White Blackberry Bold 9700 Di Pasaran Malaysia

Add comments

White Blackberry Bold 9700 Di Pasaran Malaysia

Istimewa bagi peminat warna putih dan terbaru dari Blackberry kepada pengguna smartphones di Malaysia, White Blackberry Bold 9700 akan mula berada di pasaran Malaysia bermula bulan Jun ini, khusus dicipta kepada mereka yang ’style-conscious’. Kebiasaanya gadget berwarna putih ni akan kelihatan lebih ‘elegant’ dan berbeza dari yang lain. At least dari pandangan peribadi saya.

Diantara penambahbaikan yang dilakukan bagi model ini adalah 3.2 megapixel auto focus camera yang akan menghasilkan imej yang lebih tajam, jelas dan berkualiti.

White Blackberry Bold 9700 juga sudah siap di sediakan perisian Word, Excel dan Powerpoint serta kapasiti networking 3.5G.

Selain dari tu spesifikasi lain yang tersedia dalam smartphone ini adalah QWERTY Keyboard, Trackpad Navigation, Hi Resolution, kemudahan Wifi dan banyak lagi.

Berdasarkan pakej harga yang dikeluarkan, harga White Blackberry Bold 9700 di pasaran Malaysia adalah RM2,459 kepda pengguna pelan pasca bayar Maxis dan juga RM2,279 untuk pelanggan prepaid Maxis.

Untuk pengguna pasca bayar akan dapat 12 bulan pelan Blacberry Internet Service (BIS) secara percuma manakala untuk pre-paid akan dapat 6 bulan BIS percuma. Pakej yang agak menarik.

Secara peribadi memang saya suka gadgets dan peralatan yang warna putih atau cream. Memang terserlah kekemasannya.

Kepada yang ada perancangan untuk menukar handphone baru mungkin boleh tengok-tengok White Blackberry Bold 9700 ni.

Kalau perlukan maklumat lanjut atau untuk daftar terus secara online boleh terus ke laman www.maxis.com.my.

Sumber : Myjazmanie.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on June 16th 2010 in My Gadjet

Leave a Reply