SK Kampung Jawa kini dikenali SK Tan Sri P Ramlee

RASMINYA SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE 13.11.2011
GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.
Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.
Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama P.Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki ‘darjah sekerat’ iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik.“Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik,” katanya. – BERNAMA

WARIS ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE DI PULAU PINANG
Sumber :- Facebook Warga omaQ.org



March 23rd, 2012 at 2:56 pm
Salam.terima kasih kerana letakkan gambar WARIS ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE DI PULAU PINANG… kerjasama memang dihargai..saya cucu kepda Abd Rahim bin Rejab… Iaitu gamnbar Lelaki yang memakai songkok di dalam gambar waris…terima kasih sekali lagi…salam
March 23rd, 2012 at 3:33 pm
salam… sama sama kasih