoleh pandangan dari golongan bukan Islam.

Dr Mohd Asri memberikan ulasan bahawa Islam secara dasarnya tidak menegah orang selain Islam untuk menyebut nama Allah. Katanya lagi, hal ini sudah dibincangkan secara menyeluruh di dalam Islam dan tiada wujud larangan dalam Islam untuk menghalang orang bukan Islam menyebut nama Allah, bahkan wujud berbagai dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut bahawa orang bukan Islam sejak dari dahulu lagi telah menggunakan atau menyebut kalimah Allah di dalam percakapan mereka.

Tindakan untuk mengharamkan penggunaan kalimah Allah ini bagaikan telah mewujudkan satu situasi yang bertentangan dengan apa yang dirincikan oleh al-Quran, dan untuk membenarkannya seratus peratus pula barangkali akan menimbulkan satu kekeliruan serta membangkitkan satu keadaan yang boleh mencabar sensitiviti umat Islam. Sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah perlu diwujudkan satu garis panduan dalam mewujudkan sesuatu yang selari dengan apa yang disuruh oleh agama.

Tegasnya lagi, perbezaan antara orang Islam dan kafir bukanlah isu nama tuhan, akan tetapi pada tauhid dan syirik. Dan tiada sepatutnya timbul kekeliruan dalam beraqidah walaupun nama Allah digunakan oleh orang Kristian kerana ilmu aqidah yang ada pada umat Islam sepatutnya mampu membezakan Allah yang digunakan oleh umat Islam dan perbezaan oleh orang Kristian.

Ustaz Nasarudin Hasan dalam mengulas isu ini mengatakan bahawa masyarakat perlu membuka pintu diskusi dalam membincangkan serta menyelesaikan isu ini secara terhormat. Katanya, masalah seperti ini memerlukan satu ruang dialog di antara agama terutamanya bagi mengelakkan berlakunya ketegangan di dalam negara ini.

Sementara itu, Dato’ Dr Chua pula menegaskan bahawa perkara ini – penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam – sudah lama berlaku, dan sepatutnya tiada polemik yang timbul akibat perkara ini. Apa yang diperlukan adalah penyelesaian secara harmoni dan bijaksana.

Secara tuntas, forum semalam bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh non-Muslim di Malaysia, namun perlulah diwujudkan satu garis panduan yang sebenar dalam melenturkan semula isu ini.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 11th 2010 in My Event, My Sunnah