
Jenazah disolatkan
Date : 29 Mac 2010
Time : 9.25 p.m
Place : Rumah DI kampung Petai Kangar Perlis
Info : Selepas solat Isya tadi … omaQ baru tau tentang kematian bekas anak jiran omaQ iaitu anak cikgu Zamri.. Cucu kepada Pak Mud Lembu di bohor inai.. abang kepada Don sahabat sepermainan omaQ dulu dulu.. bayinya baru berumur 8 bulan yang meninggal dunia semasa dalam jagaan nursery @ Alor Sena Perlis.. berita kematiannya baru diketahui masa petang tadi.. dan di hantar ke hospital untuk dibedah siasat tentang punca kematian.. masa omaQ ziarah dan solat jenazah di kg toknya @ Kg Petai.. mmg suasana sayu menyelubungi di tempat jenazah diuruskan.. dengan hujan renyai renyai membasahi bumi... perginya seorang anak soleh yang bakal mendoakan ibu bapa mereka di Syurga… satu pahala dan ganjaran yang tidak ternilai harganya.. mmg omaQ tgh raut wajah ayahnya yang begitu pasrah dan sabar.. tabah menghadapi dugaan yang amat besar.. kerana pemergian bayi ini merupakan satu satunya anak lelaki dalam keluarganya.. yang sulung dan tengah perempuan…mudahan Allah memberi kekuatan kepada keluarga mereka hendaknya amin!!!

Suasana sayu dan hujan renyai renyai menyelubungi suasana sekitar kediaman jenazah

Bapa Jenazah yang memakai songkok kelihatan tabah dalam mengurus jenazah anaknya yang baru berusia 8 bulan

Ahli keluarga menguruskan jenazah


