Bandung 3 lapis
Oleh : alongwaniey@myresipi.com
Bahan-bahan ( 1 gelas )
3 sudu besar air pandan (masak 1 cawan air dengan 1/2 cawan gula+sedikit esen pandan)
1/2 cawan susu cair + 1 sudu kecil susu pekat manis + 1/4 cawan air masak (kacau sebati kesemua ni)
5 susu besar air masak + 1sudu kecil sirap
ais yang di hancurkan sedikit
Cara-cara
Letak 3 sudu air pandan tuh kat bawah skali. (kene manis skit n sejukkan..kalu letak yang panas2 ia akan terpung diatas
Kemudian masukkan ais yang telah dihancurkan sedikit
Lepas tu ,masukkan susu tadi dengan perlahan2 dan berhati2 agar ia tak bercampur sgt dgn air pandan tadi.
Akhir sekali,titik2kan sirap diatas air susu tu dengan perlahan2.Jangan kacau kerana ianya akan meresap sendiri (kalau nk senang,masukkan dalam botol yang picit2 tu mcm botol tarok mayonis tu)
Kalu nak tarok straw tu..tarok hati2 yer….selamat mencuba…
*maaf..terpaksa buat balik…tak pandai nak masukkan entri..maaf yer..*
Sumber : Myresipi.com
Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry



