Dimanakah Dosa Sewaktu Anda Bersembahyang

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG. 
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 
“Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku’ dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.” (Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sahih)
Hai mereka yang gopoh gapah dalam ruku’ dan sujud, panjangkan sedikit ruku’ dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.
Status hadith: Sahih
 Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Share on Facebook

Leave a Comment