PENDAFTARAN ONLINE SEMESTER SEPTEMBER 2011 PELAJAR SENIOR

Add comments

PENDAFTARAN ONLINE SEMESTER SEPTEMBER 2011
PELAJAR SENIOR

Perhatian kepada semua pelajar Senior OUM,

Merujuk kepada perkara di atas, para pelajar diminta memberi perhatian berkaitan perkara-perkara berikut:

1. Pendaftaran Online dan Pengambilan Modul
2. Yuran Pendaftaran lewat
3. Pematuhan kepada Polisi Kewangan

1. Pendaftaran Online dan Pengambilan Modul

Pendaftaran online kursus-kursus Semester September 2011 akan mula dibuka pada 6.07.2011 sehingga 19.07.2011. Para pelajar digalakkan mendaftar pada tarikh ini untuk tujuan tempahan awal modul dan akan menerima modul mengikut tarikh “first collection”.

Bagaimanapun, sekiranya anda tidak dapat mendaftar pada tarikh ini, sistem pendaftaran online akan dibuka semula pada 25.8.2011 sehingga 11.9.2011. Pelajar yang mendaftar pada tempoh ini dianggap mendaftar lewat dan akan menerima modul mengikut tarikh “second collection”.

Mohon rujuk garis panduan berikut :

i. Pelajar wajib memilih kursus/subjek secara online. Pendaftaran secara manual tidak diterima.

ii. Permohonan tambah/gugur (Add/Drop) boleh dimohon secara online di UKR online (e-services) :

• Tarikh Tambah Kursus : 6.07.2011 – 19.07.2011
• Tarikh tutup Gugur Kursus : 6.07.2011 – 08.08.2011

iii. Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum sebanyak tiga (3) kursus tertakluk kepada jadual berikut dan polisi Penambahan Penawaran Kursus melalui Pembelajaran Secara Online.

Sila rujuk Pekeliling Pejabat Pendaftar (12/2010) mengenai Penambahan Penawaran Kursus melalui Pembelajaran Secara Online (sila klik)

Jadual I: Bilangan Kursus yang Dibenarkan Mendaftar

Pencapaian PNGK

Kelayakan Pendaftaran Kursus
1.

PNGK setakat Semester Januari 2011 adalah >= 2.00 (antara 2.00 hingga 4.00)

1. Mana-mana tiga (3) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti.
2.

PNGK setakat Semester Januari 2011 adalah >= 3.00 (antara 3.00 hingga 4.00)

2. Tambahan subjek ke 4, senarai kursus pilihan adalah :

i. Pengajian Malaysia (MPW1133/MPW2133)

ii. Pengajian Islam (MPW1143/MPW2143) atau
MoralStudies (MPW1153/MPW2153)

iii. Bahasa kebangsaan A(MPW1113/MPW2133)

3.

PNGK setakat Semester Januari 2011 adalah kurang daripada 2.00 (1.99 dan ke bawah)

1. Mana-mana dua (2) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti.

2. Pelajar boleh mengulang peperiksaan untuk memperbaiki PNGK:

a. Sila semak jadual Peperiksaan Semester September 2010; DAN

b. Sila pastikan gred penilaian berterusan bagi kursus/subjek yang ingin diulang peperiksaan masih lagi sah. (kesahihan gred penilaian berterusan adalah dalam tempoh satu (1) tahun.

Sila rujuk Registration Flow Chart (sila klik)

iv. Cetakan modul pertama adalah berdasarkan kepada statistik pelajar yang telah membuat pendaftaran awal.

v. Untuk memastikan stok modul mencukupi para pelajar tidak dibenarkan mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam portal pelajar.

vi. Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran UKR03 yang terkini bagi tujuan pembayaran yuran dan pengambilan modul.

2. Yuran Pendaftaran lewat

Jadual II: Jadual Yuran Pendaftaran Lewat Semester September 2011

Pendaftaran Atas Talian

Pendaftaran Atas Talian

Bayaran sehingga Tarikh Akhir
11 September 2011
(Ahad)

Yuran Pendaftaran Lewat

Tarikh Ambil Modul

PENDAFTARAN AWAL

6.07.2011 – 19.07.2011

Daftar

Bayar

Tiada

PENGAMBILAN PERTAMA

(First Collection)

Hari pendaftaran :
9-11 September 2011 (mengikut PPW)

Daftar

Tiada

*R100.00

PENDAFTARAN

LEWAT

25.8.2011 – 11.9.2011

Daftar

Bayar

*RM100.00

PENGAMBILAN KEDUA

(Second Collection)

11 – 13 Oktober 2011

( Selepas T2)

Daftar

Tiada

*RM100.00

*Caj Yuran Pendaftaran Lewat akan dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

• Pelajar diminta untuk membuat bayaran mengikut tarikh akhir bayaran yang ditetapkan.

• Selepas tarikh 15 September 2011 sekiranya pelajar tidak menyempurnakan pendaftaran dan bayaran,
semua subjek akan di gugurkan dan semua pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk mendaftar bagi semester September 2011.

3. Pematuhan kepada Polisi Kewangan

Sila rujuk Polisi Kewangan (sila klik)

• Sila jelaskan yuran tertunggak sebelum atau pada tarikh 11 September 2011.

• Pelajar diingatkan supaya memastikan bayaran minimum telah dijelaskan sebelum 11 September 2011 bagi mengelakkan sebarang gangguan ke atas akses MyLMS.

Nota tambahan:

a) Pelajar program tajaan KPM:

i. Kursus pelajar akan didaftar secara automatik (pendaftaran auto)

ii. Namun, pelajar perlu membuat pemilihan jadual pembelajaran sahaja.

iii. Kes penangguhan: Sekiranya tiada surat kelulusan daripada pihak KPM, kursus yang telah didaftarkan melalui pendaftaran auto dianggap sah setelah yuran pendaftaran di jelaskan.

iv. Pendaftaran auto juga akan dilaksanakan ke atas kursus-kursus yang dikenalpasti oleh pihak Fakulti sebagai mengulang kursus. Pembayaran perlu dibuat sebelum atau pada 11 September 2011.

b) Pelajar selain daripada tajaan KPM (Pelajar Aliran Utama):

i. Sila pilih kursus dan daftar secara online seperti lazimnya

ii. Sila pilih jadual pembelajaran.

Pelajar perlu merujuk kepada jadual di bawah untuk pendaftaran online mengikut Zon yang akan dibuka mengikut tarikh yang di tetapkan :

NO.

NEGERI

TARIKH & MASA (MULA)

TARIKH & MASA (TAMAT)

1.

Utara

Perak, Perlis, Kedah & Pulau Pinang

Selatan

Johor, Melaka & Negeri Sembilan

6 Julai 2011

(Rabu)

(12.00 tengahari)

9 Julai 2011

(Sabtu)

(11.50 pagi)

2.

Timur

Kelantan, Terengganu & Pahang

Timur Malaysia

Sabah & Sarawak

9 Julai 2011

(Sabtu)

(12.00 tengahari)

12 Julai 2011

(Selasa)

(11.50 pagi)

3.

Lembah Kelang

Selangor & Kuala Lumpur

12 Julai 2011

(Selasa)

(12.00 tengahari)

15 Julai 2011

(Jumaat)

(11.50 pagi)

4.

Semua Negeri

15 Julai 2011

(Jumaat)

(12.00 tengahari)

19 Julai 2011

(Selasa)

(12.00 tengah malam )

Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan pendaftaran online, sila berhubung terus dengan Pentadbir di
Pusat Pembelajaran berdekatan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Pendaftar

TARIKH-TARIKH PENTING SEMESTER SEPTEMBER 2011 (sila klik)

SENARAI KURSUS SEMESTER SEPTEMBER 2011 (sila klik)

Sila ke pendaftaran Online Semester SEPTEMBER 2011 (sila klik

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on July 7th 2011 in My Info, My Oum

Leave a Reply