Juru Teknik Seeting Wireless Lagi!!!

2 Comments »


Wireless Linksys double antena .. mmg power range dia.. buat line plak tak stabil :(

Date : Last Week
Time : 10.00 a.m
Place : Around Sek keb Oran Perlis
Info : Minggu Lepas.. wakil dari Juru Teknik PKG Jejawi.. Mr Afiq mai seeting wireless @ Sek Keb Oran …. so abis satu sekolah dia seeting.. letih la gak.. pi sana sini.. mula mula dapat seeting.. mai time tgh hari.. seeting tu tak jadi plak.. heran.. sampai 3-4 jam seeting tak seatle seatle gak.. nak kene try plan b la plak… :( jadi wireless tak dapat digunakan gak @ Sekolah .. so sad…..:(


Seeting kat dalam bilik guru


Seeting @ Kelas dekat Kantin Sekolah


Mr Afiq Juru teknik PKG Jejawi.. guna talian hayat tanya kawan kawan.. awat tak boleh boleh gak ni..

Share on Facebook
Posted on March 3rd 2010 in My Oran

Proton Emas

No Comments »

Proton has just sent over a PDF document explaining the EMAS Concepts a little. The text goes a little more in depth into the design language. It’s an interesting read if you just can’t get enough of the EMAS triplets. If we’re lucky, Proton will probably showcase then at the KLIMS the end of this year alongside some other interesting stuff. Then both you and I will get to see it in flesh. But for now, enjoy the text and remember to click the ‘fullscreen’ button for easier reading, or download it for offline use.

EMAS Concept Car Information

Share on Facebook
Posted on March 3rd 2010 in My Malaysia

Guru belum sedia ajar pendidikan seks

No Comments »

Guru belum sedia ajar pendidikan seks

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng (bawah).

lok yim pheng nutp sec gen 060905Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

“Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar,” katanya.

NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.

Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.

Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.

Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.

Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: “Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita”.

Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.

Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar.

“Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja,” katanya.

Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu.

“Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu,” katanya.

Sumber :- Malaysiakini.com

Share on Facebook
Posted on March 3rd 2010 in My Artikel, My Malaysia

Rawatan Permata Hijrah Percuma !!!

No Comments »

Rawatan Permata Hijrah Percuma !!!


Mr Au tgh test rawatan resedung

Date : 29 Februari 2010
Time : 8.00 p.m
Place : Rumah En Tajul Ashikin Kg Salang
Info : Malam ari tu.. time omaQ pi umah abang ipar omaQ… saja lepak lepak.. kawan baik omaQ.. iaitu Mr Au.. mai singgah sat umah abang ipar omaQ.. so apa lagi.. kena plak time tu kami kat ruang tamu..Mr Au test rawatan resedung.. tapi just untuk intro saja.. kalau yang betul kene lalui banyak step….


Jadi Promoter sat… he he he


Urutan mata

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 3rd 2010 in My RedFrame