Sesame Street di pentas Malaysia

ANTARA babak menarik pementasan Sesame Street Live: When Elmo Grows Up yang bakal dipentaskan di Stadium Putra Bukit Jalil dari 3 hingga 5 September ini.
Pasti ramai yang membesar dengan watak-watak seperti Elmo, Bert, Big Bird dan Cookie Monster dari rancangan televisyen terkenal Sesame Street.
Rancangan yang sudah ke udara selama 40 tahun ini tidak pernah putus peminatnya sehingga sekarang dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.
Kini, peminat Sesame Street berpeluang berdepan dengan karakter-karakter kegemaran mereka apabila mereka akan menyanyi, menari dan bergembira bersama rakyat Malaysia di pementasan Sesame Street Live: When Elmo Grows Up.
Bakal dipersembahkan di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 3 hingga 5 September ini, persembahan pentas yang dibawakan oleh Nischah Creations akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang dibawa khas dari Amerika Syarikat.
Menurut Pengurus Operasi Niche Junction (M) Sdn. Bhd., Gopinath Suppiah, teater ini bakal menghiburkan hati kanak-kanak dan dalam masa yang sama membuat ibu bapa mereka mengimbas kembali kenangan mengikuti Sesame Street ini.
“Boleh dikatakan ia adalah program khas untuk keluarga kerana orang dewasa pernah membesar dengan rancangan ini dan ia juga masih diikuti oleh kanak-kanak sekarang.

Mencuit hati
“Kali terakhir Sesame Street Live berada di sini pada tahun 2004. Sejajar dengan ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun lepas, ia adalah waktu yang terbaik untuk kami membawa mereka kembali.
“Seperti rancangan televisyennya, Sesame Street Live akan diselitkan dengan unsur-unsur pelajaran, kerjasama sambil berhibur bersama watak-watak yang sentiasa mencuit hati,” katanya ketika sidang akhbar Sesame Street Live In Kuala Lumpur, di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini
Terang Gopinath, Sesame Street Live: When Elmo Grows Up menampilkan lebih kurang 24 buah lagu dari rancangan Sesame Street.
Penonton pasti akan terhibur dengan lagu-lagu yang terkenal dari siri itu seperti I Love Trash, Itsy Bitsy Spider dan Give A Little Love.
Teater kartun boneka itu akan mengadakan persembahannya sebanyak tiga kali setiap hari kecuali hari pertama hanya sekali sahaja.
Pihak penganjur mengehadkan seramai 5,000 orang penonton sahaja pada setiap persembahan walaupun dewan itu boleh memuatkan seramai 11,000 orang. Ini dilakukan demi memastikan penonton akan berasa lebih dekat dengan watak-watak yang comel dan dapat berinteraksi dengan mereka.
Pihak Syarikat Niche Junction telah memilih Ratu Cantik Malaysia – Dunia, Thanuja Ananthan sebagai jurucakap untuk mempromosikan persembahan tersebut.
Ujarnya lagi, walaupun persembahan yang diadakan di stadium itu bakal berlangsung pada bulan Ramadhan, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menghadiri teater antarabangsa ini.
Alasan Gopinath, tarikh yang dipilih mereka itu bersempena dengan cuti sekolah, dan waktu untuk persembahan pula pada waktu malam yang akan diadakan selepas waktu Maghrib.
“Ia bukanlah isu besar walaupun persembahan tersebut jatuh pada bulan Ramadhan kerana terdapat banyak gerai-gerai untuk membeli makanan berbuka puasa dan terdapat juga surau di sekitar kawasan stadium.
“Pihak kami juga menghormati bulan Ramadhan dengan menetapkan persembahan selepas waktu Maghrib bagi menghormati orang Islam,” ujarnya.
Bagi membuat tempahan tiket untuk persembahan tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.nichej.com.
Tiket yang ditawarkan untuk persembahan tersebut pula bermula dari RM70 sehingga RM250 dan turut menawarkan harga pakej keluarga.
Untuk mendapat keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian 019-310 5794 dan layari laman web www.sesameworkshop.org.
Sumber :- Utusan.com.my
Sesame Street Live
Parents – Tickets go on sale 14 June 2010. Book your dates now!!
Date : 3 – 5 September 2010
Time: 1.00pm, 4.30pm (Sat and Sun) ad 8.30pm (Fri, Sat, Sun)
Venue: Stadium Putra (Indoor) Bukit Jalil
When Elmo and his Sesame Street Live friends think about growing up, it’s a musical show-and-tell!
Bert dreams of becoming a forest ranger, Telly longs to be a cowboy and their newest friend, Abby Cadabby, wants to be a Fairy Godmother just like her mommy. Elmo thinks about becoming a ‘weather monster,’ but has a hard time predicting his own forecast—he wants to be anything and everything all at once! “When Elmo Grows Up” includes lessons on perseverance, teamwork and the power of imagination. Children learn that if they believe in themselves and are willing to try, the possibilities are endless.
Visit http://www.nichej.com/ for further details.
Ticket Prices : Rm75, RM110, RM155
Toys R Us Star Card Member will enjoy 10% Discount by presenting card at Axcess Ticketing Outlets. Valid from 1 June – 20 Aug 2010.
Ticket Axcess Website : http://www.axcess.com.my/


