omaQ Kursus @ Hotel Concorde Inn Sepang Selangor

No Comments »

Date : 8 Mac 2010
Time : 9.00 a.m
Place : Sek Keb Oran Mata Ayer Perlis
Info : Pagi tadi omaQ terima surat yang mengarahkan omaQ supaya pergi berkursus jadi Jurulatih Utama Peringkat Kebangsaan @ Sepang Selangor.. so apa laghi.. petang sat sat.. kalut la dengan persiapan… so berjumpa disana la yer.. sepanjang selasa.. rabu and khamis..


Mohd Omar ker Mohd Umar ? :)


Warakah yang membawaku ke Sepang.. Ondaspot pagi tadi…

Share on Facebook
Posted on March 9th 2010 in My Info, My Life

Finding Flight Ticket @ Kepala Batas Airport

No Comments »


Aku ingin terbang!!!

Date : 8 Mac 2010
Time : 6.00 p.m
Place : Airport Kepala Batas Alor Setar Kedah
Info : Petang tadi.. omaQ and family pusing bandar kangar na cari ticket flight nak ke KLia esok pagi..sbb omaQ ada kursus Jurulatih Utama Peringkat Kebangsaan @ Hotel Concorde Inn Sepang Selnagor selama 3 hari.. surat plak baru dapat awal pagi tadi … so apa lagi.. jenuh la gak buat preparetion yang drastik… nak cari transport mana yang senang and menjimatkan.. so pikir better naik flight.. sbb dari kangar ke Klia tu.. dekat lagi naik flight… hotel yang omaQ nak duduk tu bersebelahan dengan KLIA aja… kalau naik bas or train ker.. rencah dan ceremet lagi.. kos pon lagi banyak dari naik flight.. tapi tu la.. kalau booking tiket last minite sama gak mahalnya.. kalau booking awal mmg untung.. tapi masa nak booking tu. dah terlepas 24 dah time nak berlepas.. so kene la beli kat wakil penjualan tiket.. kat kangar semua dah tutup time tu… terpaksa la pi ke airport kepala batas.. pi sana pon.. tutup gak.. aiseh.. kalau nak gak.. kene beli esok pagi time nak naik flight.. dari tiket omaQ tgk internet RM 71.00 terus jadi RM 169.00 kalau bawa barag RM 205.00 tu yang leceh… so terpaksa batal plan A naik flight.. esok awal pagi tumpang keta cikgu Pakar dari sekolah SK Kayang aja…tapi time balik tu.. omaQ dah booking internet.. minyak CIkgu Abu Bakar Othmand dari Sk Dato Kayaman yang belikan… so jumpa di SEPANG!!!


Cahaya mentari sunset @ Border Of Airport Gate


Tunjukkan aku jalan yang lurus…..


Lokasi @ Departure Gate


Ala cayangnya.. si Fawwaz yang keletihan

Share on Facebook
Posted on March 9th 2010 in My Life

Apple iPad

No Comments »

During the announcement of the iPad in January, Apple mentioned that the much awaited tablet will be released at the end of this month. Well…not anymore.

Instead, the release date has now been confirmed and set to April 3rd for customers in United States, according to a statement released by Apple today. The Wi-Fi model will lead the release schedule while the dual Wi-Fi and 3G connectivity model will be released towards the end of April.

International customers from Australia, Canada, France, Germany, Italy, Japan, Spain, Switzerland and the UK will also received their iPad in both flavors around late April. As for Malaysia, we have no news on the subject whatsoever. Sorry eager fans, you just have to play the waiting game for now.

Taken : Lowyat.net

Share on Facebook
Posted on March 9th 2010 in My Internet

VCD : Fatwa Yusuf al-Qaradhawi Tentang LIWAT !!

No Comments »

Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

“Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

“Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

“Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Sumber :- Malaysiakini.com

Share on Facebook
Posted on March 9th 2010 in My Info, My Malaysia, My Politik

Semut OOoO Semut !!!

No Comments »


Semut OOOOOoOOOooO Semut…..

Date : 8 Mac 2010
Time : Rehat
Place : Sebelah Bangunan Makmal Komputer Sk Oran Perlis
Info : pagi tadi .. time rehat.. sempat omaQ tgk ada budak tahun 4 sedang menangkap semut… semut itam tanah… mmg garang semut nie.. kalau silap tangkap mmg kene gigit.. omaQ pon tak sure pasai apa budak budak nie kusyuk sangat tangkap semut semut nie.. maybe nak buat umpan mengail or nak bagi anak ikan belaan depa makan kot… walaupon nampak simple.. tapi mmg menarik.. dengan ketekunan yang mereka tunjukkan.. alangkah indahnya kalau dalam sesi P&P berjalan.. mereka ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru yang mengajar.. insyaAllah.. ramai la budak Sk oran dapat cemerlang dalam Pelajaran.. InsyaAllah.. omaQ akan buktikan dalam masa terdekat ini.. Sk Oran akan seimbang dalam semua bidang .. sama ada akedemik.. kokurikulum.. dan kurikulum.. AMin!!!!


Sesi mengempur lubang semut !!


Jolok jangan tak jolok!!


Permulaan yang baik…


Kusyuk sampai gambar dirakam pon tak perasan pada mulanya .. :)

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 9th 2010 in My Oran