Volvo Wagon v40 2.0 Turbo vs Wira 1.3 manual

Add comments

P/s :- Sekarang nie omaQ tengah dok buat testimonial dari kawan kawan warga omaQ.org tentang cadangan omaQ untuk hadiahkan keta Volvo v40 2.0 Turbo untuk gantikan keta isteri omaQ iaitu Ummu Fawwaz yang dok guna Wira Aeroback 1.3 Manual 2002 yang makan minyak dan tidak pickup tu….. so omaQ cadang nak carikan keta yang sesuai untuk family car.. sesuai untuk Ummu Fawwaz berkeluarga.. then sekali sekala leh jalan long distance dengan selesa .. minyak pon menjimatkan.. ( Padan dengan pickup dan speednya). Untuk omaQ pula.. minat outdoor activities.. nak taruk basikal bukit omaQ MTB or Kayak / canoe atas bumbung sama… kira win win la. omaQ pon dapat.. Ummu Fawwaz pon dapat… keta kura kura ( Volkswagen ) omaQ kat bengkel tu nanti siap untuk keta santai pusing pusing short distance aja.. kalau long term.. pakai la wagon nie.. camana pendapat kawan kawan..

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on May 13th 2010 in My Hobby, My Life, My Ummu Fawwaz

11 Responses to “Volvo Wagon v40 2.0 Turbo vs Wira 1.3 manual”

  1. asyraf Says:

    ckgu nak beli keta second ka yg bru???…hehe…

  2. akira@mat3 Says:

    salam omaq.
    nak pkai volvo ka? setahu ana volvo bkn ke tak efficient dr segi minyak.. satu lgi maintenance mungkin mahal dan susah nk dapat. kalo omaq cuba survey, Nissan AD resort 1.6 manual white colour -95 (mudah.my) atau pun mazda wagon (model lama xsure ade atau tak skg, tp model baru mahal skit).. afwan, ni pandangan ana la..ape2 pun cuba taye pndgn org yg lebih arif eh..salam

  3. omaQ Says:

    beli keta baru? mana la mampu nak beli volvo baru.. kalau baru mau la dekat RM 200 000.00 keatas… layak pakai keta secondhand aja…

  4. RazaQQ Says:

    peh omaq.. kalau good Cond, sambaq lah trus.. jangan lupa chek JPJ dulu.. kot bekas xsiden ngan blacklist ka.. chek trafik kot ada saman.. peh.. eerr.. omaq.. nak tumpang.. hehehe

  5. cahaya malam Says:

    salam,

    berbelanjalah mengikut kemampuan,
    agak2 leh sambaq BMW jangn tunggu lama2..
    hehehe..

    moga sejahtera dengan kereta baru.
    insyAllah..

  6. Khairein Says:

    cikgu, keter volvo nie maintenancenyer tinggi n spareparts dia payah nak dapat n mahal lak tu. cari wagon car yg lain jer, 2nd hand lg risiko, sbb tu owner dia jual tu

  7. akiem Says:

    Cantik kete tu…, tp sblm beli tu, baik tanya kawan2 yang dah pakai kereta brand volvo. eg: Pak mertua Munaim. Kalau dia kata ok, mungkin boleh ambil kot… :)

  8. omaQ Says:

    Razak : a’a lepas nie kalau ada rezeki kita ronda ronda jalan jalan cuti cuti malaysia :) sama sama hehe

    Khairein : pernah pakai volvo ker or dengar orang cakap aje pasai mahal.. sparepart susuah jumpa.. resiko tinggi? saya pon dahulu pon macam saudara… dengar cakap orang kata cam tu.. tapi bila tanya pengguna volvo sendiri.. so far.. 99 % cakap tak daq masalah..mmg la sekali rosak tu.. part dia bukan harga cam keta biasa.. tapi bila dah replace baru.. tahannya 2-3 kali ganda lama dari keta buatan melaysia or lain laina keta… keselesaan dan protection serta kepuasan diutamakan.. kalau beli keta lain.. yang baru.. just tahan 5- 6 tahun then baru meragam.. kalau kereta volvo nie for life.. so far tgk kat jalan jalan.. keta 20-30 tahun still maintain ada dijalan raya.. sbb apa jadi cam tu? fikir fikirkan la sendiri.. sekali bawa volvo.. akan bervolvo selama-lamanya heheh :)

  9. turiw Says:

    steady omaQ….volvo for wife, wife for life..

  10. Chek Says:

    saya pun duk minat ngn model ni..bercita2 jgk nak pakai kalau ada rezeki 1 hari nanti..so far mcmana komen saudara tentang keta ni?

  11. omaQ Says:

    mantop performence dia… tak banyak masalah… mmg puas ati…

Leave a Reply