Mr Au & Paragliding

No Comments »


Aku Terbang!!!!


Au buat muka syiok plak!!


Angkatan Para para sakura!!! ha ha ha


Ready to take off!!!


Jenuh la nak lipat nie.. lipat baju pon malas.. tapi dah nama hobby.. buat buat rajin la.. ha ha ha


Ready to fly!!!


Big Fan!!


Aku seekor burung yang ingin terbang!!!

P/s :- omaQ pon tak sure picture yang omaQ rembat dari Facebook au nie.. dia terbang kat mana… rasa kat bahau negeri sembilan.. tapi tak sure.. nak kene tanya lain lokasinya.. nampak cam besh aja hobby baru nie…

Share on Facebook
Posted on March 1st 2010 in My Friends, My RedFrame

Kasih Seorang Bapa…

No Comments »


Apa tu? nampak sekali cam pamper.. yer ker?


Bila omaQ close up mmg betui aa dia bawa pamper gantung kiri kanan…walaupon tak mampu untuk bekereta… tapi demi anak…ayahnya sanggup gantung kiri dan kanan dimotornya…perngorbanan seorang ayah…. siapa yang tahu…

P/s :- Sekali tgk nampak cam biasa.. tapi bila kita renung balik.. susah payah seorang bapa untuk membesarkan seorang anak… jerit payah harus dilalui dengan penuh kesabaran… omaQ snap pic nie dihadapan Jalan Raja Syed Alwi berhampiran sekolah Sri Perlis Kangar Perlis

Share on Facebook
Posted on March 1st 2010 in My Perlis

My Lawak : Suami Setia !!

No Comments »

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :

“Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!”

Share on Facebook
Posted on March 1st 2010 in My Lawak

Karnival Malaysia Inovatif 2010

No Comments »

Date : 27- 28 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Dewan 2020 Kangar Perlis
Info : Semalam omaQ pi tgk event Karnival Malaysia Invovatif 2010 @ Dewan 2020.. nak kata meriah tak la sangat .. tapi boleh la.. cuma gerai gerai pamera yang join tak bapa nak ceria … time omaQ pi tu.. dan lewat petang.. maybe depa dok kalut nak reharsel untuk perasmian oleh DYTM Tunku Faizuddin Raja Muda Perlis untuk malam itu.. apa apa pon.. karnival ini bagus untuk bagi peluang semua lapisan masyarakat mengenal tentang dunia inovatif…


Sebahagian rekacipta yang dipamerkan


Kreatif


Fawwaz & Angkasawan


Reharsel pembukaan


Vanue : Dewan 2020 Kangar Perlis


Inside Dewan 2020


Rekacipta

Share on Facebook
Posted on March 1st 2010 in My Event, My Perlis

Kes Bunuh Budak : Salah Siapa?

No Comments »

Perangai binatang

KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.
SAYU… Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
SAYU… Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.

“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.

Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.

“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.

Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.

“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.

“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.

“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Sumber :- Hmetro.com.my

P/s :- Bagi omaQ.. Kes nie.. semua pihak bersalah.. dari.. mak bayi.. pakwe mak bayi… keluarga bayi.. masyarakat sekeliling bayi….

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 1st 2010 in My Info