Al Fatihah- Bayi 8 Bulan Kembali Kerahmatullah

No Comments »


Jenazah disolatkan

Date : 29 Mac 2010
Time : 9.25 p.m
Place : Rumah DI kampung Petai Kangar Perlis
Info : Selepas solat Isya tadi … omaQ baru tau tentang kematian bekas anak jiran omaQ iaitu anak cikgu Zamri.. Cucu kepada Pak Mud Lembu di bohor inai.. abang kepada Don sahabat sepermainan omaQ dulu dulu.. bayinya baru berumur 8 bulan yang meninggal dunia semasa dalam jagaan nursery @ Alor Sena Perlis.. berita kematiannya baru diketahui masa petang tadi.. dan di hantar ke hospital untuk dibedah siasat tentang punca kematian.. masa omaQ ziarah dan solat jenazah di kg toknya @ Kg Petai.. mmg suasana sayu menyelubungi di tempat jenazah diuruskan.. dengan hujan renyai renyai membasahi bumi... perginya seorang anak soleh yang bakal mendoakan ibu bapa mereka di Syurga… satu pahala dan ganjaran yang tidak ternilai harganya.. mmg omaQ tgh raut wajah ayahnya yang begitu pasrah dan sabar.. tabah menghadapi dugaan yang amat besar.. kerana pemergian bayi ini merupakan satu satunya anak lelaki dalam keluarganya.. yang sulung dan tengah perempuan…mudahan Allah memberi kekuatan kepada keluarga mereka hendaknya amin!!!


Suasana sayu dan hujan renyai renyai menyelubungi suasana sekitar kediaman jenazah


Bapa Jenazah yang memakai songkok kelihatan tabah dalam mengurus jenazah anaknya yang baru berusia 8 bulan


Ahli keluarga menguruskan jenazah

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Friends Baby, My Perlis

Pakage Broadband Celcom RM 50 kepada RM 68 :(

1 Comment »


Boleh saya bantu encik ?

Date : 26 Mac 2010
Time : 4.30 p.m
Place : Celcom Centre Kangar Perlis
Info : Petang jumaat ari tu omaQ pi bayar bill celcom Broadband omaQ.. yang menyedihkan.. pakage RM 50 sebulan yang omaQ guna selama 3 bulan dah tamat dah.. :( sbb dulu pakai pakage Pc Fair … Dapat diskaun pakage Rm 68 kepada RM 50 selama 3 bulan) so bulan nie genapla 3 bulan omaQ pakai pakage tu.. so dia akan jadi kepada pakage asal iaitu RM 68…. rugi la balik RM 18… uwaa… tulun abis la duit kamek!!! hehe…. nak terminate.. dah keperluan… dan guna.. duit pokai.. kwang kwang kwang….pasrah aja… nak tukar pakage Maxis Rm 48 sebulan.. bandwith dia plak just 1.5 mb.. kalau celcom 5 mb… so dalam dilemma….


Masa menunggu


Waiting No Giliran…. :)


Bayar bil @ Kaunter luar

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Life

Kemalangan @ Jalan IPGM Kampus Perlis

No Comments »


Lori yang terlibat dalam kemalangan depan De keli Padang Bohor jalan ke IPGM Kampus Perlis

Date : 2 bulan lepas
Time : 12. 45 p.m
Place : Jalan menuju ke IPGM Kampus Perlis
Info : Ari tu masa omaQ pi kelas PJJ OUM… time rehat tu.. ada aksident jalan raya melibatkan kereta dengan lori… alhamdulilah tiada kemalangan jiwa.. tak tau sapa salah.. memandangkan time jadi tu.. kami ondaway nak masuk ke kelas untuk kelas terakhir.. tak sempat nak buat liputan dengan lebih terperinci… apa apa pon.. kalau kita nak menaiki kenderaan nak kemana mana pon.. pastikan mula dengan doa .. mudahan Allah menyelamatkan diri dari sebarang malapetaka…


Keadaan kereta yang dirempoh dengan lori

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Accident

Kisah Guru : Pulau ke Pulau

No Comments »


Perjalanan menuju ke jeti dari Pulau Tuba ke Pulau Langkawi.. time nie masa nak balik sekolah..

( Email dari sahabat omaQ yang mengajar @ Pulau Tuba Langkawi )

from ahmad suhaimi <-lutfiz.aimanz@gmail.com->
to miloki@gmail.com
date Mon, Mar 29, 2010 at 12:43 PM
subject Pengalaman di SK Pulau Tuba Langkawi.2010 sebagai PK Ko

Sesungguhnya Hidup satu dugaan dan cabaran terhadap hambaNya… Dengan itu, kita kena Redha dengan ketentuanNya….

P/s :- Sahabat omaQ nie rakan omaQ semasa belajar @ OUM PJJ… dia baru naik pangkat jadi Pk koko… kira ari ari berulang alik dari pulau besar Langkawi ke Pulau Tuba…. kisah guru dari pulau ke pulau :)


Rutin harian meredah perjalanan menaiki bot dari pulau ke pulau


Gaya seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Pulau Tuba 2010


Kehidupan seorang warga pendidik bersama rakan setugas


Suasana sekolah Pulau Tuba


Padang Sekolah Pulau Tuba

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Friends, My Oum

PEGANG ANJING vs PEGANG GF/ BF

1 Comment »

PEGANG ANJING vs PEGANG GF/ BF

Di suatu kawasan tanah lapang, seekor lembu terserempak dengan seekor anjing yang kelihatan seperti sedang marah-marah. Si lembu pun segera memberanikan diri menghampiri si anjing, lalu menyapanya.

Lembu: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena je?

Anjing: Aku tengah tension ni… Ikutkan hati, nak je aku gigit manusia tadi!

Lembu: Eh? Kenapa?

Anjing: Aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat, sambil berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauhlah.. najis!”

Lembu: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu…

Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh je disamak. Habis, yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa dia tu?

Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau wahai anjing, malah tak boleh disucikan sekalipun disamak!

Anjing: Wah.. ayat kau memang power la… lepas ni manusia kena ubahla pepatah “Pandai macam LEMBU”

*****************
Sentuh… Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don’ts dalam bercouple? Bukankah berpegangan tangan sesama bukan mahram itu (melainkan suami-isteri) sememangnya haram? Ianya garis pandu untuk orang Islam secara menyeluruh, dan bukanlah hanya dalam soal bercouple! Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan mahram. Jika garis pandu asas ini pun tidak dipatuhi dan suruhan Allah dizalimi, maka dari situ jugalah bermulanya perkara-perkara lain yang di luar kawalan kita.

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” (HR Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluq pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (HR At-Tabrani dan Baihaqi)

Apapun, semuanya bergantung kepada keyakinan kita kepada Tuhan. Ingat, bukan setakat percaya, tetapi YAKIN! Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi adakah kita benar-benar yakin bahawa Tuhan itu ada? Kalau jawapan kita “ya”, maka kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Kita akan sentiasa ingat, walaupun hanya pasangan kita saja yang tahu apa yang kita buat, tetapi hakikatnya Allah nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Semuanya Allah tahu. Dia yang Maha Mengetahui. Ingatlah… Janganlah sesekali kita jadikan diri kita hamba kepada nafsu, tapi biarlah nafsu itu yang menjadi hamba kepada kita!

Sumber :- kongsibersama07.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Artikel

Life Line For Gaza

No Comments »


Pembentangan tentang Projek Kumpul 12 Juta untuk dana Gaza

Date : 26 Mac 2010
Time : 9.30 p.m
Place : Pejabat HPA Jejawi Perlis
Info : Malam ari tu.. omaQ dijemput mewakili NGO IIK untuk ke mesyuarat and taklimat Life Line For Gaza 2010…. so omaQ wakil IIK… Institut Ibnu Katsir untuk ke mesyuarat tu.. sbb omaQ Setiausaha IIK…. Alhamdulilah.. masa omaQ pi tu banyak input yang omaQ dapat … tentang projek yang bakal dilaksanakan nanti…Semua NGO satu Perlis bergabung.. tak kira parti ker.. persatuan ker.. semua gathering together…. buang bendera kepartian.. semua berkump untuk mengutip dana untuk sahabat kita se Islam di GAza yang memerlukan bantuan..


Ustaz Khairul tgh bz set up power point


Sign up


Kusyuk nampak :)


Under one roof !!

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Event, My IIK, My Life

OmaQ Aiman Wedding 2010

No Comments »

Date : 28 Mac 2010
Time : Makan Tengahari
Place : Sg Layar Sg petani kedah
Info : Sahabat omaq .. iaitu Umar Aiman.. nama pon nak dekat dah… dia baru kawin ari tu.. dengan orang Kodiang kedah.. Sahabat omaQ nie sama Khassah semasa omaQ study @ Matri dulu.. lepas tu dia samb belajar di Sudan .. dekat 10 tahun gak la mengaji sana.. mmg taraf PHD la kiranya.. cuma kat sana tak daq sijil aja.. tapi ilmu tu.. hanya Allah saja yang mengetahui :) tahniah omaQ ucapkan kepada omaQ Aiman !!!

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Friends Wedding, My Matri

Cara baru menjimatkan pampers

No Comments »

Cara baru menjimatkan pampers

Pampers sebenarnya hanya satu jenama produk lampin pakai buang tetapi oleh kerana ia adalah pioneer, pampers seperti diterima pakai oleh rakyat Malaysia sebagai lampin pakai buang mewakili jenama-jenama yang lain.

Sebab tu tak pelik jika ayat begini selalu kita dengar;

“baby kau pakai pampers jenama apa?” hohoho.

Lampin pakai buang ni sesuatu keperluan masa kini jika kita mempunyai baby. Sangat jarang kita melihat orang kita menjemur lampin di ampaian seperti zaman dulu. Saya tidak berapa ingat harga lampin pakai buang ni kerana anak yang kecil saya pun dah berumur 4 tahun tetapi harganya boleh dikatakan membebankan juga kepada yang berpendapatan rendah.

Cara untuk menjimatkan lampin pakai buang.


Sensor.. :)

Sumber :- isuhangat.net

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Internet

Bro Ghafur & Bisulnya :)

No Comments »


Kaki Sapa plak nie?

Date : 25 Mac 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Depan kedai Bundle Batu 2 area Kg petai perlis
Info : Petang jumaat ari tu. omaQ singgah kat Bundle kg Petai.. saja nak bagi kunci kat Ghaf.. dia nak buka pintu bilik guru.. nak seeting data ISIS katanya.. dia Mc ari tu.. 2 hari.. sbb Dr bagi mc setelah buat operate kecik kat kaki dia @ PMC Kedah…. buang bisul.. tu la.. orang dok kata dah.. jangan buas buas… bini dok jauh tu yang jadi lagu tu.. nakai sangat.. hehe… :)


Bro Ghaf.. walaupon berbisul.. tetap ceria :) ha ha ha


Penangan hasil bisul.. sampai bengkak kaki sebelah

Share on Facebook
Posted on March 28th 2010 in My Friends, My Oran

Kuliah Syaikh Abdullah bin Umar bin mar’i Yaman

No Comments »


Syaikh Abdullah bin Umar bin mar’i yang sedang bagi kuliah…

Date : 26 Mac 2010
Time : Maghrib – Isyak
Place : Masjid Padang Katong Perlis
Info : Malam ari tu omaQ sempat pi dengaq kuliah pakar Hadith dari Yaman.. iaitu Syaikh Abdullah bin Umar bin mar’i dari Yaman.. alhamdulilah.. ramai gak anak jamaah yang hadir.. bukan senang nak dengaq pakar hadith yang datang dari jauh.. kalau zaman dulu.. pencinta hadith akan sanggup kehulu kehilir untuk mendengar hadith.. tapi sekarang… pakar hadith yang datang dari jauh .. kita buat tak tau aja.. sedangkan kehadiran macam ini yang ditunggu tunggukan.. dan dinanti nantikan.. itulah perkara akhir zaman.. benda ilmiah.. keagamaan tidak diambil peduli.. kalau benda lara.. hiburan.. sangatlah dinanti nantikan.. mudahan Allah perkukuhkan naiwaitu kita dalam mencari keredaan Allah yang hakiki. Amin!!!


omaQ snap dari hp sony erikson omaQ aja dari jauh


Anak jemaah yang hadir


Dimanakah pemuda islam? kebanyakkan golongan tua and senior sahaja yang banyak dimasjid…

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 28th 2010 in My Sunnah