Ustaz Fathul Bari Ditangkap Mengajar tanpa Tauliah!!!

Date : 28 Februari 2010
Time : 11.30 a.m
Place : Kuala Pilah Negeri Sembilan
Info : Malam sat sat.. omaQ terima sms dari sahabat sunnah omaQ…Zawani bagi tau yang ustaz Fathul Bari kene tahan di kuala Pilah sbb mengajar tanpa tauliah…

Maklumat Dari Facebook : Ust fathul bari diantara pakar hadis seleps Dr radhi dan Dr asri , golongan muda pembela hadis , nilai ilmu sebegini hebat namun disebabkan mempertahankan adat temurun punya amalan , mereka mengambil jalan tangkap menangkap ..jika anda iaitu JAKIM DAN JAIS ingginkan penyatuan , mari berdiri dan berdebat secara ilmiah , biarpun amalan debat tidaklah… sebahagian dari sunnah , namun debat atas menjelaskan kebenaran disebalik pengkhianatan Tangkap menangkap adalah harus , mari berdebat …hamba rasa mereka gementara untuk berdebat kerana kebanyakkan yang berkerja di Jakim hanyalah lepasan SPM



March 1st, 2010 at 9:30 pm
salam.. rasa2 ramai je Tuan Guru hebat2 dan alim tp lepasan SPM.. tak adil la kalau kita hanya bataskan yg alim itu hanyalah pemegang ijazah BA, MA, PhD aje.. Ramai aper yg ada PhD tapi jual agama untuk nikmat dunia.. yg camtu camana plak..
March 1st, 2010 at 9:32 pm
takut2 yg ada DR mcm yg mcm saudara sebut di atas tu yg jual agama utk cari pengaruh dan menghidupkan mazhab yg salah dan menyeleweng.. haa.. kena waspada tu..
March 1st, 2010 at 9:35 pm
Saya sarankan kalau nk debat, lantik peguam dan gi la debat kat mahkamah syariah NS. Kita kan negara ada undang2.Jgn la jadi mcm cari publisiti main debat2 jalanan..
March 1st, 2010 at 9:47 pm
alhamdulilah.. ada gak komen tentang artikel di atas.. saya cuma paste pendapat dalam facebook sahaja tntang tu.. apa apa pon.. berbalik kepada Al quran dan as sunnah.. insyaAllah benda nie akan menemui titik persamaan..
March 2nd, 2010 at 12:58 pm
sokong..yg penting berbalik kpd al quran dan sunnah..dan kena tau yg mana satu tuntutan agama dan yg mana satu amalan berdasarkan adat semata2 which sometimes bertentangan dgn tuntutan agama..
March 2nd, 2010 at 7:17 pm
Salam.banyak amalan2 adat yang bersendi hukum.Tak bertentangan dgn syariat dan ada sandaran dengan al Qur’an dan Sunnah.Maka ia adalah harus.Barangkali yang menentang adat tersebut tidak menemui dalil dan nas dari sunnah,maka dituduhnya amalan tersebut tidak mempunyai asas, karut marut.Sesiapa yang menemui dan mengemukakan dalil, maka ia menjadi hujjah ke atas yang tidak menemui dalil. Semakin luas ilmu seseorang, semakin kurang bantahannya kerana dadanya lapang hasil dari kepelbagaian dalil yang ditemuinya.
March 3rd, 2010 at 3:31 am
salam to all , saya rasa memang menjadi fitrah manusia memandang kelayakkan diberi pada tempat yang sepatutnya , contohnya seseorang belajar menjadi doktor gigi dan berkelayakkan cabut gigi kerana memang bidangnya , manakala yang berkelayakkan spm sesuailah menjadi tok guru2 kampung untuk yang 100tahun dahulu atau abad2 lepas , manakala abad sekarang lebih sesuai dilihat pd CV yang selayaknya ,
2- memang tidak dinafikan banyak adat istiadat yang mengarut tergelincir aqidah islam contohnya amalan berzanji biarpun jelas jauh dari sudut sunnah , namun masyarakat tetap bantah hendak amalkannya , contoh السلام عليك ياماحى الذنوب “Salam atasmu (Muhammad) wahai pernghapus dosa (ya maa hayal zunuub)” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 3, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.) bukankah allah swt sahaaja penghapus dosa? ini sedikit dari hafalan saya semasa di kedah dahulu , saya pun pernah terjebak dgn berznji , sekarang alhamdulilah sudah memahami maknanya …
March 3rd, 2010 at 8:45 pm
Salam. Saya ingin bertanya,adakah maksud tergelincir aqidah itu mereka yang membaca al Barzanji menjadi KAFIR? Sekiranya ya, barangkali anda tersilap dan menghukumkan kegelinciran aqidah seseorang secara tergesa2 adalah terlarang.
Saya menasihatkan anda agar menuntut dengan lebih lanjut dalam permasalahan majaz aqli dalam ilmu balaghah. Penghapus dosa yang disandarkan kepada Nabi adalah majaz (kiasan) yang diberikan kerana dengan syafaatnya dihapuskan dosa umat manusia.
Sedangkan penghapus dosa dan pemberi syafaat sebenar adalah Allah dan semua umat ISlam mengiktiqadkan dan mengakui semua ini. Cuma disandarkan kepada Nabi kerana melalui syafaatnya diampunkan dosa-dosa umat Islam di akhirat kelak.
March 3rd, 2010 at 8:51 pm
Dalilnya firman Allah yang bermaksud: “Apabila dibacakan ayat-ayat al Qur’an maka ayat-ayat itu menambahkan keimanan mereka.” Dalam ayat ini dinyatakan bahawa ayat-ayat al Qur’an yang menambahkan keimanan dan tidak dinyatakan bahawa yang menambahkan dan mengurangkan iman adalah Allah. Maka disandarkan penambahan iman kepada ayat-ayat yang dibaca tadi adalah dalam bentuk majaz aqli.
Demikian bagi yang sakit dan makan ubat. Apabila ditanya, bagaimana anda boleh sembuh? Maka jawabnya: Saya makan panadol. Disandarkan kesembuhan pada makhluk atas gaya bercakap majaz aqli.
Demikianlah, maka perhatikanlah dengan neraca ilmu sebelum menghukum kegelinciran aqidah seseorang. Wallahu a’lam.
March 3rd, 2010 at 8:57 pm
Sekiranya kita menolak majaz aqli ini, maka wajib kita menjawab persoalan di bawah dengan jawapan di bawah:
1- Bagaimana kamu boleh kenyang?
Jawapan: Allah yang mengenyangkan saya.
2-Bagaimana kamu boleh sihat begitu cepat?
Jawapan: Allah yang menyihatkan saya.
3- Bagaimana kamu boleh berjaya dalam peperiksaan?
Jawapan: Allah yang bagi saya berjaya.
4- Bagaimana kamu boleh dapat duit gaji bulan ini?
Jawapan: Allah yang bagi saya duit gaji.
Wassalam
March 4th, 2010 at 7:52 am
al-majaz aqliyah laisa lahu istidlal minnal sunnah biannahu yubah isti3maliha …
zaman bilakah bermulanya ilmu majaz? 2- dalam bab aqidah tidak layak disandarkan majaz dalamnya ya akhi , ana tidak mengkafirkan sesiapa seperti ahbash , ana hanya berbincang .
syukran akhi , dan mohon jutaan kemaafan jika akhi rasa saya takabbur .
March 5th, 2010 at 6:44 pm
Maka jika demikian jawapannya, maka tiada apa yang mampu saya ucapkan lagi selain kata-kata: ‘Semoga Allah merahmati ilmu, ulamak salaf dan khalaf atas usaha dan jasa bakti mereka menyusun kaedah-kaedah berguna dan ilmu-ilmu Islam.’ Wassalam.
March 6th, 2010 at 3:37 am
saya hormati anda , anda seorang yang berlapang dada dalam menerima dalil , saya dengan rendah diri juga memohon maaf ….
March 7th, 2010 at 1:22 pm
Assalamualaikum Sahabat,
Bagi membolehkan seseorg memandu kereta, walaupun diketahui ramai telah memandu dengan cekap tanpa kemalangan selama bertahun2 , kenalah dibuktikan kebolehannya itu dengan memiliki lesen memandu.
Bagi membolehkan seseorg melakukan pendawaian elektrik, walaupun diketahui ramai boleh melakukannya dan telah bekerja bertahun2 tanpa kesilapan, wajiblah diperakui kebolehan itu dengan memiliki sijil pendawaian elektrik.
Samalah juga ceritanya,
Bagi membolehkan seseorg itu mengajar sesuatu ilmu, walaupun telah dikenali ramai ilmunya dan telah mengajar bertahun2, mestilah diiktiraf dan diperakui kebolehannya dengan memiliki sijil dalam ilmu yg berkenaan.
Bukan semua org yg tahu memandu boleh mengajar org lain memandu.
Bukan semua jurutera boleh mengajar org lain utk menjadi jurutera.
Begitu juga, bukan semua yg belajar agama boleh mengajar apa yg dipelajari.
Jika benar Ust Fathul hendak mengajar, kenapa tidak mahu mohon tauliah ?
Jika keluar ke jalan Allah sekurang2nya 3 hari , antara perkara pertama yg diperingatkan ialah Hormat Amir.
Jika Dato’ Mufti adalah Amir, kenapa Ust Fathul tidak hormat Amir ?
March 9th, 2010 at 6:56 pm
waalaikumusalam
ust abu islam fathul bari sudah memohon tauliah , namun tidak juga diberikan . bila diminta alasan kenpa tidak diberikan ?jawapannya mudah kerana tidak diberikan surat sokongan oleh mufti . apa yang inggin saya katakan kenapa dan bagaimana budak2 yg hanya lepasan SPM tanpa interview diberikan tauliah?kita tidak mahu melakarkan fitnah , namun spekulasi mengatakan jika tauliah diberikan pada UST abu islam , susahlah jais jakim dan institusi penjabat agama . YA ini kerana institusi agamawan negara banyak mengambil fatwa-fatwa secara rambang dan mudah tanpa membawa nas dan dalil yang sahih ..jika ada cendiakawan cerdik pandai seperti DR ASRI , Dr azwira DR abdullah , ust fathul bari . maka berlakulah perselisihan fatwa .
jadi masyarakat akan nampak , siapakah jahil dan siapakah ilmuan
March 12th, 2010 at 12:10 am
Assalamualaikum,
Mohon kembali mencelah. Mari kita sama-sama menilai dengan adil dan tenang mengenai pendapat akhi Umar al Haq.
1- “ini kerana institusi agamawan negara banyak mengambil fatwa-fatwa secara rambang dan mudah tanpa membawa nas dan dalil yang sahih.”
Pada pendapat saya, kenyataan di atas terlalu merendah-rendahkan institusi agama seolah-olah tiada pakar langsung dalam institusi2 tersebut. Juga seolah-olah institusi tersebut selama ini hanya bersandar dengan hadith dho’if dan maudhu’. Ahli Majlid Fatwa Kebangsaan tidak kekurangan pakar pada hemat saya.
Mereka berpengalaman semenjak puluhan tahun yang silam, ramai di kalangan mereka pemegang ijazah PhD bertaraf profesor yang dibanggakan oleh negara. Maka melontarkan kenyataan seperti di atas adalah seumpama tuduhan rambang dan mudah, tanpa bukti.
Maka seeloknya dipaparkan bukti mengenai dakwaan akhi bahagian manakah institusi agamawan Malaysia bermudah-mudahan dan beramal dgn hadith yang dhoif dan maudhu’.
March 12th, 2010 at 12:19 am
2- “jika ada cendiakawan cerdik pandai seperti DR ASRI , Dr azwira DR abdullah , ust fathul bari . maka berlakulah perselisihan fatwa.”
Saya tertanya-tanya kenapa tokoh2 di atas selalu berselisih fatwa dgn golongan lain. Adakah kerana hanya tokoh2 di atas sahaja yang mengenal pasti masalah yang melanda di Malaysia dan sedar ttg kemelut agama yang melanda seolah2 ratusan malah ribuan Dr dan Profesor dalam pelbagai disiplin ilmu di Malaysia tidak mempunyai kesedaran selama ini?
Seterusnya mengapa apabila disebut cendiakawan cerdik pandai, nama2 di atas sahaja yang dipaparkan. Di mana sebutan kita terhadap cerdik pandai seperti Profesor al Attas, Prof. Haron Din, Dr. Uthman Muhammadi, Dr. Abdul Aziz Hanafi dan lain-lain lagi? Jika diikutkan dari segi kesarjanaan, mereka lebih senior dan hebat dalam sejarah keilmuan di Malaysia berbanding tokoh-tokoh muda. Saya tidak mengira mereka-mereka ini mendapat ijazah PhD dengan syarat yg mudah melainkan mereka juga adalah cerdik pandai dan cendiakawan.
April 21st, 2010 at 6:20 am
buat sahabat umar al- farouq , Dr haziz hanafi yang anta maksudkan adalah pak cik kepada ust fathul bari , malah saya sendiri sudah jumpainya di jitra kedah rumahnya , beliau mengiktiraf fathul bari sebgai ahli hadis biarpun begitu beliau nyatakan yang fathul bari agak keras namun secara jelas fathul lebih terselamat manhaj pengajiannya kerana semuanya dengan hadis yang sahih …wallahulam join ana di FAN SUNNAH
September 23rd, 2010 at 6:44 pm
ambo sokong jg pendapat us umar al haq tapi bkn semua ..hari ni ramai tertipu mereka kata yang di katakan alim itu mesti ada kelulusan..tok guru pondok jadi alim tak ade kelulusan pun, anak murid beribu ajar agama ikhlas tak de harap balasan dunia.yang kumpulan tajdid ni dok panggil ustad depa ni pakar hadis ada ka kalangan yang dok mengaji dgn depa tu org alim atau taraf ustad ke,,tak da melainkan org yang baru nak merangkak sj dlm agama,jahil agama ms muda2…..dengan si jahil bolehla kamu tipu!
September 23rd, 2010 at 6:46 pm
minta betulkan us umar al farouk la bukan umar al haq
September 23rd, 2010 at 7:03 pm
macam mna us aziz hanafi boleh iktiraf us fhtbul bari ahli hadis…org yg ada ilmu hadis ni sentiasa tawadduk bila berbicara bukan asyik mencari kesilapan org sj mengkritik alim ulamak..mempertikai akidah asyairah..ambo krg setuju skt dgn pndpt us aziz.dia pernah forum dgn tok guru ambo di pondok p tumboh..dia akur dgn keilmuan guru pondok wl dia ada klulusan tinggi n lebih lagi ulamak yang dtg dari patani..sebab tu masa sessi soal jawab dia suruh tok guru ambo yang hurai semua soalan..dia tak blh ‘pergi jauh ‘ bila soalan yang rumit terpaksa tok guru ambo hurai.jd masalah ahli hadis yang ambo nampak la ni layak hanya syikh nuruddin al banjari,langit dgn bumi jk dbanding dgn u fthul bari.sekian