


P/s :- Inilah aktiviti kawan kawan omaQ yang ada di selangor mengadakan aktiviti travel ke cameron Highland baru baru ini…. kalaulah keta volkswagen omaQ dah siap.. dah lama omaQ join .. uwa…. masih kat bengkel lagi.. bila la nak siap
Sumber :- vwclubselangor
Share on Facebook
Posted on March 4th 2010 in
My Hobby

Kepada
Semua Ahli Jawatankuasa Perlis MTB
Semua Ahli Kelab Perlis MTB
Assalamualaikum wrt.wbt. / Salam Sejahtera
YB./ YBhg./Tuan/Puan
TAKLIMAT UNTUK PETUGAS RIDE UP NORTH; PERLIS MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2010
Sukacita dimaklumkan, berhubung dengan perkara di atas. Suatu taklimat untuk petugas-petugas RUN akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:
1. Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
2. Tempat: Dewan Kuliah 3, UiTM Arau, Perlis
3. Masa: 9.00 – 11.30 pagi
Antara agenda penting ialah:
1. Taklimat RUN terkini oleh Presiden Kelab Perlis MTB
2. Taklimat tugasan
3. Sesi soal jawab
4. Hal-hal lain
Sehubungan itu, YB./Ybhg./Tuan/Puan dijemput untuk menghadirinya bagi sama-sama menjayakan program di atas. Saya bagi pihak Kelab Perlis MTB amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
Sohaimee bin Mohd Zain
Setiausaha 1 Kelab Perlis MTB
Perlis Mountain Bikers Association
Share on Facebook
Posted on March 4th 2010 in
My Hobby,
My Info
Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit
Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:
15 minit – tiada apa yang berlaku.
25 minit – telur mulai panas.
45 minit – telur telah panas.
65 minit – telur telah masak.
Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.
Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.
Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?
Share on Facebook
Posted on March 4th 2010 in
My Info,
My Internet