Aduan Rakyat : MEMOHON KERAJAAN NEGERI PERLIS MENCARI JALAN PENYELESAIAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR DI NEGERI PERLIS.

MEMOHON KERAJAAN NEGERI PERLIS MENCARI JALAN PENYELESAIAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR DI NEGERI PERLIS.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya Mohd Auzani Bin Johari selaku warga tetap negeri Perlis dan juga seorang usahawan muda & Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Negeri Perlis mewakili semua usahawan muda dinegeri ini berasa amat terkilan, kecewa serta sedih sekiranya atau ketika berlakunya bencana banjir.

3. Usahawan seperti kami mengalami kerugiaan yang amat tinggi kerana setiap kali banjir pejabat tidak dapat beroperasi, perkakasan rosak, jualan tidak dapat berlangsung dan gaji pekerja harus dibayar. Secara tak langsung kerajaan juga mengalami kerugian sekiranya perniagaan penduduk negeri terjejas dengan ini memberi impak yang teruk pada ekonomi negeri.

4. Haruslah diingat kami selaku penduduk negeri bukannya memohon pampasan dari kerajaan kerana pampasan yang diberikan hanya sumbangan yang amat kecil dari jumlah kerosakkan yang kami alami. Tapi sekurang-kurangnya kerajaan harus lebih memandang serius dalam hal ini. Apatah lagi Perlis akan dijadikan sebagai hub NCER untuk masa akan datang. Dengan situasi ini adakan rasanya kita bersedia?

5. Cukuplah dengan pembangunan yang tidak terancang dalam negeri ini, penenkanan yang penuh harus diberikan oleh Menteri Besar (MB) sendiri dalam merancang untuk mengelakkan banjir ini dari terus berlaku. Saya percaya sekiranya MB merangka serta menggerakkan pelan menyelesaikan masalah banjir ini nesacaya MB akan terus dipandang mulia serta diingat sepanjang zaman diatas kejayaan ini. Mengapa saya berkata sedemikian? Cuba lihat pada pengorbanan Wan Mat Saman dengan merancang serta melaksanakan sistem pengairan di Kedah, secara tidak langsung ini memudahkan penduduk setempat malah Wan Mat Saman segar dalam lipatan sejarah sebagai tokoh yang dikenang.

6. Jadi sampai bilalah kami penduduk Perlis harus menanggung sengsara ini? Cukuplah kita bercakaran sesama insan samaada diparti yang sama mahupun pihak pembangkang. Kalau dizaman Tun Mahathir menyuruh kita dasar memandang ke Timur tapi kalau mentaliti setiap dari kita masih ditahap rendah perubahan susah untuk dibuat. Sedangkan dinegara maju mereka memikirkan bagaimana memajukan manusia serta dunia kearah yang lebih baik untuk didiami bukannya kearah menjatuhkan maruah bangsa.

7. Dengan ini saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri sekiranya ingin terus mendapat sokongan setia rakyat mulalah belajar untuk menjadi rakyat bukan lagi orang atasan. Didunia yang sedia moden ini kesenangan, kejayaan & kehebatan mampu digulingkan hanya dalam masa satu malam sahaja.

8. Ambil berat mengenai tonggak serta keluhan usahawan muda seperti saya kerana kami adalah penentu masa depan negara. Tiada yang kami inginkan dari Kerajaan Negeri selain dari kesenangan serta kehidupan yang baik untuk kedua belah pihak.

Sekian, Terima Kasih.

Mohd Auzani Bin Johari
C.E.O
Red Frame Group Of Companies
Setiausaha
Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Pengerusi
Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perlis

Share on Facebook

Leave a Comment