Sk Oran Vs Sk Chuping

Date : 9 Februari 2010
Time : 5.00 p.m
Place : Padang Sek Keb Jejawi
Info : Petang nie ada match antara sk Oran Vs Sk Chuping.. so kalau Sk oran menang.. akan pi Semi Final esok or lusa… harap harap dapat la masuk Semi Finall Amin!! sapa yang dekat dekat sini.. mai la sokong no… :p ari tu pernah lawan persahabatan dengan SK Chuping… SK Oran menang 5-0 … tapi petang nie tak tau lagi.. bola itu bulat.. harap harap mendapat kemenangan AMIN!!!

Tags:

Mohon Bantuan Kewangan untuk Pembedahan Jantung Adik Muhammad Ammar Danish

Salam.

Di sini saya ingin memohon sumbangan ikhlas dari anda semua bagi membantu adik Muhammad Ammar Danish (2 thn), anak kepada sahabat saya, Puan Azmaniza Mohamad Kamal, untuk menjalani pembedahan jantung di IJN pada 22hb Februari 2010.

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM15,000.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Puan Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank)
(tarikh akhir sumbangan – 19hb Februari 2010).
sila smskan nama, tarikh & jumlah sumbangan anda ke 012-2455215 (Pn. Azmaniza)…semoga ALLAH SWT membalas jasa baik anda semua.
-sherida-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit info tentang Ammar:

Muhammad Ammar Danish adalah seorang kanak-kanak down syndrome dan semenjak dilahirkan pada 3 Nov, 2007, adik Ammar telah disahkan menghidapi pelbagai jenis komplikasi dalaman antaranya masalah jantung dan paru-paru. Sebaik sahaja dilahirkan, Ammar dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan pernafasan sehingga hari ke-30.

Doktor menganggarkan peluang yang ada untuk Ammar hanyalah 50/50 kerana ketika itu hati Ammar sudah bengkak dan pengaliran darah Ammar tidak normal (sepatutnya A-B, tapi Ammar punya B-A). tambahan pula ketika itu badan Ammar sudah menolak segala jenis ubatan dan susu yg diberikan.

Dengan kuasa ALLAH SWT, Ammar ‘kuat’ dan masih bernafas sehingga ke hari ini walaupun kerap kali keluar masuk ke wad ICU di HKL.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi.

Mommy Ammar’s story:

Pada awalnya, doktor beritahu komplikasi jantung ammar (PDA) tidak seteruk mana tapi perlu diberi perhatian dan rawatan lanjutan.

tapi … hari isnin yg lpas 11/01/2010… ammar ada routine checkup kat HKL ngan unit kardio … aku pon ngan konfidennyer masuk sambil berborak2 ngan cardiologist2 kat situ (kebetulan mmg dorang dah kenal sgt ngan nama ammar danish) … sambil sembang, sambil jugaklah dr pakar nih buat echo (scan) jantung ammar … tetiba dr nih kata .. “aik!!” … dan2 tu aku x sedap ati … terus dia panggil bos dia dr H … knowing dr H nyer reputation, aku saspek ada sumthing yg x kena … (berdebar2 nih sambil tgk muka dua2 dr nih) … dup dap dup dap …

tetiba dr H bersuara … “mommy, i think i’m gonna refer ammar to IJN lah … we need to do sumthing about his PDA before it gives problem to him … now he is already 2 yrs old … and i strongly feel dat his PDA will not close by itself … it is for his own good” … gulpppp … terus aku terkedu kat situ … aku tau air muka aku dah berubah waktu tuh … tp aku tetap concentrate apa yg doc2 tu bgtau kat aku … lepas dapat reference letter ke IJN aku pon pon keluar dari situ …

punyalah aku control perasaan aku … sambil dukung ammar kluar dari echo room tuh, aku tahan air mata … tp bila nmpak je muka hubby aku yg tunggu kitaorg kat luar bilik tu … automatic air mata aku jatuh berjurai … aku x bley simpan lagi perasaan nih …!!! :’((

after a week lepas gi IJN, kitaorg dpt mempercepatkan appt ammar .. terima kasih pada kengkawan yg byk membantu dlm proses ni … dipendekkan citer … pg tadi aku gi IJN … jumpa specialist utk menentukan nasib ammar … dari mlm sblm tu lgi aku cuba berfikiran positif … xmo fikir yg bukan2 … cuma berharap sgt yg doc akan ckp PDA ammar tu xyah nk dibuat apa2 … biar tutup sendiri …. tp harapan, tinggal harapan ….

bila doc tu bgtau risiko2 yg bakal ammar hadapi kalau PDA tu dibiar tanpa buat apa2 …. dan setelah aku & hubby berpandangan sesama sendiri, kami setuju to proceed wth PDA occlusion … kat situ gak doc setkan date nk buat prosedur tuh … tarikh keramat utk ammar … 22/02/2010 …. ammar akan dimasukkan ke wad utk tutup PDA tuh …

then aku tanya doc … “what is da cost like doc??” … politely doc tu ckp “i know its a bit high, even if they ask me to come up wth such amount, i pon terkial2 … fyi, roughly the cost around RM 15,000…” masa tu aku rasa cam nk pitam … pening … mana aku nk cekau byk camtuh … ya Allahhhh!!!

lepas doc bg all da necessary documents kitaorg pon gi ke bahagian admission … utk register ammar … lepas aku bg document ammar pada mamat kat kaunter admission, dia terus bgtau aku .. “puan, utk PDA occlusion ni kita perlukan deposit sebanyak RM12,000 … ” … gulpppp!! hah!!! … bila dia tgk aku cam terkejut pastu baru dia tanya aku ada GL ke x … hampeh!!! …

mmg lepas aku bgn dari seat kat kaunter admission tu tadi aku rasa cam berjalan atas angin .. kaki x jejak tanah rasanyer … pasal kpala otak aku ligat berfikir mana aku nk carik duit byk tuh … ya ALLAH!!! permudahkanlah jalan kami …. mmg aku buntu!!!

honestly, mmg kami dah xde simpanan …. sumenyer habis utk ammar … expenses utk ammar seorang bulanan dah RM1,400 (tube, susu, pampers, nursery, tape, gauze) … tu yg basic … blom lagi sampingan yg lain mcm vitamin2 dan medical fees …

sampai entry ni abis ku taip, aku masih lagi serabut … ingtkan bila aku dah luahkan adalah kurangnyer rasa serabut kpala aku nih rupanyer x … dan aku juga masih lagi memikirkan apa yg aku nk buat seterusnyer lepas nih … camne caranyer aku nk carik duit sebanyak rm15,000 utk belanja ammar kat IJN ni nanti … ya Allah!!! :( (

Di usia 5 bln – masih berada di dalam icu semenjak usia 4 bln.
Masa ni Ammar lost weight sangat2

7 months old, in HDU again due to recurrent pneumonia

Di usia 9 bln – di ICU selepas ‘fundoplication operation’

Tags:

Jom Pi Masjid


Program Masjid Kg Perawak Dato kayaman Perlis

Date : 13 Februari 2010 (Sabtu)
Time : 9.00 a.m – 10.00 p.m
Place : Masjid Ibnu Sina Kg perawah Dato’ kayaman Perlis
Program : Pertandingan mewarna, Memasak bubur Asyura, Pameran Agensi kerajaan Swasta, FOrum Perdana


Iklan @ Masjid Ngulang Perlis

Chiken Chop @ Taman Guru Jaya Perlis


Chicken Chop Kedai Pokok Ceri @ Taman Guru Jaya Perlis

Date : 7 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Camera : Canon PowerShot G10
Place Restoren pokok ceri depan Taman Guru Jaya Perlis
Info : Ujung Minggu lepas omaQ pi makan chicken chop @ Depan taman Guru Jaya Kangar Perlis.. Ummu Fawwaz lapaq western food.. so cari la kedai tang mana yang sedap… tapi kedai pokok ceri.. tu setakat la nie dalam ranking top 3 antara kedai yang omaQ makan chicken chop sedap.. kuah black paper dia sedap.. masyuk dengan chicken chop dia.. kalau sapa sapa yang dok kawasan yang sewaktu dengannya.. mai la try…. sekali kena pasti nak lagi :)


Gedik Santai bersama Fawwaz


Abu Fawwaz + Fawwaz :)

Tags:

Sk Oran Seri 2-2 Sk Jejawi 2010


Padang Sek Keb Jejawi Perlis

Date : 8 Februari 2010
Time : 4.00 p.m
Place : Padang Sek Keb Jejawi
Camera : Canon POwerShot G10
Info : Semalam SK Oran terlibat dengan kejohanan Bola Sepak Pusat kecemerlangan Pelajaran Jejawi… alhamdulilah.. sk oran seri 2-2 dengan Sk Jejawi.. kira not bad la sbb seri dengan johan bertahan tahun lepas…. cuma peluang yang budak budak oran dapat semalam.. tak digunakan dengan sebaik mungkin…tapi tak pa.. ari nie akan berjumpa dengan sk Chuping plak… kami akan mempergunakan peluang yang ada sebaik mungkin…


Perlawanan pembukaan Sk Oran vs Sk Jejawi


Barisan pengadil yang adik saksama :)


Tunggak Sk Oran.. terlupa pakai Simpack kaki


Warming up


Cikgu Husairi ( Berbaju Belang) Pk KOKO Baru Sk Oran bersama denga ust Riduwan


Ketua Jurulatih a.k.a Juruletih Pasukan Oran bersama omaQ Junior :)


omaQ Junior tgh tranning untuk ambilan 2020 skuad pelapis sk Oran :)

Tags: ,

Mesyuarat PIBG 2010 With Dato Azmi & Datin Normala Shamsuddin


Mesyarat PIBG bermula

Date : 6 Februari 2010
Time : 9.00 a.m
Place : Dewan Oran Perdana
Camera : Canon PowerShot G10
Info : Ari sabtu baru baru nie.. merupakan sekolah ganti bagi semua sekolah di Malaysia.. sbb nanti time raya cina leh cuti 1 minggu.. ye ye… syioknya.. so pagi tu.. sek omaQ adakan mesyuarat Agong PIBG 2010.. ramai ibubapa yang hadir… antara dif dif yang hadir adalah.. Dato’ Azmi Khalid dan isteri Datin Normala Shamsuddin... so mmg meriah la pagi tu… dari pagi sampai la habis tengah hari….


Dato Azmi dan isteri baru sampai


Majlis bermula


Ustaz Ku Abdul Rahim jadi MC dan Cikgu Pratikal Cik Siti


Pn Azizah Guru Pk Hem dengan bunga yang baru dibeli :)


oooo Untuk Datin Normala rupanya bunga tadi :)


Barisan ibubapa yang hadir


Barisan VIP dengan Guru Guru Sk oran


Bersama dengan pelajar 5 A 2009


Pn Azizah dengan Datin Normala Shamsuddin

Tags:

Aduka Taruna Hina Isteri Nabi !!

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

Lampiran 1

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


Lampiran 2

Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


Sumber :- Dr Maza

Tags:

KEPUTUSAN PERBICARAAN SIAPA MB PERAK YG SAH

KEPUTUSAN PERBICARAAN SIAPA MB PERAK YG SAH

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Perbicaraan rayuan yang terakhir status MB Perak telah di adakan hampir 3 bulan lepas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 5 Nov 2009. Seramai 5 orang hakim telah mendengar bagi mengadili kes yang penting dan besar ini. Saya telah merayu agar kes ini didengar oleh 11 orang hakim dari mahkamah sama. Rayuan ditolak maka saya rayu untuk diadakan 9 orang pun juga ditolak oleh Tan Sri Alauddin.

Akhirnya saya pohon 7 orang dengan hujjah yg kukuh kerana kes ini terlalu besar, biarlah ramai hakim mendengarnya supaya keadilan itu terjelma. Lagipun dia boleh menjernihkan imej institusi mahkamah dan judisyiari yg telah tercalar dan tercemar . Pernah mahkamah sama memberi 7 orang hakim semata-mata bagi mengadili kes edar dadah sebelum ini dan bolih pula! Terdapat beberapa orang hakim yang pakar perlembagaan Perak dan Persekutuan spt Richard Malunjum, Tan Sri Gopal Sri Ram yang belum pernah mendengar kes Perak sepatut diberi peluang. Kes ini juga banyak merujuk kepada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, jadi elok kalau hakim dari Sarawak juga ikut turut serta.

Maka 5 orang hakim berhenti “rihat” 30 minit dibelakang kamar. Setelah bermula pebicaraan, ketua (Tan Sri Alauddin) menyatakan bahawa mereka sebulat suara hanya mambenarkan 5 orang hakim dan tidak lebih!. Maka saya beritahu Ketua Pembela saya Tn Hj Sulaiman untuk teruskan juga kerana kes ini terlalu lama dan saya yakin dengan hujjah Tn Hj Sulaiman.

Kelima -lima hakim tersebut ialah Tan Sri Alauddin, Tan Sri Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff. Setelah perbicaraan habis jam 6.40ptg, maka sebolihnya keputusan dibuat, namun apa yang dimaklumkan olih Tan Sri Alauddin ialah, “keputusan mahkamah ini hanya akan di umumkan pada suatu tarikh yang akan di beritahu kelak!”Sudah hampir 3 bulan, masih belum ditetapkan. Cuma baru semalam saya diberitahu bahawa keputusan akan diumumkan pada 9 Februari 2010.

InshaAllah saya akan pergi ke Putrajaya pada hari tersebut. Apapun keputusan saya terima dgn terbuka hati demi kebaikan negeri Perak. Tetapi pemulihan demokrasi sepenuhnya hanya akan dapat dicapai melalaui pemberian hak kepada rakyat negeri Perak untuk memilih semula dan untuk itu DUN Perak mesti dibubarkan. Ini yang saya lakukan pada 11 Mei 2009 apabila Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan saya sebagai MB sah negeri Perak pada jam 5 petang di Jalan Duta, maka pada jam 10.30 malam saya berada di Istana Kinta, Ipoh untuk memohon perkenan DYMM Sultan Perak agar di bubarkan DUN Perak, namun tidak berhasil. Pada pagi 12 Mei 2009 jam 8 pagi saya masuk kepejabat MB Perak. Saya sempat menghadiri majlis anugerah bintang kebesaran di Istana Kuala Kangsar dan bersantap dengan Tuanku Raja Muda. Kemudian kembali semula kepejabat MB dan bermesyuarat. Tepat jam 2.30 petang , saya di arah keluar dan kami akur kerana menghormati mahkamah .
Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat.Biarlah jawatan yg kita pangku itu sah dikacamata semua. Itu sebab saya bergegas ke Istana Kinta pada malam itu juga untuk pohon dibubarkan DUN Perak. Namun, keputusan Mahkamah Tinggi KL dari Hakim YA Dato Abd. Aziz telah di “Stay”(ketepikan) oleh mahkamah Rayuan melalui perintah hanya seorang hakim Dato Ramli Ali. saya terima keputusan mahkamah Rayuan maka saya keluar dari pejabat MB bersama rakan rakan EXCO. YB Dr Zambry di kembalikan semula ke pejabat MB oleh mahkamah Rayuan.

Saya tunggu keputusan hakim pada 9 Feb. 2010 ini dan berdoa agar kebenaran dan keadilan serta hak rakyat Perak dapat di kembalikan. Demokrasi pilihanraya bebas dapat di adakan semula supaya rakyat Perak dapat memilih wakil rakyat dan kerajaan yang kuat dan sah dapat di tubuhkan, InshaAllah.
Hidup Rakat, Bubar DUN Perak, Pulih Demokrasi!

Sumber :- kamparinn.blogspot.com

Tags:

Kereta Persona Munaim Aksident


Keta naim kene langgar dari belakang

Date : Tak silap omaQ.. sebulan lepas kereta naim nie aksident
Place : Around Alor Setar Kedah
Info : omaQ dapat gambar nie dari mms bluetooth naim sendiri.. dia yang send kat omaQ.. tapi time tu.. kejadian nie dah lama berlaku… alhamdulilllah.. dia tak daq apa apa…. cuma kereta la teruk sikit nak kene repair…


Honda yang langgar dari belakang Naim pon teruk gak..

Tags:

Kayuhan Terang Malam 2010

Tarikh : 01/may/2010 (16 jamadilawal 1431)
Hari : Sabtu
Jam : 08.15 Malam
Tempat Mula/Tamat : Kulim Hi-Tech Park
Jarak Kayuhan : 35 Km
Jumlah check point: 5
Trek : On road / Off road
Goodies
Bayaran : RM 50.00 Sahaja
Cabutan bertuah :Misteri

Sebarang maklumat lanjut sila email : kulimjamboree@gmail.com
Contact Person
Mizi :- 013-5842668
Razi :- 019-4495265
Zack :- 019-4482867

Sumber :- kulimjamboree.co.cc

Tags: ,

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes