Koey Teaw Kerang @ Kuala Perlis

No Comments »


Koey Teaw Kerang Kuala Perlis

Date : 19 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Gerai Tengek Pekan Kuala Perlis
Info : Masa petang tadi omaQ and family lari dari rumah mentua… tau daq pasai apa? sbb petang tadi ada jabatan kesihatan mai sembur denggi… satu kawasan perumahan @ Kuala Perlis depa mai serbu.. almaklumla.. skrang nie banyak kes demam denggi and kematian pon meningkat.. so depa ambik quick action la mai sembur.. alhamdulilah.. dengan ada semburan nie.. kurang la sikit nyamuk malam nie :) bebalik pada makan koey teaw kerang tu.. mmg layan.. sedap.. kedai dia.. depan dengan plaza Kuala... yang baru nak buka… sapa sapa dok area sini.. pakat mai la try tgk.. layan…


Gee Corner

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Makan makan

Window Phone 7

No Comments »

It is time to say farewell to the Windows Mobile brand as Microsoft has unveiled their latest phone operating system – the Windows Phone 7 Series – earlier this week at Mobile World Congress 2010 in Barcelona. As you can see from the screenshot above, the new OS looks nothing like its predecessor, hence the new name.

Gone are the mundane tiles on Windows Mobile 6.x desktop and it has been replaced by funky looking GUI called “Metro” which has striking resemblances to the interface used on Zune HD. The new OS is also pretty heavy on social networking in which users can actually check out real time updates from their Facebook friends directly on the OS’s Start screen. Not enough with that, Microsoft also equipped the new OS with Xbox LIVE games and Zune media services for gamers and also, music lovers out there to enjoy directly on their device.

It is still quite early to say how good the OS is going to be in reality but fear not, quite a number of manufacturers such as Dell, Garmin-Asus, HTC Corp., HP, LG, Samsung, Sony Ericsson, Toshiba and Qualcomm Inc. already stated their commitment to build Windows Phone 7 Series hardware. Unfortunately, it is going to take a while before you can experience the new OS yourself as the first batch of Windows Phone 7 Series devices will only be out towards the end of this year.

Check out more of the Windows Phone 7 Series hotness, right after the break or at its official website (http://www.windowsphone7series.com/).

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Internet

Sarang Burung @ Kebun Bunga

No Comments »


Baby anak burung dalam sarang burung

Date : 18 Februari 2010
Time : 6.00 p.m
Place : Kebun Bunga depan Umah Mak Gayah Padang Pauh
Info : Petang semalam omaQ angkut tanah depan umah.. sbb nak ratakan tanah yang diambil di sawah padi..masa dok perata tu.. baru omaQ perasan yang ayah omaQ baru ambik sarang burung di sawah padi kemudian bawa balik letak kat ruangan kat kebun tu.. sekali omaQ tgk.. ada anak burung dalam tu. siap 2 ekor lagi…. kesian tgk anak burung tu survive… almaklumla.. mak dia sahih tak tau yang sarang burung tu dah dipindahkan dari sawah padi ke umah omaQ.. Ayah Mat siap ambik banyak sarang burung lagi..jumpa tang mana tak sure… kira lebih dari 5-6 set sarang burung la.. mmg nice.. comel bangat…. kira skrang Ayah Mat and Mak Gayah ada 2 ekor warga rumah Padang Pauh harus dijaga… Berjayakah mereka membela 2 ekor anak burung tu? sama sama nantikan dalam episod akan datang :)


Ala comelnya.. siap dok jeluh ( tengok) dari sarang ke bawah :)


Digantung depan umah


Rupa sarang burung yang comel


Bukan satu… tapi banyak….


Lelong.. lelong… Cikgu Mat Khair tgh dok buat show :)

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Family

Anak Lemas Dalam Baldi

1 Comment »

JASIN: “Saya tak tahu kenapa sejak tiga malam lalu asyik mengusap kepala serta membelai tangan anak lelaki tunggal saya itu ketika mahu menidurkannya.


TINGGAL KENANGAN…Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal.

“Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.”

Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.

Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.

“Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.

“Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.

“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.

“Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.

“Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,” katanya sambil menahan hiba.

Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.

“Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.

“Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.

“Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar,” katanya.

Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.

Sumber :- Hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Info, My Malaysia

Cik Gayah & Orchidnya

No Comments »


Mak Gayah dengan orkidnya :) ]


Dah lama ka Mak Gayah tanam orkid nie? … ooooOO dah lama dah aih :)


Rahsia nak bela pokok bunga nie.. kene rajin belai depa.. baru depa naik bunga jadi lawa he he he

P/s :- Semasa omaQ free petang semalam selepas menyankui tanah depan umah.. sempat snap pic Mak omaQ yang dok belek belek pokok bunga orkid dia :) he he he

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Family

Punca isteri hilang hormat pada suami

2 Comments »

Punca isteri hilang hormat pada suami

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.

Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.

1. Tingkah laku suami

Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.

Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.

2. Standard tidak realistik

Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.

3. Tidak menghargai isteri

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.

Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.

Petanda

Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :

* Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
* Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
* Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
* Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.

Menilai diri

Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.

Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.

Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?

Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.

Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.

Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.

Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.

Renung-renungkan…

Sumber :- Email warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on February 19th 2010 in Uncategorized

Memukul Padi @ Perlis

No Comments »


Kat mana ni?

Date : 18 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Sawah padi @ Alor Sena Perlis
Info : Petang semalam warga omaQ.org ( Rozaine) call omaQ.. suh pi snap picture aktiviti yang dah lama ditinggalkan sejak maju sekrang nie.. apa dia? memukul padi…. Memukul padi nie.. antara aktiviti menual padi.. selepas padi dituai… kita akan kumpul kan untuk memisahkan antara biji padi dengan tangkainya.. so kaedah memukul padi secara tradisional nie dilakukan.. skrang nie payah nak jumpa aktiviti macam ini.. sbb telah diambil alih oleh jentera mesin padi.. combine haverster…. ( Made belanda or Poland)… mmg ceria suasana petang semalam.. windu zaman zaman muda dulu.. dok berlari anak kat sawah padi :)


oOOoo DIsawah padi dekat Alor Sena Perlis


Depa ( Mereka) buat apa tu?


OoOooo memukul padi ( Memisahkan padi dengan tangkainya)

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 19th 2010 in My Perlis