Dr Asri berhenti menulis untuk Utusan

Add comments

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau telah berhenti menulis untuk Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus menulis dalam beberapa media yang lebih bebas selepas ini.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini dari Arab Saudi, Dr Mohd Asli yang dikenali dengan kelantangannya bercakap dan menulis berkata, beliau berhenti menyumbang kepada Mingguan Malaysia
terbitan kumpulan Utusan.

“Saya menjemput pembaca saya membaca dalam ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” tulisnya melalui SMS.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak pula menyatakan di mana beliau akan menulis.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan yang Mingguan Malaysia telah menolak tulisan Dr Mohd Asli untuk kolum mingguannya di akhbar tersebut.

Sumber :- Malaysiakini.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 15th 2010 in My Artikel

One Response to “Dr Asri berhenti menulis untuk Utusan”

  1. Wan Perlis Says:

    adakah tempat beliau diganti dgn mufti perak

Leave a Reply