Pakage Streamyx Baru & Dapat Laptop untuk Student!!!

No Comments »


Tunggu untuk no angka giliran

Date : 30 Mac 2010
Time : 11.00 a.m
Place : Tm Point Kangar Perlis
Info : Pagi ari tu.. masa omaQ abis hantar budak ke IPGm Kampus Perlis.. ada program kecemerlangan UPSR.. si sempat omaQ pi summit aplly Streamyx untuk pakage student… mmg pakage baru nie.. harga streamyx murah dan dapat 1 unit Laptop yang berharga RM 1300.. jenis HP.. mmg layan. harap nanti betui betui dapat la :)


Penyambut tetamu yang penuh keriangan :


Form yang siap diisi


Ada Cop OUM la plak.. mmg kene cop.. sbb nak sahkan yang omaQ nie student PJJ Oum

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Life

F1 2010 @ Sepang Malaysia

No Comments »

Event Date: Friday, 2 April 2010 – Sunday, 4 April 2010

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Event, My Malaysia

Mesyuarat Setia Kawan Padang Pauh Perlis

No Comments »


Bang Zain dan Cikgu Lah yang aktif dalam meeting petang tadi

Date : 31 Mac 2010
Time : 6.00 p.m
Place : Rumah Cikgu Mat Padang Pauh Perlis
Info : Petang tadi .. rumah ayah omaQ @ Padang Pauh adakan mesyuarat Setia kawan .. apa itu setiakawan? setiakawan nie merupakan satu kumpulan … emm satu persatuan pon tak gak… tapi kira satu kelempok group yang mana terdiri dengan ahli kariah padang pauh la juga.. fungsi dia cam main kuit… simpan and pinjam… kalau main kuit.. kuit kita kene ikut turn pinjam.. kalau setia kawan nie.. kita akan buat simpanan bulanan… pastu.. kalau sapa sapa nak pinjam.. boleh pinjam.. dan bayar ikut bulan bulan… tak perlu charge tambahan… yang menariknya setia kawan nie.. akan diadakan tiap tiap bulan.. setiap bulan dirumah yang berbeza… ikut turn rumah ahli ahli dalam tu.. so leh rapat ukhwan dalam keluarga dan sesama ahli… makan free.. tukar fikiran and so on.. benda nie dah berjalan since 50 an lagi…. mmg menarik :)


CIkgu Abu Bakar & Gb Sek Keb Tambun Tulang


Cikgu Mat Khir & Bendahari Setia Kawan


Bang Zubir & Pakcik Kamal

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Life

Pegawai ILIM: ‘Saya tidak tuduh mereka WAHABI’

No Comments »

Pegawai ILIM: ‘Saya tidak tuduh mereka WAHABI’

Seorang pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) – yang didakwa mengaitkan sebuah persatuan mahasiswa Islam dengan aliran ‘Wahabi’ – hari ini menafikan berbuat demikian.

Penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin berkata, beliau tidak langsung mengaitkan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan aliran itu.

“Saya tidak pernah kata mereka terlibat. Perkara itu (permohonan maaf) tidak berbangkit,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan akur kepada tuntutan maaf daripada PMIUM.

Dalam suratnya bertarikh 15 Mac kepada Zamihan, PMIUM mendakwa menerima aduan bahawa beliau mendakwa persatuan tersebut terlibat dalam penganjuran sebuah seminar anti-terorisme – yang dihadiri tokoh ‘wahabi’.

Justeru, persatuan Islam terbesar di universiti itu menuntutnya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menjejaskan kredibeliti PMIUM kerana “cenderung mengaitkannya dengan aliran tertentu”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Zamihan menjelaskan, semasa menyampaikan kuliah Jumaat pada 12 Mac lalu, beliau hanya menyebut terdapat “mahasiswa Islam UM” terlibat dalam program tersebut.

“Saya tidak sebut Persatuan Mahasiswa Islam UM. Boleh jadi kerana masjid berkenaan bersebelahan dengan pagar UM, mereka terasa,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan persatuan mahasiswa berkenaan yang menghantar salinan surat berkenaan kepada pihak menteri dan ketua pengarah Jakim.

“Saya cuma ingatkan (mahasiswa) sahaja, tetapi kenapa sampai bertindak balas begitu keras sekali,” kata Zamihan lagi.

“Tetapi kalau mereka terasa sangat, saya minta maaflah.”

Sumber :-

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Malaysia

Keretapi Thailand @ Oran

No Comments »


Eastern & Oriental Ekspress

Date : 28 Mac 2010
Time : Petang
Place : Depan Gate Keretapi Oran Mata Ayer Perlis
Info : Petang ari tu.. masa omaQ keluar dari sekolah nak balik umah.. terkandas plak depan rail keretapi Oran.. so terpaksa la tunggu.. sekali tunggu.. rupanya keretapi yang membawa penumpang dari Bangkok Thailand.. maybe nak ke Singapore kot.. yang menariknya keretapi tu.. ada tempat untuk bersantai di akhir gerabak.. so kepada penumpang yang boring.. dia orang leh ambik udara segar sepanjang berehat di gerabak akhir …

Ondaway balik dari sekolah ke rumahOndaway balik dari sekolah ke rumah


Panjangnya keretapi Bangkok – Singapore


Last Gerabak yang ada tempat untuk bersantai

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Life

Motorola Milestone

No Comments »

Finally, an official Android 2.1 phone in Malaysia, the Motorola Milestone is now available, the first Android 2.1 phone in Malaysia. After having read the goodness of the phone all over the Internet, we can finally have a taste of how good it actually is with its ability to deliver a rich mobile web experience, superior messaging, top-of-the-line multimedia features, and most definitely not forgetting the Google Maps with turn-by-turn navigation.

“MILESTONE is a smart phone without compromise, delivering a wiser, richer web and messaging experience. This is possible through the combination of Motorola’s expertise in design and a truly differentiated Android experience. As an Android 2.1 device, MILESTONE was designed to enhance your mobile Internet experience – and its full screen web browsing experience, ability to juggle between multiple apps, and suite of Google applications deliver. We have been delighted with the anticipation and demand for MILESTONE across the world and pleased to announce its arrival in Malaysia today.” — Robert van Tilburg, Regional Sales Director, Motorola Mobile Devices South Asia.

Hit the jump to know more about the Motorola Milestone.
Key MILESTONE features include:

* 3.7” widescreen display with 854 pixel width and more than 400,000 total pixels
* High-speed, cortex A8 processor
* Pinch and zoom, double tap zoom
* 5 megapixel camera with dual-LED flash, AutoFocus, and image stabilization
* Motorola Media Link and Motorola Phone Portal to manage and share media content across desktop, phone and the Web2
* Stereo Bluetooth® / BT 2.1, high-speed USB 2.03
* 3.5mm headset jack
* CrystalTalk™ Plus for superior talk quality
* 8GB memory card

Additional functionality and apps include:

* Full suite of the Google applications: Google Search, Google Maps with Google Latitude, Gmail, YouTube, and Google Talk™
* Unified Google and Microsoft Office Contacts
* Navigation: GPS, MOTONAV * turn-by-turn navigation, Google Maps, E-Compass Latitude
* Email Support: IMAP and POP, Google Mail and Exchange
* IM Support: Google Talk
* Calendar: Exchange, syncs with Google CalendarÔ

Optional Accessories include:

* Use the multimedia station to transform MILESTONE into a clock, movie player or digital picture frame.
* Place MILESTONE in the car mount to instantly launch a full-blown GPS navigation device.

Availability

MILESTONE is now available in Malaysia retailing at MYR2,299. To experience Motorola Milestone please visit www.motorola.com/milestone.

Sumber :- lowyat.net

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Gadjet, My Internet

Bulan Saman Se Malaysia !!!

1 Comment »


Saman.. saman… saman.. saman…

Date : 29 Mac 2010
Time : 4.00 p.m
Place : Depan The Store Kangar Perlis
Info : Masa omaQ nak pi bayar membayar semua bill.. utang pi utang… keta mengkereta.. terjumpa plak dengan Abe Polis yang hansome lagi berseri…. buat apa? apa lagi…..saman menyaman la.. nak marah kat depa pon tak leh.. depa pon menjalankan tugas.. nak biaq.. kata keje tak jalan plak… bila kene saman…. mengata kat depa…. isk isk.. itu lah dunia.. peraturan dunia… peraturan akhirat kita buat lupa.. atau saja saja lupa.. right.. pikir pikirkan sendiri.. kalau lah leh nampak malaikat dok meronda macam polis.. sahih orang takut nak tinggal suruhan Ilahi…


Sekodeng dari jauh

Share on Facebook
Posted on March 31st 2010 in My Perlis

Kuasa politik dan kuasa agama

No Comments »

Kuasa politik dan kuasa agama

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini…

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila ‘iman rakyat’ dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan ‘Tuhan’ atau ‘pegangan agama’ adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai ‘tuhan’ atau ‘jelmaan Tuhan’ adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai ‘iman rakyat’.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau ‘Tuhan’, tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian ‘penguasaan politik’ atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang ‘senior’ tidak mahu memberi laluan kepada ‘imam junior’ di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun ‘pengaruh politik agama’ amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana ‘kemaruk kuasa’ seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara ‘membabi buta’ (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-’Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)”. Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah”. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya…

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan ‘tidak boleh mengkritik mufti’ atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan ‘tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan ‘panel kurang selesa’ atau ‘panel agama merasa keliru’ maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama ‘adat menyembah raja sehingga merangkak’ direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan ‘sambungan jawatan’! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama ‘pintar dan putar’ antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku…

Nota pengarang: Dr Mohd Asri – bekas mufti Perlis – adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.

Sumber :- Malaysiakini by Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Artikel, My Event

Pocket-Sized Device Culculate Your Body Fit

No Comments »


Cool Gadjet !!!

It looks like the brilliant brains in Japan have done it again, now you can easily use a pocket-sized device to check whether you’re physically fit or not. If you’ve ever wondered why life is so unfair because while you’re on a strict diet, your friends can eat bowls after bowls of rice and still maintain their skinny body, and you’re blaming your slow metabolism rate, then find out for sure with the Pocket Metabolism Checker. All you have to do is to key in your weight, age, height and gender, and whenever you touch the electrodes, it will pass some electrical current through your body to check the amount of body fat you have. You can also check whether it’s true that your friend have a higher metabolism rate because the little device can register up to 8 users. Finally, an easier way to check whether the diet plan is working for your or not, and if you really need to order another roti telur. Please excuse the recent introduction of devices that you can’t get in Malaysia, if you really want this one, you can always pay the worldwide shipping fee of USD15 (RM52.5) for the little device that costs USD25 (RM87.5).

(Source: OhGizmo!, Japan Trend Shop)

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Internet

Program Menjana Pemimpin Pelajar 2010

No Comments »


Program Menjana Pemimpin Pelajar 2010

Date : 27 Mac 2010
Time : 8.00 a.m – 2.00 p.m
Place : Sekolah Kebangsaan Oran Perlis
Info : Pagi sabtu ari tu.. omaQ ada majlis di Sekolah omaQ iaitu Sk Oran.. ada buat program untuk pemantapan barisan pengawas sekolah dan pusat sumber 2010.. so program itu berlangsung dari pagi sampai tghari…alhamdulilah majlis berjalan lancar.. program awal pagi diisi dengan Program menjana pemimpin pelajar 2010 oleh guru Jurulatih Utama dari Sk Jejawi… selepas itu program LDK dijalankan dengan jayanya dan akhir sekali penutup…Tahniah omaQ ucapkan kepada barisan guru yang terlibat dan juga Unit Kaunseling yang banyak menyumbangkan tenaga mereka.. Syabas diucapkan..


Program sesi LDK 2


Guru-guru yang hadir dalam sesi LDK


En Asrul Guru Kaunselor memberi taklimat awal


Pengawas pusat sumber membuat latihan mengemas bilik PSS


Segak menyanyikan lagu jalur gemilang


Taklimat Mr Dj Sekolah :)


Antara guru guru yang hadir sepanjang program berjalan

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Oran