ABY 2020 Aksident

No Comments »


Kereta ayah omaQ yang aksident

Date : 15 Februari 2010
Time : Tengahari
Place : RUmah Jiran omaQ
Info : Petang semalam ayah omaQ… pi hantaq lauk kerumah jiran jiran.. ada buat makan makan sikit…ayah omaQ bawa keta ABY 2020 … bila masuk lorong umah jiran tu.. tak perasan plak ada lori jiran keluar mengundur.. jiran omaQ pon tak perasan ada kereta lalu.. kira 2-2 sama sama tak perasan.. so kedebooom la jawabnya..


Tukar pintu baru la jawabnya


Cermin yang pecah


Alhamdulilah tak daq kecederaan yang parah

Share on Facebook
Posted on February 16th 2010 in My Accident, My Family

Lim Guan Eng & Isu Maulidur Rasul

No Comments »

Isu Maulidur Rasul: LGE kecam Utusan, KJ

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap ‘rasis’ yang didakwanya secara ‘terpilih’ mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

“Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman,” kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat – dari satu lagi blog pro-Umno – yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi ‘keputusan muktamad’ mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua – yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain – dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam – meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

“Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya,” katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu. Berita asal

Sumber :- Malaysiakini.com

Share on Facebook
Posted on February 16th 2010 in My Artikel, My Malaysia, My Politik

Air Tebu @ Bukit Keteri Perlis

No Comments »


Air tebu yang lentok :)

Date : 14 Februari 2010
Time : 4.00 p.m
Place : Gerai Tepi Jalan @ Bukit Keteri Perlis
Info : Ari tu.. masa ondaway nak ke Padang Besar bersama dengan akak omaQ yang balik dari johor… sempat singgah beli air tebu @ Bukit keteri .. pergh..mmg layan air tebu dia.. sbb fresh.. tak taruk gula .. mmg origanal recipi he he he.. mmg kene sekali pasti nak lagi.. almaklmula.. skrang nie musim panas.. mmg dahaga aja memanjang :)


Bukit Keteri :)


Tgk awan la… biru aja… panas lit lit oooo cahaya matahari derect :) so mmg dahaga :)

Share on Facebook
Posted on February 16th 2010 in My Makan makan

Birthday Nawwar yang ke 4 Tahun

No Comments »


Kek Hari Jadi Nawwar Rifhan

Date : 15 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Umah TOk Gayah Padang Pauh
Info : Petang semalam kak syakirah saja buat kenduri makan makan… dah semua family balik bercuti.. anak kak kin zahin pon sambut kelahirannya yang ke 8 tahun.. nawwar ke 4 tahun .. nawwar 18 februari ini.. zahin anak kak kin 20 februari ini.. kita saja buat awal.. dah semua berkumpul…. kalau ikut dalam Islam tak daq sambutan birthday ni.. nie saja buat makan makan family saja..sama jugak dengan maulidur rasul.. tak daq dalam sambutan dalam islam mengikut sunnah Nabi yang sebenarnya…


4 Tahun laa :)


Makan Satey


Uzair Farahin Adik Nawwar Rifhan yang baru berumur 1 tahun 4 bulan


Family Kak Kin and kak Syakirah serta Fawwaz pon ada


Tok Wan and Tok Gayah pon join sama


Nawwar dengan baju baru Tok CIk Pian Kajang bagi :)


Makan Family

Share on Facebook
Posted on February 16th 2010 in My Family

KAQ 6565 Vs RG 6565

No Comments »

from TORIYAMA AKIRA -akira_1630@yahoo.com-
to -miloki@gmail.com-
date Mon, Feb 15, 2010 at 10:35 PM
subject Plat 6565


KAQ 6565

Tujuan: Peminat Setia Blog Omaq.org
Lokasi: Sg Nibong, Bayan Lepas, P.Pinang
Tarikh: 15/02/2010
Camera: Sony Ericson W705

P/s :- Thanks alot sahabat warga omaQ.org… tq atas kiriman no plate yang sama dengan keta omaQ Rg 6565 :)

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 16th 2010 in My Hobby